usaha sedikit tapi mendatangkan hasil yang besarMungkin ada yang sangsi akan adanya konsep amalan sedikit tapi dapat memberikan keuntungan atau hasil yang besar.

Kita biasa di ajar bahawa jika mahu hasil banyak mesti dibina dengan kerja yang kuat atau banyak.

Sebenarnya cara sebegitu adalah cara berfikir kebanyakan orang. Sebab itu jumlah mereka yang berjaya ke peringkat yang tinggi terlalu sedikit.

Ini disebabkan hanya segelintir sahaja orang yang sanggup pecahkan ikatan cara berfikir seperti kebanyakan orang. Ada dua impak jika kita beranggapan bahawa untuk mendapatkan hasil yang banyak, ianya mesti disertai dengan kerja kuat:

  1. Kita tak berusaha untuk berjaya lebih tinggi kerana tak sanggup kerja kuat. Kita kekalkan budaya ikut kaki melangkah. Oleh kerana sangkaan bahawa nak dapat banyak hasil mesti kerja banyak, kita tak sanggup melakukannya. Kita biarkan saja masa berlalu dan kekalkan status quo.
  2. Kita berusaha gigih dan kerja sekuat mungkin. Orang yang kerja kuat sampai tak ada masa rehat dan masa santai untuk berfikir berakhir dengan hasil yang sedikit dan tidak ada peningkatan yang memberansangkan. Akhirnya kita keletihan dan masa pun berlalu sementara tua datang melamar.

Kesan daripada kedua-dua akibat cara berfikir seperti kebanyakan orang yang dihuraikan di atas tidak membawa apa-apa perubahan dalam kehdipauan kita. Tiada perubahan yang hebat dan ketara jika kita berterusan membawa cara berfikir seperti kebanyakan orang.

Cari amalan sedikit tapi banyak hasil

Untuk pecahkan kebiasaan berfikir macam semua orang lain, kita mesti berani mencuba. Kita perlu ambil risiko untuk pergi lebih jauh dan meninggalkan orang lain jauh ke belakang.

Masalah paling besar untuk mula amalkan konsep amalan sedikit tapi hasil banyak adalah kecenderungan otak kita untuk berfikir macam semua orang lain fikirkan.

Saya berfikiran sama juga sebelum ini, tak sanggup untuk pecahkan kecenderungan berfikir macam orang lain berfikir. Susah nak percaya usaha 20% mampu mendatangkan hasil 80%. Saya lebih cenderung untuk berfikir bahawa jika kita berusaha 50%, akan mendatangkan hasil 50%. Jumlah peratusan input mesti sama dengan jumlah peratusan output.

Untuk pecahkan tradisi berfikiran sebegitu, ada beberapa cara yang kita boleh lakukan. Cuba fikirkan dan laksanakan amalan-amalan yang saya senaraikan di bawah.

  1. Bersenam setengah jam setiap pagi. Paling baik jika kita dapat bersenam pada waktu pagi. Bukan lamapun, hanya setengah jam saja. Kalau kita mampu bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi selama 2 atau 3 jam atau lebih, kenapa 30 minit dirasakan lama. Kesan senaman sedikit ini, memberikan impak yang amat besar pada keseluruhan hari anda dan seterusnya kesan berganda pada keseluruhan kehidupan anda sampai mati. Insyaallah.
  2. Makan sayur dan buah sepinggan sehari. Apa susahnya beli dan makan buah atau sayur untuk dimakan setiap hari. Bukan banyakpun, tak mahal pun. Amalan itu memberikan kesan hebat pada diri kita sepanjang hari dan impaknya juga sama hebat kepada keselruhan kehidupan kita sampai mati.
  3. Baca maklumat ilmiah setengah jam sehari. Bukan lamapun. Kita boleh baca 3 surat khabar sekali gus habis dalam satu sarapan pagi. Kenapa 30 minit bacaan bahan ilmiah tak boleh buat. Tak perlu hafal, baca saja. Lihat kesannya kepada otak anda sepanjang hari dan lihat kesan berganda pada keselruhan kehidupan anda sampai mati.
  4. Bersama anak-anak setengah jam setiap hari. Ini juga bukannya lama sangat. Dudk saja atau baring saja bersama mereka. Lihat saja mereka bermain dalam masa setengah jam itu. Kesannya cukup besar pada diri anda. Juga amat besar pada anak-anak kita. Kita bakal mengubah kehidupan mereka sepanjang hayat sehingga kita mati dan kepada mereka sampai ke akhir hayat mereka nanti.

Saya hanya berikan beberapa contoh saja sebagai panduan. Lihat semua aktiviti di atas. Semuanya hanyalah perkara kecil yang kita sagkakan tak ada hasil. Sebab itu kita tak buat dan istiqamah dengannya.

Buatlah dulu, istiqamahlah. Sedikit saja perubahan yang saya sarankan di atas, tetapi kesannya berganda-ganda.

Mungkin kita akan rasa macam buang masa tak ada faedah. Apa kerja pusing taman 10 round setiap pagi sorang diri. Betul ke ni…!, lebih baik aku pergi minum teh tarik dengan kawan kat kedai mamak.

Jika ada hasutan sebegitu, abaikan saja. Jangan takut, anda tidak buang masa sebenarnya. Teruskan amalan sedikit dan biar berterusan.

Ada banyak lagi amalan lain yang boleh kita lakukan. Pilihlah idea-idea yang kecil saja dan selitkan dalam amalan kehidupan kita. Insyaallah anda akan mula percaya adanya amalan sedikit tapi hasil banyak.

Bila amalan sedikit mendatangkan hasil yang banyak. masa kita lebih panjang. Tekanan hidup akan berkurangan dan insyaallah kita mula rasa bahagia dan hilang atau kurang tekanan.

Orang yang bahagia biasanya kaya. Bertambah anda bahagia, akan bertambah kekayaan anda. Ok! tak kisah jika anda tak suka kaya, kumpulkan semua kekayaan itu dan segera hadiahkan pada masjid atau surau atau sekolah anak yatim.

Atau berikan pada seluruh keluarga dan sanak saudara anda yang memerlukan. Dapat harta pagi, hadiahkan semuanya pada orang waktu tengahhari, dan begitulah seterusnya. Jada tolong jangan bagi alasan aku tak nak kaya untuk dapat lesen tak berusaha dan hidup macam orang malas.

Mari kita cari amalan sedikit tapi hasil banyak. Jika anda ada cadangan atau amalan yang terbukti berjaya diamalkan selama ini, sila kongsikan di bawah. Perkongsian sedikit itu juga salah satu contoh amalan sedikit dengan impak yang terlalu banyak. Jadi kenapa kedekut…? sebab anda masih lagi berfikir seperti kebanyakan orang agaknya?

[rectanglebox id=1]

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Saya sering berfikir dan musykil berkenaan hubungkait antara kerja keras dengan kekayaan seseorang (dalam konteks bekerja untuk mencari rezeki). Terdapat beberapa persoalan yang timbul dalam fikiran saya :-

    1) Adakah orang yang kaya itu bekerja lebih kuat daripada orang miskin;

    2) Ramai juga orang yang bekerja keras siang dan malam, tetapi tetap kekal miskin;

    3) Apa beza cara kerja orang kaya dengan orang miskin;

    4) Adakah kerja keras tidak menjamin kekayaan seseorang;

    5) Bagaimana nak berusaha untuk menjadi kaya.

    Ini membuatkan saya rasa keliru, adakah kekayaan dan kejayaan seseorang tidak langsung bergantung kepada kadar usaha yang dilakukan.

    Memang tidak dinafikan rezeki telah ditetapkan olehNYA, tetapi saya berpegang kepada setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya yang boleh diterima dengan logik akal.

    Mohon agar Tuan boleh beri sedikit ulasan…

    1. Soalan yang penting ni. Secara ringkasnya boleh saya katakan bahawa tahap kejayaan seseorang bergantung pada dua perkara. Pertama sudah pasti kejayaan perlu disertai dengan kerja. Keduanya kerja pula perlu disertai dengan kebijaksanaan.

      Contoh mudah adalah cuba kita fikirkan berbagai kaedah untuk angkat sebuah batu yang berat. Kita boleh angkat dengan kumpulkan 4 orang gunakan kudrat tulang 4 kerat. Itu satu kerja kuat dan keras untuk angkat dan ubah kedudukan sebuah batu.

      Bagi yang bijak sedikit, dia boleh angkat batu besar itu hanya dengan gunakan 2 orang, ambil satu kayu kuat letakkan atas satu pelapik keras dan cungkil naik sambil seorang lagi masukkan kayu bulat di bawah batu. Selepas itu hanya seorang saja yang perlu menolak batu tu bergerak ke tempat yang dia mahu.

      Dari segi pencapaian matlamat kedua-dua cara mampu melakukannya. Tapi mana satu yang kerja kuat dan mana satu yang tak kerja kuat sangat…?

      Begitu juga dalam apa saja urusan, jika kita ambil sedikit masa untuk menggunakan akal yang Allah berikan, urusan yang orang lain ambil masa sebulan boleh kita laksanakan hanya dengan mengambil masa seminggu atau kurang dari itu.

      Tetapi kebanyakan orang terlalu kerja kuat sehingga tak ada masa untuk menggunakan akal untuk menganalisa dan belajar dari kejadian alam.

      Harap dengan sedikit penjelasan ini, tuan dapat sedikit pencerahan akan maksud yang cuba disampaikan. Wallahu’alam.

      1. Terima kasih atas pencerahan Tuan,

        Dari sini saya dapat rumuskan bahawa perbezaan pencapaian seseorang adalah dari segi penggunaan akal yang telah dianugerahkan.

        Akan tetapi, ramai juga sarjana, ilmuan, pemegang ijazah PhD mahupun yang memiliki PhD dalam bidang perniagaan juga tidak menunjukkan pencapaian (kekayaan) yang boleh dibanggakan.

        Mungkin ada satu elemen lain yg mampu mendorong seseorang itu untuk lebih berjaya.

      2. Emmm memang menarik persoalan itu. Kejayaan terlalu luas. Jika destinasi mendalami bidang teori perniagaan (utk dapatkan Phd) diletakkan sebagai sasaran, maka mencapai sijl Phd itu telah menjadi bukit dia berjaya.

        Namun begitu, jika destinasi menjadi usahawan praktikal dalam melahirkan perniagaan yang memperolehi keuntungan dijadikan sasaran, ia memerlukan disiplin yang berlainan berbeza dengan disiplin akademik.

        Contoh mudah, suruh pemegang Phd perniagaan buat rumah kayu untuk dijual umpamanya, belum tentu dia berjaya berbanding dengan usahawan yang praktikal di kampung yang menjalankan perniagaan itu sejak zaman mudanya…bukan bermakna pemegang Phd tak pandai, tetapi lapangan berbeza.

        Usahawan kampung itu pula sudah tentu tak akan mampu mendapatkan Phd perniagaan seperti doktor Phd tersebut. Kalau buat juga kemungkinan gagal adalah tinggi…tapi bukan bermakna dia lembab tak pandai…

        Untuk berjaya, bagi saya adalah tetapkan sasaran, cari maklumat yang berguna untuk melangkah ke depan, mulakan langkah, berhenti sekejap utk menganalisa langkah, dan buat pembaikan dan langkah lagi. Dan ianya berterusan.

        Step itu perlu diikuti oleh semua orang bersesuaian dengan matlamatnya samada nak jadi usahawan, nak jadi orang kaya, nak jadi ulama, nak jadi ahli akademik, nak jadi artis atau apa saja…jalan-jalannya berbeza.

        Masalahnya kebanyakan dari kita sering dikaburi oleh aktiviti yang tidak perlu jauh lebih banyak berbanding yang perlu…itu adalah halangan utama yang menghijabkan diri kta dari kejayaan. Wallahu’alam

  2. macam yg tuan sarankan, saya dah pratikkan pada menu kiosk saya, memang betul 80% dari senarai menu hanya mendatangkan 20% jualan saja, tapi yang 20% itu la yang menghasilkan 80% jualan. saya dah buang hampir 80% ..hasilnya, kerja pun jd mudah, tak banyak barang2 terbuang kalau tak habis, jimat kos dan jualan masih lebih kurang sama.

    sekarang saya sedang optimumkan menu yang 20% supaya jualan meningkat. Fokus pada yang bagi keuntungan tinggi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge