Antara faham betul dengan ikut-ikutanRamai orang bercakap dan menulis tentang berbagai perkara. Termasuklah saya dan anda yang sedang membaca, tentu sering bercakap atau berkongsikan apa yang kita sangka kita tahu. Ada yang buat duit daripada aktiviti perkongsian ilmu itu dan ada juga sekadar suka-suka.

Tapi pernahkan kita bertanya samada orang yang bercakap atau menulis itu, termasuklah diri kita sendiri, samada faham betul dengan apa yang diperkatakan atau setakat ikut-ikutan.

Mungkin cerita di bawah anda dah pernah mendengarnya. Saya pun pernah mendengar cerita yang lebih kurang sama sejak lama dulu tetapi bila terbaca kembali cerita ini baru-baru ini dalam buku The Art of Thinking Clearly, saya baru sedar pada sesuatu yang penting.

Ada perspektif yang menarik yang dapat dipelajari daripada cerita yang terkanal ini. Terlebih dulu, jom kita tengok ceritanya.

Faham betul dengan cerita ini

Pada tahun 1918, Max Planck telah menerima anugerah Nobel hasil daripada kajiannya berkenaan Mekanik Quantum. Sejak itu dia tidak henti mengembara ke merata tempat untuk memberikan kuliah kepada para ilmuan lain berkenaan ilmu Mekanik Quantum tersebut.

Ke mana saya dia pergi, dia akan ulang kesemua kuliahnya semula dengan perkara yang sama. Punyalah banyak kali dia ulang perkara yang sama sampaikan pemandu peribadinya boleh hafal dengan baik kesemua kuliahnya dari mula sampai habis.

Pada satu hari, pemandunya berkata pada Max Planck, tentu membosankan asyik mengulang cakap perkara yang sama tak henti-henti dari dulu sampai sekarang.

“Apa kata kulliah kali ini di Munich, biar saya yang berikan dan tuan boleh duduk saja seolah-olah tuan seorang drebar?” cadang pemandu peribadinya pada Max Planck.

Nampaknya dia suka dengan idea itu dan bersetuju untuk tukar tempat pada ceramah di Munich selepas itu. Dan begitulah yang berlaku di Munich, pemandu peribadinya berjaya menyampaikan kuliah berkenaan Mekanik Kuantum dengan begitu fasih dan jelas pada semua hadirin yang ada.

Selesai saja kuliahnya, bangun seorang Professor Fizik bertanyakan satu soalan. Selesai mendengar soalah dari professor itu, pemandu Max Planck berkata, ‘tak sangka saya nak dengar satu soalan mudah daripada para pendengar di bandaraya yang begitu hebat ini, saya akan biarkan pemandu peribadi saya saja menjawabnya…!”

Antara faham betul dengan ikut-ikutan

Sebelum ini saya anggap cerita sebegitu hanyalah sekadar cerita lawak. Tapi dari buku yang saya sebutkan tadi, ternyata ia berkemungkinnan sering berlaku pada kita dan pada ramai lagi orang lain di sekeliling kita.

Tambahan pula dalam dunia serba canggih ini, anda boleh dapatkan apa saja maklumat melalui Cikgu Google. Anda boleh dapatkan apa saja kuliah dengan menonton YouTube dan sebagainya.

Persoalanya apakah anda faham betul dengan apa yang anda ulang cakap dan cakap itu atau sekadar menghafalnya dari buku, dari google atau dari YouTube sahaja.

Apakah kefahaman anda datang dari kajian, kemudiannya pengamatan, amalan yang mendalam dan cukup lama untuk membuatkan anda benar-benar faham apa yang diperkatakan.

Satu lagi soalan yang mesti kita tanya adalah apabila mendengar perkataan atau percakapan atau penulisan orang lain yang hebat. Apakah orang itu faham betul dan jelas apa yang diperkatakannya atau sekadar ikut-ikutan. sumber imej

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

  1. orang yang ikut-ikut je dengan menghafal tanpa memahami apa yang diikutinya tak kemana. Orang soal nanti takut tak dapt jawab dengan betul dan menjawab hanya berdasarkan apa yang dihafal sahaja. Baca dan fahamkan itu yang penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge