Jungle-Trees-With-Lots-Of-Green-And-Bright-SunSaya tertarik dengan andaian asas yang perlu dilakukan oleh mereka yang mahu amalkan teknik pembelajaran NLP. Mungkin elok untuk kita lihat dan fkirkan kalau-kalau ada yang dapat diambil sebagai iktibar dalam membaiki perjalanan menempuh kejayaan dalam hidup kita ini.

Berikut adalah beberapa andaian salah yang perlu dielakkan dalam membina diri dan menjalani kehidupan berdasarkan NLP:

  1. Orang lain fikir sama macam kita fikirkan – Ini salah satu perangkap yang amat lumrah terkena kepada hampir kebanyakan orang termasuklah diri kita sendiri. Akibat dari mengandaikan orang lain tentu fikir macam kita, maka kita anggap tentu orang lain faham maksud atau apa yang cuba dilakukan. Kita tidak cuba memahami dan berikan penerangan pada┬ámereka terlebih dahulu. Bila orang buat lagu lain, maka kita terasa hati dan merajuk lalu bawa diri.
    • Hakikatnya, dua orang sentiasa punya 2 pemikiran dan pemahaman yang berbeza. Pemahaman biasanya dipandu oleh pengalaman hidup yang dilalui. Masing-masing daripada kita punya pengalaman dan perjalanan hidup yang berlainan.
    • Oleh itu, jangan sesekali buat andaian sebelum dipastikan dengan bertanya terlebih dahulu. Dan jangan pula marah pada orang yang bertanyakan pada kita sesuatu untuk minta kepastian walaupun kita rasa itu adalah terlalu mudah atau ‘common sense’.
    • Dalam perniagaan, perkara ini amat penting untuk difahami. Jangan anggap tawaran yang kita suka, semua orang lain juga akan suka. Buat kajian, buat bancian. Gunakan fakta statistik dan bukannya ikut rasa emosi.
    • Belajar menghormati pandangan orang lain boleh berlaku kalau kita menerima hakikat bahawa pemikiran orang adalah tidak sama.
    • Bila kita hormat pandangan orang lain, kita akan harapkan agar orang lain juga menghormati pandangan kita. Tetapi kalau orang tak hormati pandangan kita, tak perlulah buang masa bergaduh dan saling sakit menyakiti hati dan perasaan orang lain.
  2. Fakta dan nilai budaya adalah sama – Saya punya ramai kawan melayu, dan saya pernah berkawan dengan orang Perancis. Faktanya sama dalam bab kentut dan sendawa. Kita tahu kentut itu berbunyi dan ada kalanya busuk. Begitu juga sendawa, berbunyi dan ada kalanya berbau. Tapi nilainya tak sama di kalangan orang Perancis berbanding orang kita. Kentut tengah kawan-kawan dianggap kurang sopan, sendawa tak apa untuk kita. Tapi ianya berbeza dengan orang perancis. Oleh itu, sentiasa elakkan memahami fakta adalah sama dengan nilai budaya.
    • Apa yang berlaku disekeliling kita tetap berlaku di mana-mana sahaja di muka bumi ini selagi adanya manusia mendiaminya. Itu adalah fakta.
    • Tetapi pemahaman dan penerimaan serta kepercayaan terhadap segala fakta yang berlaku adalah amat berbeza. Ia banyak bergantung pada tempat, anutan, dan kebudayaan sesebuah masyarakat itu.
    • Jesteru itu jangan terus menghukum berdasarkan fakta kejadian. Fahami terlebih dahulu budaya, anutan atau kepercayaan masyarakat yang anda lihat sebelum buat apa-apa rumusan.
  3. Orang sengaja sakiti hati anda – Bila ada orang lain buat perkara yang tidak disukai, jangan anggap orang itu sengaja nak sakitkan hati anda. Ia sebenarnya adalah tanda bahawa anda gagal menawan hatinya. Jangan marah orang itu sebaliknya lihat di mana salah anda.
    • Usahawan yang tidak berjaya menjual produknya pada seseorang bukan bermakna barangnya tidak bagus. Ia hanya melambangkan bahawa usahawan itu tidak mendapat sokongan kerana masih tiada hubungan kepercayaan.
    • Oleh itu, dalam apa saja urusan yang memerlukan sokongan manusia lain, bina terlebih dahulu kepercayaan. Jangan terus menjual tanpa mengikat rasa percaya antara satu sama lain.
    • Bila kawan atau pasangan tidak menyokong apa yang anda lakukan, bukan bermakna dia nak sakitkan hati anda. Dia buat begitu sebab belum ada rasa percaya antara anda dan dia. Berusaha bina kepercayaan atau jika tak mampu, carilah orang lain yang percaya. Asalkan jangan saling berdendam dan sakit menyakiti.
  4. Semua tindakan melambangkan pemikiran – Kita lihat orang berkelakuan tidak sopan pada orang lain, lalu kita buat kesimpulan orang itu berfikiran sesat tidak betul. Tidak semestinya begitu. Siasat dahulu baru buat kesimpulan. Kalau orang itu makan ikan tamban semedang, tak bermakna dia suka ikan tamban, mungkin dia tak ada pilihan lain.
    • Saya teringat satu cerita bagaimana seorang lelaki yang nak buat baik dengan mencari pelacur untuk diberikan wang. Dia berikan sejumlah wang yang biasa pelacur dapat dari pelanggannya.
    • Setelah memberikan wang pada pelacur itu, disuruhnya pelacur itu pulang tanpa melacurkan diri. Dan dia rasa lega kerana berjaya menghalang pelacur melacur, dan menghalang orang lain buat maksiat melanggan pelacur tersebut
    • Malangnya tindakan lelaki itu yang sering berikan wang pada pelacur agar tidak melacur dilihat oleh orang lain. Lelaki itu lalu dituduh sebagai orang jahat yang suka melanggan pelacur….! kasihan lelaki tersebut.

Masa tak mengizinkan untuk saya lanjutkan lagi penulisan ini sebab dah kena pergi masuk dalam kapal terbang untuk berangkat ke destinasi Timur.

Insyaallah saya akan cuba buat sambungan berkenaan andaian salah yang perlu kita elakkan di lain hari jika masa mengizinkan.

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge