Antara kaya dan sombong

By | 08/07/2013

Orang susah pergi bank
Ada sekali saya pinjam motor salah seorang pekerja untuk selesaikan satu urusan di Bank. Pergi ke Bank dengan menaiki motosikal ada banyak kelebihan dari segi parkir.

Tambahan lagi bank yang nak saya pergi itu terletak di Subang Jaya yang memang terkenal dengan kesesakan kereta dan kekurangan ruang parkir.

Bila sampai di Bank, saya kepitkan topi keledar yang agak lusuh itu di sisi dan membawa dokumen masuk ke dalam bank.

Macam biasa ada abang jaga di dalam ruang depan bank. Sebaik saja masuk saya tak nampak di mana letaknya mesin ambil nombor, lalu terus tanya abang jaga, ‘abang!, kat mana mesin nombor?’.

“Tuh! situ lah!”, jawabnya dengan agak kasar sambil menudingkan jari. Matanya merenung muka saya macam nak makan.

“Amboi!, tak ada hormat sikit pada orang?”, bisik saya dalam hati apabila ego tercabar.

Rasa macam nak marah, tetapi saya tersedar bila terasa topi keledar dan kasut sandal yang saya pakai itu mungkin memberikan imej sebagai orang yang lekeh pada abang jaga itu.

Lalu saya biarkan saja dan meneruskan kerja saya sampai habis. Bila nak keluar saya sengaja mendekati abang jaga dan berkata pada “terima kasih abang” sambil berlalu.

Abang jaga buat tak tahu saja. Mengerling pun tak sudi!.

Orang senang pergi bank
Tak berapa hari kemudian, saya sengaja pergi sekali lagi ke bank tersebut. Kali ini dengan kereta dan berpakain kemas siap dengan kasut kulit dan memasukkan baju ke dalam dengan rapi.

Kebetulan abang jaga yang sama bertuga pada hari itu. Saya menghampirinya dan bertanyakan di mana mesin masukkan duit.

Wah! dengan penuh hormat sambil tertunduk-tunduk dia membawa saya menunjukkan tempat mesin tersebut.

Walaupun dia boleh hanya sekadar menunjukkan jarinya, dia dengan penuh hormat dan sopan bersusah bergerak mengiringi saya. Mukanya berseri-seri dan tersenyum penuh mesra.

Pengajaran
Kerja jaga bukanlah satu kerja yang berprstij tinggi dan menjanjikan pendapatan yang lumayan. Ia satu kerja sukar dan mencabar dengan pendapatn yang tidak berbaloi.

Ertinya mereka yang bekerja sebagai jaga bukanlah termasuk dalam kategori mereka yang berada. Minta maaf jika ada yang terasa dengan kenyataan ini.

Saya tidak maksudkan ia satu kerja hina, sebaliknya ia merupakan satu kerja mulia yang menjamin keselamatan orang ramai. Cuma bayarannya tak mewah, itu saja.

Apa yang nak saya katakan adalah, jika anda seorang yang penyantun dan baik hati, secara semula jadi, sifat itu akan terserlah pada semua orang yang anda berurusan.

Orang yang memang sifatnya penyantun akan tetap kekal penyantun samada ia berurusan dengan si kaya atau si miskin. Itulah kita namakan akhlak. Sesuatu yang lahir spontan tanpa paksaan.

Dalam bab abang jaga di atas, sikap sombongnya pada orang yang kelihatan lekeh dan tidak berada amat ketara sedangkan dia bukannya lebih baikpun daripada orang yang disangkakan lekeh itu.

Bila bertemu dengan orang yang kelihatan berada pulak, pandai dia manis muka dan menghormati dengan penuh tertib. Nampak sangat itu lakonan yang bukannya timbul dari akhlak spontan.

Memang betul kata arwah ayah saya,

“kalau dah sombong, kerja angkat tahik pun tetap sombong…!”

Cuba renung diri kita sendiri sekarang bagaimana kita layan antara dua darjat yang berbeza?, jika ada perbezaan yang ketara, ertinya akhlak perlu diperbetulkan semula.

Merendah dirilah pada sesiapa saja yang bernama insan tak kira di mana kedudukan darjatnya. Jangan berlebih-lebihan pada hanya yang kaya, dan memandang muncung pada yang tidak berada.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

10 thoughts on “Antara kaya dan sombong

  1. Hafizul

    Susah kalau dah tak sedarkan diri kan bro..kalau dah jaga tu, sila lah hormat semua orang..miskin ke kaya ke..yang kaya bukannya naikkan gaji kita jika kita hormat pun..emmm susah…

    Reply
  2. teh ramuan

    biasa sangat aku buat macam ni
    masuk kedai yang mahal2 hanya dengan selipar buruk
    mereka memang tak berapa nak layan

    hahah aku memang sengaja

    Reply
  3. suri

    ya saya pernah kena begitu cuma saya pakai baju biasa sahja.masa tu naik tren ke tempat kerja.masa pakai waktu oklah blh kata masih dalam pakaian pejabat or padanng macam apa tah…bila saya bertukar pakai lebih up sikit koprat mulalah org pandnag saya senyum berseri2.org kita sllu tgok cara berpakain dulu baru nk respet..klu selekeh org yg padanng cma kita tak bgus jerkan..

    sabar jelah…

    Reply
  4. Anonymous

    Apa ada hal, biarkan mereka memandang @ memperlakukan bergitu jika itu dapat membahagiakan mereka… paling tak kita dah “menyeronokkan” mereka biarpun seketika . – Lan Trong.

    Reply
  5. azman

    Saya pernah pergi satu kedai elektrik dengan hanya berseluar lusuh dan t shirt koyak di colar.Salesman memang tak layan saya…bila saya kata saya nak beli tv 2,peti ais 1 dan mesin basuh 1…terus manis muka..siap suruh saya duduk sementara dia uruskan barang2 saya.

    Kat situ boleh nampak sikap pekerja tersebut..memilih bulu hanya kerana saya pakai selekeh.Kejadian dia pada tahun 2000.

    Reply
  6. sharif

    Ia lebeh mencerminkan dunia materialistic , ia menilai manusian itu dengan material bukan kerana Iman . Kerana iman belum tentu nampak lagi tapi material yang teserlah dulu.hakikat dunia sekarang , mari lah kita ubah persepsi ini sedikit demi sedikit.

    Reply
    1. kakiblog

      saya selalu pergi ke kedai makan dengan pakaian selekeh…para pelayan kedai buat-buat tak tahu sahaja seperti saya tak mampu bayar makanan yang nak dipesan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge