Apa beza anda dengan monyet?

By | 21/09/2012

Anda tentu marah bila orang katakan anda macam monyet. Saya juga marah dan ramai lagi turut sama marah jika kita disamakan dengan monyet. Namun dari segi bentuk anggota badan dan cara mereka bersosial nampak macam lebih kurang sama dengan kita.

Setiap kali melihat sekumpulan monyet ketika melintas kawasan hutan, anak-anak akan teruja melihat monyet. Tidak pernah terlintas untuk memikirkan apa yang membezakan kita dengan monyet sehinggalah terbaca sebuah buku menarik bertajuk “The Monk Who Sold His Ferrari”.

Dalam satu kisah Guru penulis bertanya apa yang membezakan dirinya dengan seekor monyet. Penulis terdiam dan cuba memikirkannya. Tujuan soalan adalah untuk membuka minda kenapa kita lalai dan tidak menjadi seorang insan yang baik. Bezanya adalah begini:

“Monyet tidak pernah meluangkan masa berfikir sebentar apa yang telah dilakukannya pada hari semalam, malah mereka tidak ada keupayaan tersebut. Manusia pula mampu melakukannya dan dapat mengenal pasti mana yang perlu dibaiki dan mana yang perlu dikekalkan”

Sebab itulah bagaimana monyet seratus tahu dulu, mereka masih sama macam itu juga hari ini. Adakah kita juga begitu?. Bagaimana kita sepuluh tahun dulu terutamanya dari segi sikap, cara bertindak dan lain-lain adakah masih tetap sama?.

Jika kita masih saja sama maknanya kita lansung tidak menggunakan keupayaan yang ada pada manusia menilai segala perbuatan yang semalam untuk dianalisa dan dikemas kini. Maknanya kita hanya membiarkan diri kita menjadi tidak ubah seperti monyet!

Oleh itu mula membezakan diri kita dengan monyet amat penting agar kita secara sedar tidak menjadi seekor monyet. Gunakan akal kita sebaik mungkin untuk membaiki diri.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Apa beza anda dengan monyet?

  1. nina

    Tulisan yg mengetuk minda. Tersedar berfikir dan bertindak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge