city-light-trails-1500x1000Baru-baru ini, saya memandu dari Puchong menuju ke Bukit Aman. Ada temujanji pukul dua yang perlu saya penuhi pada hari ahad itu. Sambil memandu melalui IOI Puchong, saya berbelah bagi untuk ambil jalan mana satu.

Bergerak dari Puchong dalam pukul 1.30 petang membuatkan saya perlu pilih jalan yang betul untuk sampai ke Bukit Aman pada pukul 2.

Akhirnya saya memilih Lebuhraya Kesas. Saya yakin kenderaan tak banyak hari itu dan memang terbukti betul perjalanan saya amat lancar sehingga ke tol.

Selepas membayar tol, saya perlu memilih pula jalan untuk ke Bukit Aman yang mudah dan tidak jem. Tidak pasti mana satu pilihan yang terbaik, saya ambil jalan menuju ke PJ yang bertemu dengan Midvaley pada hujungnya.

Disitulah silapnya. Saya terlupa bahawa orang ramai sentiasa berpusu-pusu nak ke Midvaley setiap kali hari cuti.

Perjalanan mula menjadi tidak lancar akibat daripada kenderaan yang terlalu banyak menuju ke Midvaley. Akhirnya saya buat keputusan untuk ambil jalan kanan sekali yang akan membawa saya masuk semula ke Lebuhraya Persekutuan dan berpatah balik menuju ke Kerinchi.

Dari kedudukan sebelah kiri, saya berikan lampu isyarat untuk masuk ke kanan. Saya mula masuk perlahan-lahan untuk ke sebelah kanan dalam keadaan jalan yang sesak dan beratur panjang.

Tetapi malangnya kenderaan sebelah tak mahu izinkan saya masuk. Saya biarkan dia kedepan dan bila ada sedikit ruang saya masuk semula.

Dari cermin tepi kenderaan saya, kelihatan kereta Honda City datang meluru kedepan tidak mengizinkan saya masuk.

Dia dengan pantas menyucuk ke depan, menghimpit dan akhirnya saya mengalah dan dia memotong ke depan. Ketika memotog itu, saya pandang pemandunya.

Dia seorang wanita berbangsa Cina, yang membeliakkan matanya ke arah saya sambil mulutnya kumat kamit. Tangan kirinya terayun naik dan turun dalam keadaan muka kelihatan sedang marah.

Saya yakin dia sedang menyumpah saya dengan berbagai jampi serapah kerana cubaan saya mahu masuk ke sebelah kanan dan memotong kedudukannya.

Ketika melihat dari cermin depan dia sedang meluru tadi membuatkan saya jadi marah, apatah lagi bila melihat dia menghayunkan tangan naik dan turun, membeliakkan matanya ke arah saya sambil mulutnya kumat kamit.

Saya menjadi semakin marah dan rasa tak puas hati kenapa dia nak marah sangat dengan permintaan saya untuk ke kanan. Mahu rasanya saya langgar bontot kereta Honda City itu supaya saya rasa puas dan lega, kereta saya jauh lebih besar dan tinggi dari saiz keretanya.

Dalam keadaan itu, saya tarikh nafas dalam-dalam dan cuba tumpukan pada mesej yang nak disampaikan oleh wanita itu.

Saya sedar mesej yang nak dia sampaikan adalah,

‘Tak boleh masuk maaaa!!!.”

Dia tidak izinkan saya memotongnya, itu haknya samada untuk benarkan saya masuk ke kanan atau tidak.

Bila sedar bahawa itulah mesej sebenar dari wanita itu, maka saya jadi tenang semula. Saya buat kesimpulan bahawa yang paling penting adalah mesej yang nak disampaikan, selain dari itu perlu diabaikan saja.

Saya menjadi marah kerana tersasar pandang akan cara dia menyampaikan mesej tersebut, sedangkan jika saya abaikan caranya itu, dan hanya lihat pada mesejnya, maka saya hanya perlu tunggu dan jangan masuk ke kanan lagi.

Tunggu orang lain pula yang mungkin akan berikan keizinan.

Hari itu saya belajar satu perkara penting.

Untuk selesakan jiwa anda setiap kali berlaku apa-apa kejadian yang melibatkan anda dengan orang lain, sentiasa berikan tumpuan pada mesej yang mahu disampaikan.

Selain daripada itu, elok abaikan saja kerana setiap orang punya caranya tersendiri untuk sampaikan mesej.

Dalam kes saya tadi, wanita Cina itu mungkin seorang panas baran, atau mungkin dia sedang berserabut dengan masalah keluarga atau kerjanya, jadi untuk berikan mesej tak boleh, dia pilih cara yang agresif. Itu saja.

Yang pastinnya mesej semuanya sama, hanya cara penyampaian saja yang akan berbeza.

Setiap kali berlaku keadaan sebegitu, kita sering terperangkap untuk melihat keseluruhan peristiwa yang berlaku dan terlupa mesej sebenar yang biasanya amat ringkas untuk kita hadamkan tanpa perlu gaduh-gaduh dan naik darah.

Sejak hari itu, perkara yang sama saya cuba terapkan dalam urusan lain juga. Hubungan dengan kawan-kawan, dengan pelanggan, pekerja dan siapa saja.

Hasilnya saya menjadi lebih fokus dan tenang tanpa beremosi.

Lihat pada mesej saja, dan abaikan saja yang lain dari itu.

Sekadar perkongsian pantas hari ini mengisi ruangan artikel pada tahun 2016. Moga ada manfaatnya untuk sama-sama kita amalkan.

Total
25
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. such a great reminder. teringat cerita2 yang diviralkan pasal seller atau buyer yang fussy/kurang ajar/ maki hamun. boleh apply konsep ni, fokus hanya pada yang dia nak. thanks tuan

  2. Melalui pengalaman diri sendiri memang saya akui, memandu sering membangkitkan sisi agresif dalam diri saya. Untuk mengekalkan tahap kesabaran, biasanya saya perlu memandu dalam keadaan yang bertenang. Kalau ada pekara yang berlegar di fikiran, atau terkejar dengan masa, memang mudah melenting. Kadang-kadang sendiri akan rasa menyesal dan terfikir, apalah yang dimarahkan sangat, jalan hak bersama. Cuma yang tak boleh tahan ialah apabila ada pemandu yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada pemandu lain, dan memandu secara merbahaya.
    Azwan recently posted…13 Erti Menjadi Orang Yang Gagah dan Tabah.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge