Hidup ini banyak berkisar dalam aktiviti membuat keputusan. Setiap minit berlalu tidak akan sunyi daripada aktiviti membuat keputusan untuk membuka lembaran seterusnya.

Kalau anda seorang usahawan, membuat keputusan merupakan satu tugasan penting untuk menjamin kejayaan perniagaan anda. Jika anda mampu membuat keputusan yang baik, baiklah jadinya perniagaan anda.

Sebaliknya jika anda sering membuat keputusan yang bodoh, maka jadi bodoh dan gagallah perniagaan anda.

Oleh itu, elok juga kita belajar apa yang para pakar telah rumuskan terhadap punca kebanyakan orang membuat keputusan yang bodoh. Maklumat ini sata baca dalam sebuah artikel di dalam Harvard business Review.

Berdasarkan pemerhatian terhadap 50 ribu pembuat keputusan, para pengkaji telah merumuskan 9 punca orang membuat keputusan bodoh. Berikut adalah senarai punca yang menyumbang kepada keputusan bodoh atau tidak baik, dengan senarai pertama merupakan punca paling utama diikuti oleh punca kedua utama dan seterusnya…

Senarai punca anda membuat keputusan bodoh

  1. Pemalas – Ini merupakan punca paling utama yang menjadikan anda membuat keputusan bodoh dalam apa saja keputusan yang diambil untuk ke depan. Anda malas untuk semak fakta, malas untuk ambil inisiatif menghilangkan keraguan yang berasaskan andaian. Biasanya orang jenis ini amat pemalas dan sering bersandar pada cerita lama yang besar kemungkinan sudah basi.
  2. Tak pertimbangkan senario buruk yang mungkin berlaku – Apa saja perancangan anda tak lepas dari ikatan peristiwa luar jangka di luar kawalan. Sedangkan ianya sering berlaku, kita sering cuba mengenetepikannya. Orang yang diharap kemalangan, berlaku bencana alam, kawan kencing, pasaran merudum dan bermacam-macam lagi kemungkinan buruk boleh berlaku tanpa dijangka. Biasanya mereka yang sentiasa pertimbangkan kemungkinan paling buruk yang mungkin berlaku, amat bijak dalam persediaan diri dengan situasi luar jangka. Namun ramai orang yang terlalu teruja dengan keputusan mereka sampai terus lupa kemungkinan buruk yang bakal berlaku.
  3. Flip flop – Ini satu lagi masalah. Tertangguh-tangguh tak buat keputusan. Ada saja perasaan ragu dan was-was timbul dalam kepala dan semakan demi semakan dibuat lagi tak habis-habis. Perlu diingat bahawa membuat keputusan bodoh adalah jauh lebih baik daripada tak buat apa-apa keputusan langsung. Kebiasaannya mereka yang sebegini adalah jenis manusia penakut. Mereka gusar kalau tersilap langkah akan membuatkan mereka mati terus. Mereka kekal dalam ketakutan dan tak berani buat apa-apa langkah ke depan.
  4. Terperangkap dalam dunia masa lalu – Fenomena ini amat banyak berlaku pada ramai usahawan yang sudah jatuh atau sedang menghadapi kemerosotan dalam perniagaan mereka. Minda mereka asyik terkurung dalam dunia lalu yang sudah tidak boleh dikembalikan. Semua keputusan mereka berkisar daripada cara lama dan mereka tak pertimbangkan dengan cara baru yang mungkin memberikan hasil ang jauh lebih baik. Ingat! apa saja keputusan lama yang baik belum tentu sama baiknya untuk masa sekarang. Jika anda rasa cara lama itu masih kekal bagus, itu hanyalah sekadar andaian sahaja.
  5. Gagal menghubungkan rangkaian strategi yang ada – Untuk mencapai matlamat, akan ada beberapa strategi yang bertingkat dan berbeza-beza. Kegagalan menghubungkan setiap strategi yang anda rangka dan menyusunnya menjadi bermanfaat boleh membawa kepada keputusan yang bodoh. Anda perlu berupaya melihat keseluruhan proses dan strategi dengan jelas untuk menghasilkan satu keputusan yang jitu.
  6. Terlalu bergantung – Ada kalanya sesuatu keputusan bergantung pada satu keputusan lain yang perlu diberikan oleh orang yang lain. Untuk membuat keputusan anda, terpaksa tunggu rakan kongsi, contohnya. Anda tunggu dan tunggu dan terlalu bergantung pada keptusannya untuk membuat keputusan penuh. Sikap begitu tidak akan membawa anda ke mana-mana. Mereka yang bijak membuat keputusan yang baik biasanya berani bertindak sendiri bila perlu tanpa menunggu keputusan orang lain.
  7. Kera sumbang – ramai juga yang rasa dia tahu semua perkara. Dia tak bina jaringan dan elakkan diri daripada membina rangkaian penasihat yang mahir dalam bidang-bidang tertentu yang diperlukan dalam membuat keputusan. Tak ada orang tahu semua perkara. Oleh itu amat perlu adanya jaringan kawan-kawan yang pakar dalam bidang masing-masing. Rujuklah mereka untuk membuat keputusan yang baik. Ada kalanya, tamak untuk ambil pujian dengan tidak meminta bantuan orang lain, takut-takut kalau nanti orang lain mahukan kredit membuatkan anda malu sebab buat keputusan bodoh.
  8. Lemah kemahiran teknikal – Dalam bidang yang anda ceburi, anda perlu mendalami segala kemiran yang berkaitan dengan bidang yang diceburi. Anda perlu rajin baca, rajin berkawan, tambah ilmu dan sertai seminar dan sebagainya untuk mendalami bidang yang diceburi. Sekurang-kurangnya anda ada akses kepada mereka yang amat mendalam kemahiran teknikalnya jika anda perlukan maklumat untuk buat sesuatu keputusan. Jika tidak, kelemahan ini akan sering membuatkan anda membuat keputusan bodoh.
  9. Gagal berkomunikasi – Mungkin anda bijak buat keputusan dan keputusan anda memang terbaik. Tapi malangnya tak reti nak sampaikan. Tak reti nak jelaskan dan kaitkan persoalan, apa?, siapa?, bagaimana?, di mana?, bila?… jika begitu, keputusan baik anda sama saja dengan keputusan anak sekolah tadika anda.

Jadi anda dah tahu apakah punca anda sering membuat keputusan bodoh selama ini. Saya juga dah tahu sekarang dan terbayangkan kebenaran betapa semua di atas benar-benar berlaku di kala saya membuat keputusan bodoh sebelum ini.

Marilah kita belajar dan baiki diri dalam membuat keputusan yang akan datang. Moga semua itu ada manfaatnya…!

Total
28
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Sangat menarik ;-). Saya masih baru nak berjinak-jinak dalam bisness. Masih banyak yang perlu dibelajar. Membuat salah satu tindakan di atas sangat merugikan diri.

    “Gagal berkomunikasi – Mungkin anda bijak buat keputusan dan keputusan anda memang terbaik. Tapi malangnya tak reti nak sampaikan. Tak reti nak jelaskan dan kaitkan persoalan, apa?, siapa?, bagaimana?, di mana?, bila?… jika begitu, keputusan baik anda sama saja dengan keputusan anak sekolah tadika anda.”

    Boleh Tuan kongsi kaedah komunikasi berkesan. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge