rusty-lock-1500x1000Bagi orang yang rajin dan bertenaga, dia akan sering mendapat permintaan dari samada saudara mara, kawan baik, rakan sekerja atau dari masyarakat sekeliling.

Rajin dan bertenaga merupakan salah satu ciri-ciri positif yang perlu ada pada orang yang nak brjaya dalam hidupnya.

Orang yang memang dah terlatih dengan tabiat rajin dan bertenaga jika pandai menggunakan tabiat tersebut, insyaallah akan berakhir dengan berjaya.

Tapi itulah masalahnya !.

Bila semua orang kenal kita dengan ciri-ciri rajin dan bertenaga, akan ada saja permintaan datang bertubi-tubi menjemput dan meragut masa terhad yang kita ada.

Ada orang yang berpendapat, mereka yang berjaya biasanya merupakan orang ang paling banyak berkata ‘tidak’.

Mereka tegas dan tidak teragak-agak untuk tolak permintaan yang mengganggu urusan lain yang lebih penting.

Pengalaman saya tolak permintaan

Masa mula berniaga dulu, saya memang terlajak rajin dan amat bertenaga. Salah satu sebabnya adalah kerana saya punya ramai kawan.

Kawan-kawan pula jenis yang pantang tidur. Mereka boleh terpancul berdiri ketika sedang tidur apabila telefon berdering mendapat panggilan dari kawan ajak minum.

Saya juga terikut-ikut begitu. Memang masa sentiasa dipenuhi dengan berbagai aktiviti. Dari aktiviti kemasyarakatan sampailah kepada aktiviti politik.

Ajak lah buat apa saja, saya akan kata ya, walaupun ketika sedang buat kerja. Memang seronok masa itu layan semua aktiviti.

Tapi lama kelamaan, saya dapati masa rehat tak ada, masa dengan keluarga tak ada dan masa berniaga juga tak seberapa.

Akhirnya saya terpaksa buat sedikit perubahan. Saya perlu ada peraturan masa dan aktiviti yang saya mahu libatkan diri.

Dan saya perlu belajar tolak permintaan.

Gagal tolak permintaan

Saya kenal ramai juga rakan-rakan di kampung yang jenis rajin dan bertenaga. Biasanya mereka merupakan insan yang paling dikenali di dalam masyarakat.

Mereka yang rajin dan bertenaga itu terlibat dalam apa saja aktiviti kemasyarakatan. Malah hamir semua kawan-kawan akan mendapatkan bantuan mereka sebab tahu mereka jarang sangat berkata tidak pada sebarang permintaan.

Malangnya, sikap rajin dan bertenaga itu habis digunakan untuk memenuhi permintaan orang lain dan akhirnya terlupa untuk memenuhi keperluan mereka sendiri.

Akibat dari gagal tolak permintaan yang tak henti-henti itu, apa saja urusan mereka untuk faedah diri sendiri biasanya tergendala.

Ada kawan yang sampai kena  buang kerja sebab terlalu aktif memenuhi permintaan rakan dan masyarakat. Mereka gagal dalam kerjaya.

Ada kawan yang jadi usahawan tidak dapat membentuk perniagaan yang berjaya. Juga akibat daripada gagal tolak permintaan demi permintaan rakan dan masyarakat.

Penting untuk berlatih tolak permintaan

Mungkin ada yang berpendapat sikap tolak permintaan orang lain itu perlu ada. Orang yang sering tolak apa saja permintaan orang lain dianggap pentingkan diri sendiri.

Memang ada betulnya taggapan itu. Tapi tidak semuanya betul.

Ya ! berkata ya pada orang yang mengharapkan bantuan memang satu sifat yang mulia. Tapi mesti ada kawalan dan prinsip yang betul.

Kita boleh ambil perumpamaan dalam kes menyelamatkan diri. Perkara paling penting dalam urusan menyelamat adalah pastikan diri kita sendiri terlebih dahulu selamat.

Kalau kita tak selamat, macam mana nak selamatkan orang lain.

Jika anda terjatuh dalam air bersama rakan lain, terlebih dahulu selamatkan diri anda. Pastikan diri anda dalam keadaan selamat dan barulah mula memberikan bantuan pada yang lain pula.

Dengan berbuat begitu, anda boleh selamatkan lebih ramai orang berbanding tergesa-gesa selamat seorang individu yang mungkin akan menarik anda untuk turut sama lemas dan tenggelam.

Begitu juga dalam kerjaya dan dalam perniagaan.

Paling utama adalah jayakan diri sendiri dengan tanggung jawab yang diberikan. Kemudian barulah lihat keliling dan bantu orang lain pula jika sesuai dan kena masanya.

Usahawan yang asyik bantu orang lain tapi abaikan perniagaannya sendiri sampai gagal menyebabkan lebih banyak kerosakan.

Pertamanya pada dirinya sendiri. Kemudiannya pada keluarganya. Dan kemudian pada masyarakat. Akhirnya kita terpaksa mengharapkan bantuan orang lain pula untuk hidup. Kita perlu elakkan diri dari jadi begitu.

Oleh itu amatlah penting untuk berlatih dan menguasai kepandaian untuk tolak permintaan yang tak berbaloi dan menggangu perjalanan matlamat kita.

Dengan keupayaan tolak permintaan dan berkata tidak, anda boleh sediakn lebih banyak ruang untuk berkata ya pada perkara yang jauh lebih bermanfaat dan membina.

9 latihan tolak permintaan

Asas yang kita perlu faham adalah bukan semua permintaan kita perlu berkaya ya. Kita perlu pandai memilih mana yang boleh kata ya dan mana yang perlu kata tidak.

Berkut saya kongsikan 9 latihan menolak permintaan dengan berkata tidak. Saya ambil panduan ini dari Peter Bregman, CEO kepada Bregman Partners, sebuah firma yang menawarkan khidmat perunding, melatih dan membimbing pemimpin di Amerika.

Peter Bregman merupakan salah seorang penyumbang penulisan di HBR.org, NPR, Physcology Today, Forbes, Fast Vompany dan lain-lain media.

Berikut panduan yang diberikan beliau bagaimana untuk berlatih tolak permintaan dengan berkata tidak.

  1. Perlu tahu apa yang perlu kata tidak – Kalau anda tak tahu permintaan mana yang perlu ditolak, ertinya anda juga tak tahu mana yang perlu anda terima. Proses kenal pasti ini ada kaitan dengan mengetahui apa yang kita mahu capai. Dari situ kita akan tahu mana yang penting dan mana satu yang tidak penting.
  2. Jadi orang yang bersyukur – Anda perlu sedar kedudukan anda sendiri. Bila ada ramai yang sering mendapatkan bantuan anda, bila ada banyak permintaan terhadap anda, ertinya anda seorang yang amat berharga. Oleh itu bersyukurlah. Jangan lupa setiap kali ada permintaan dari orang lain. Ucapkan terima kasih dengan ikhlas. Tapi itu tidak semestinya diikuti dengan menerima permintaan.
  3. Tolak permintaan, bukan tolak orang yang meminta – Anda perlu jelas bahawa yang ditolak adalah permintaan tersebut, bukannya anda tolak individu tersebut. Ada perbezaannya di situ. Anda perlu pandai terangkan hakikat tersebut bahawa anda tetap suka padanya, cuma tak dapat memenuhi permintaannya sahaja.
  4. Terangkan kenapa – Tak perlu terangkan secara terperinci, ia tidak memberikan sebarang perbezaan walaupun anda terangkan secara panjang lebar atau sekadar ringkasan. Tapi yang pentingnya perlu ada alasan. Mungkin anda rasa tidak dapat banyak membantu dengan permintaan tersebut kerana ianya bukan kepakaran anda. Berikan alasan yang jujur.
  5. Perlu tegas dan nekad – Biasanya orang yang sering membuat permintaan pada anda samada masa atau bantuan akan bersikap mendesak. Oleh itu, anda juga perlu bersikap tegas dan mendesak dengan menolaknya. Beritahu bahawa anda faham orang itu tidak akan putus asa dengan permintaannya, begitu juga anda, tidak akan berputus asa untuk menolaknya. Biasanya mereka akan hormati keputusan anda itu.
  6. Sentiasa berlatih – Bertindak peka dengan keadaan dan mula berlatih berkata tidak pada permintaan-permintaan yang ringan. Tolak pelawaan orang ajak minum, tolak perminataan orang ajak menyembang dan sebagainya. Latih dan latih supaya anda menjadi cekap untuk berkata tidak.
  7. Belajar mencegah permintaan datang – Ada orang yang sering sangat buat berbagai permintaan dari anda. Ada saja permintaannya setiap kali anda bertembung dengannya. Untuk orang jenis begitu, buat pencegahan awal untuk tolak permintaan. Khabarkan padanya apa awal-awal bahawa anda sedang berikan tumpuan pada urusan yang amat penting dalam tempoh tertentu. Ini akan memudahkan anda berkata tidak bila  dia mencuba nasibnya. Atau lebih mudah ulang beri tahu tumpuan anda itu setipa kali bertemu dengannya.
  8. Bersedia untuk rasa rugi – Sebenarnya memang agak sukar untuk tolak permintaan jika kita dah terbiasa sangat menerima permintaan terutamanya dari kawan-kawan. Kita akan rasa rugi, terlepas jumpa kawan-kawan lain atau terlepas melakukan perkara yang kita suka dan biasa lakukan. Tapi ingat, kita terpaksa buat pilihan antara dua perkara yang penting dan lebih penting. Itu saja. Kita tak boleh dapat kedua-duanya.
  9. Perlu kuatkan semangat – Jika anda dah terbiasa sangat menerima apa saja permintaan terutamanya dari kawan-kawan, memang bukan mudah tiba-tiba nak kata tidak dan tolak permintaan. Anda rasa tak selesa dan risau kalau-kalau kawan akan mengata kat belakang. Rasa risau kalau anda akan dianggap kawan yang tak best dan sebagainya. Oleh itu perlu kuatkan semangat. Itu adalah harga yang terpaksa dibayar untuk betulkan semula landasan kehidupan anda.

Bukan mudah nak tolak permintaan terutamanya dari rakan-rakan yang dah terbiasa sangat anda berkumpul dan buat berbagai aktiviti.

Kalau nak diikutkan rasa hati memang tak mau terlepas apa saja peluang yang ada terutamanya berkumpul, bersembang, berjalan, bersuka dan seribu satu macam lagi ber…

Tapi nak buat macam mana, kalau kita nak berjaya dan berikan tumpuan pada matlamat yang kita kejar dan dalam masa yang sama seimbangkan kehidupan, kita mesti jelas mana satu yang perlu kata ya dan mana satu yang perlu kata tidak.

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. Terima kasih Tuan, atas tipsnya. Sungguh menarik entri blog ini. Saya selalu berkunjung dan membaca blog ini dari semasa ke semasa. Dulu dan kini, saya selalu menolak permintaan rakan oleh kerana sibuk dalam hal-hal tertentu. Tapi dengan syarat, anda harus bersedia untuk menerangkan kepada rakan. Tips menarik perhatian rakan, http://osonong.com/

  2. betul tu…memang susah nk tolak..lagi lagi kawan kawan yg rapat dengan kita tapi sekarang saya dah ada azam sendiri..fikir diri sendiri dulu baru fikir yang lain heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge