tangan-kreatifTahukah anda bahawa anda sentiasa boleh jadi kreatif jika berfikir macam kanak-kanak?

Kita biasanya perlu berfikir secara kreatif jika ingin selesaikan sebarang masalah yang melanda. Samada ianya adalah masalah peribadi mahupun masalah perniagaan.

Tetapi pada kebanyakan masa, diri kita yang dewasa ini lebih banyak mendatangkan masalah daripada menyelesaikan masalah terutamanya dalam hal ehwal yang memerlukan pemikiran kreatif.

Bila dewasa tak jadi kreatif

Anda mungkin tak berapa bersetuju dengan kenyataan saya di atas. Anda mungkin beranggapan bahawa orang dewasa lebih bijak dan rasional berbanding dengan kanak-kanak dalam bab selesaikan masalah.

Sebelum itu, mari fikirkan apa yang berlaku pada diri kita manusia sejak berada di dalam perut ibu sehinggalah menjelang dewasa.

  • Ketika di dalam perut ibu, kita tak boleh berkata-kata, tak boleh buka mata, tak boleh bergerak, tak boleh berfikir, tak mampu berusaha, malah tak boleh apa-apa pun. Tapi kita membesar juga, mendapat makan dan minum dan diberikan rezki untuk meneruskan kehidupan.
  • Ketika dilahirkan, kita hanya boleh teriak, hanya boleh gerakkan anggota tangan dan kaki, dan kita masih tak dapat melihat apa yang berlaku di sekeliling. Dalam keadaan yang lemah dan kerdil itu, kita masih membesar dan sentiasa mendapat rezki untuk meneruskan pembesaran dan kehidupan.
  • Bila dah besar menjadi kanak-kanak. Kita dah boleh berkata-kata, boleh belajar mengenal benda dan sifat, kita dah boleh mendengar dan boleh juga bergerak ke sana sini. Tapi masih belum ada kekuatan tubuh badan dan masih belum ada kekuatan akal fikiran buat mencari makan dan minum. Namun masih juga membesar dan tetap mendapat rezki yang mencukupi untuk teruskan kehidupan tanpa perlu kita fikirkan sendiri.
  • Bila dah semakin besar dan menjadi dewasa, kita ada segala-galanya. Kekuatan otot badan, kekuatan akal fikiran, boleh mendengar, boleh melihat, boleh menjerit, boleh memujuk, boleh berusaha, boleh bekerja…. Namun peliknya kita mula takutkan putusnya rezki, takut tak boleh makan dan minum, takut segala-galanya, keluh kesah sehingga terasa dunia menjadi sempit.

Bukankah secara logiknya apabila dewasa dan kuat segalanya, kita tentu jauh lebih yakin berbanding kanak-kanak dalam bab membesar dan mencari rezki.

Dan kita tidak perlu keluh kesah dan risaukan diri sendiri pada hal yang bukan-bukan. Kita tak perlu takut berhenti kerja dan berniaga, kita tak perlu bergantung harap pada majikan kerana bukan dia sumber asal rezki untuk kita…

Malangnya semua itu tak berlaku sedangkan kita rasakan orang dewasa sudah semestinya lebih hebat berbanding kanak-kanak.

Kanak-kanak lebih mudah jadi kreatif

Ternyata, sebenarnya bila dah dewasa, manusia menjadi lebih bermasalah berbanding kanak-kanak terutamanya dalam bab menyelesaikan masalah.

Oleh itu, jika anda sedang menghadapi berbagai masalah dan sedang berusaha mencari jalan keluar daripada masalah tersebut, berfikirlah seperti seorang kanak-kanak.

Anda boleh jadi kreatif luar biasa jika berfikir seperti kanak-kanak berbanding berfikir dalam keadaan diri anda yang dewasa.

Dalam satu kajian yang dipetik oleh Jonah Lehrer dalam bukunya ‘Imagine’ mendapati mereka yang diminta bayangkan diri berusia 7 tahun dapat selesaikan masalah jauh lebih berinovasi berbanding orang lain yang berfikir seperti biasa.

Jadi selepas ini, cubalah bayangkan diri anda berusia 7 tahun jika mahu selesaikan sebarang masalah secara berinovasi.

Anda akan jadi kreatif jika berfikir seperti kanak-kanak dan untuk dapatkan perasaan seperti kanak-kanak itu, bolehlah sediakan keadaan sekeliling seperti yang disukai oleh kanak-kanak.

Jika anda ada anak yang berusia dalam lingkungan 7 tahun tentu lebih mudah untuk menghayati keadaan berfikir seperti seorang kanak-kanak itu…. Selamat mencuba dan moga jadi lebih kreatif.

Total
19
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge