Amalan nama Allah setiap hari asma-ul-husna-img“Cuba kamu check apa amalan kerohanian yang dia lakukan. Tentu ada sesuatu amalan yang dilakukannya secara konsisten sejak lama dulu!”

Begitulah saranan seorang kawan kepada kawannya ketika membincangkan rahsia kenapa saya boleh berniaga lancar sedangkan mereka tidak.

Memang ada orang yang lebih cenderung untuk melihat amalan luaran atau kebijaksanaan tertentu pada seseorang yang berjaya. Ada pula yang lebih cenderung untuk mengetahui amalan rahsia kerohanian seseorang yang berjaya.

Masing-masing dengan pendapat tersendiri. Ada yang kata amalan rohani lebih penting. Ada pula yang kata amalan luaran dan kebijaksanaan lebih penting. Ada pula yang kata perlu ada gabungan kedua-duanya.

 

Maklumat ini dikongsikan oleh salah seorang daripada kawan saya yang cuba mengorek rahsia amalan rohani hidup ringkas yang saya amalkan dalam kehidupan seharian.

Sebelum menjawab amalan rohani hidup ringkas…

Bagi menjawab soalan tersebut, perlu dijelaskan terlebih dahulu bahawa jika mereka rasakan saya lebih berjaya daripada mereka, perasaan itu tidak semestinya benar.

Barangkali orang yang kita sangkakan berjaya itu sebenarnya merasakan perkara sama. Dia rasakan bahwa kita pula yang jauh lebih berjaya daripadanya.

Itu lumrah hati manusia. Kita tidak pernah rasa puas dengan apa yang kita ada. kita mula berpusing melihat orang lain lalu membandingkan apa yang dia ada, tetapi kita tak ada.

Untuk membuat kerja perbandingan itu memang mudah, oleh kerana amalan ini kita amalkan sejak kecil lagi sampai dewasa, maka dalam masa kurang dari satu saat, kekurangan kita berbanding orang lain akan dapat disenaraikan.

Sejurus selepas itu, kita lalu menarik nafas panjang. Merenung jauh dan mula menyesali diri sendiri. Rasa merendah diri, rasa kekurangan dan bermacam-macam campuran rasa lai yang akhirnya menimbulkan perasaan tidak bahagia.

Bukankah itu satu kerja bodoh?

Kita sedang menikmati kehidupan yang aman, merasa lega dengan apa yang kita ada, tiba-tiba kita menoleh pada jiran dan mula membuat kiraan apa yang kita tak ada berbandingnya dan seterusnya mula bersedih. Memang satu amalan yang cukup bodoh jika sengaja mencari pasal untuk merasa sedih.

Amalan rohani hidup ringkas paling utama

Berdasarkan pemerhatian itulah maka saya bertekad untuk hanya melihat diri saya sendiri dan membanding diri saya hari ini dengan yang semalam.

Membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain adalah satu perkara yang perlu dielakkan seboleh mungkin walau apapun yang berlaku.

Itulah yang saya cuba amalkan untuk mengukuhkan jiwa agar tidak buat kerja bodoh tunduk dan kecewa setiap kali bertemu orang yang kita rasa lebih dari kita.

Saya mula amalkannya sejak buat keputusan untuk berniaga awal-awal dulu. Sejak itu saya berusaha memujuk hati agar jangan buat perbandingan antar saya dengan orang lain.

Jika dia kaya ratusan juta dan saya cukup makan untuk satu keluarga, biarkanlah begitu keadaan hartanya, kerana dia lain saya lain. Lagipun tidak ada pengadil yang sedang mengambil kira markah antara dia dengan saya berapa jumlah harta masing-masing…kenapa nak kisah?

Apa yang penting, kita sasarkan apa yang kita mahu dan berusaha secara konsisten sehingga mencapainya. Bukannya membuat sasaran untuk menjadi lebih kaya dan berjaya daripada si anu atau sesiapa saja, kerana itu cukup meletihkan.

Senarai amalan rohani hidup ringkas

Semenjak perbualan di atas, saya terfikir juga apakah amalan lain yang sering diamalkan yang memberikan sedikit perbezaan dan mungkin mendatangkan kesan yang baik dalam kehidupan kita.

Maka saya mula memikirkannya dan berikut saya senaraikan beberapa amalan rutin yang sudah diamalkan sejak lama dulu dalam kehidupan seharian.

  1. Beristigfah 100 kali, berselawat 100 kali dan berzikir La Ila Hail Lallah 100 kali. Amalkan sekali sebelah pagi dan sekali sebelah malam. Jadikan ini amalan rutin.
  2. Berjalan kaki setiap pagi sekurang-kurangnya selama 45 minit sambil berzikir nama-nama Allah seperti berikut:
    1. Ya Aziz – Membawa maksud ‘Yang maha perkasa’. Ulama menyatakan barang siap sering memgamalkan zikir Ya Aziz ini setiap pagi sebanyak 41 kali, nescaya akan dicabut rasa gementar atau takut pada orang lain atau makhluk lain.
    2. Ya Muhaimin – Membawa maksud yang Maha Memberi Perlindungan. Diberitakan bahawa sesiapa yang megamalkan zikir ini 115 kali selepas tiap kali mandi, Allah akan membuka perkara yang terlindung dari orang lain yang membuatkan kita tahu apa yang orang lain tak tahu.
    3. Ya Rahman, Ya Rahim – Membawa maksud Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengampun. Jika diamalkan sebanyak mungkin Allah akan lepaskan dirinya daripada perangai lupa dan lalai. Jika dibaca sekurangnya 100 kali sehari, Allah akan jadikannya orang yang disenangi oleh manusia lain.
    4. Ya ‘Aliim – Membawa makna Yang Maha Pengetahui
    5. Ya ‘Alimal Ghaibi – Yang Maha Mengetahui Perkara Ghaib. Jika diamalkan zikir no.4 tadi lalu disambung pula dengan yang ini, Allah akan membuka pintu Kasyaf dalam hati anda dengan mengetahui dan melihat perkara yang tidak diketahui dan dilihat oleh orang lain.
  3. Solah dhuha setiap pagi sekitar pukul 8.30 ke 9.30 pagi dan berdoa.
  4. Akan diberikan lagi jika anda dah melaksanakan semua yang saya sebutkan di atas…

Ada orang yang tak percaya dengan semua amalan-amalan sebegitu dapat mempengaruhi kehidupan kita, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing.

Namun jika anda yakin atau sekurang-kurangnya mahu membuat kajian apa akan berlaku jika anda amalkan semua yang saya sebutkan di atas, silalah lakukannya dan lihat perkembangan jiwa anda selepas itu.

Demikianlah saya kongsikan serba sedikit Amalan Rohani Hidup Ringkas untuk para pembaca. Moga ada manfaatnya untuk mereka yang dapat mengamalkannya. Wallahu’alam

Total
13
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Sangat bermanfaat …inilah yg saya cari2 selama ni…sy selalu terpikir macammana kehidupan seharian seorg usahawan? Dari bangun tidur smpi nk tidur semula di waktu mlm dan berapa jamkah seorg usahawan itu tidur dlm sehari? Semenjak terhasut dgn artikel Tuan ni, rasanya ada bnyk benda saya nak kena buat…nk tidur pun rs mcm rugi je masa…Tuan ada kongsikan ke kehidupan seharian Tuan dlm blog ni? Sy ni msh baru menjadi pengikut setia Tuan, bnyk lagi artikel yg belum dibaca…Terima kasih krn berkongsi……

    1. Jadual kehidupan seharian berubah berperingkat-peringkat bergantung pada tahap perjalanan perniagaan yang dijalankan. Tetapi ada perkara asas yang sentiasa dilakukan dari mula berniaga sampai sekarang. Insyaallah akan saya kongsikan bila ada kesempatan nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge