Apa makna hidup ringkas bagi anda ? tolong komen

By | 29/10/2012

makna hidup ringkasSaya sedang membuat sedikit kajian tentang makna hidup ringkas.

Agaknya, apa yang orang ramai maksudkan dengan “Hidup ringkas”.

Terdapat berbagai makna dan persepsi apabila kita katakan ‘aku mahu hidup ringkas’.

Di barat, pergerakan hidup ringkas atau ‘simple life’ ini membawa kepada terbinanya pergerakan mencintai alam sekitar atau ‘Green Movement’.

Bila disebut ‘hidup ringkas‘, orang barat akan mengaitkannya dengan buku Walden atau Life in the wood, sebuah buku tulisan Henry David Thoreau yang diterbitkan pada tahun 1854.

Beliau menulis buku tersebut ketika cuba tinggal di dalam hutan selama 2 tahun 2 bulan. Tujuannya berbuat begitu adalah untuk merasai bagaimana menjalani kehidupan yang ringkas.

Walau apapun yang semua orang fikirkan atau apa sebenarnya makna yang betul, apa yang lebih penting adalah gambaran yang kita ada di dalam kepala apabila disebutkan Hidup Ringkas.

Itulah yang saya ingin ketahuinya di sini.

Saya mohon kerjasama para pembaca budiman yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi dalam satu ayat mudah dan ringkas tentang apa yang terlintas di fikiran anda apabila dikatakan “Hidup Ringkas”.

Sila berikan komen di bawah dengan ikhlas.

Sumbangan anda amat saya hargai. Terima kasih!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

32 thoughts on “Apa makna hidup ringkas bagi anda ? tolong komen

  1. Abu aqil rizq

    Salam.
    Ikut semua suruhan Allah
    Tinggalkan semua larangan Allah
    Itulah hidup ringkas yang sebenarnya.
    Sesuai dengan ajaran Rasulullah s.a.w.

    Reply
  2. Am

    Saya mula mengenali cara hidup minimalist iaitu cara hidup yg serba sederhana dan ringkas setelah terbaca sebuah blog omputeh dan sy amat tertarik dgn cara itu sejak itu dan terus mengamalkannya hingga hari ini.

    Seriously ternyata ia amat memberi kesan yg amat positif dlm hidup sy. Konsep menghindarkan segala yg tak perlu dalam hidup seterusnya memberi ruang utk produktiviti. Tq sekadar berkongsi.. btw i like this blog, tq mr subhi

    Reply
  3. Erin abdullah

    Hidup ringkas Hidup dgn apa yg Ada. Simple

    Reply
  4. Amin

    Hidup ringkas membawa maksud memenuhi segala keperluan asas. Perkara asas yang perlu diperbaik, bukan kehendak seperti kereta mewah, telefon canggih dan rumah besar. Cukup dengan memenuhi segala keperluan asas baik dari segi rohani dan fizikal.

    Reply
  5. Anonymous

    Assalamu’alaikum.Tanpa menolak makna dari sudut Islam seperti syukur, qana’ah, redha dan lain-lain. Pada saya hidup ringas juga berpunca dari tamadun zaman dan profesion kita. Saya pernah terfikir, mengapa kita yang hendak hidup ringkas ini perlu memulakan perjalanan kita, dengan selonggok barangan; beg duit, kunci, jam tangan, pen, cermin mata, tanda nama, gigi palsu atau tambah dua tiga benda lagi ikut keperluan pekerjaan atau tolak duatiga benda yang tak berkaitan diri. Sehingga ada yang kena bawa botol susu, bakul lampin bayi kerana sambil ke tempat kerja, hantar anak ke rumah pengasuh. Siapa boleh elak?
    Saya bandingkan dengan bapa saya dan kelompok orang kampung di zamannya, bersawah bila musimnya, membela seekor dua kerbau, mencari ikan di sawah atau sungai bila masa sesuai. Nah, mereka tak mulakan hari mereka sama macam kita dengan selonggok barang-barang yang perlu dibawa. Apa yang dibawa cuma sebilah golok dan sehelai kain basahan dililit di kepala. Dengan berjalan atau berbasikal lingkungan 10km. Berpakaian kerja (seluar/kain sarung dan baju). Boleh mengharung hutan kecil, bukit, lumpur dan sungai dengan alatan yang dibawa. Cukup ringkas.
    Itu baru perbezaan di dua zaman terkini. Bagaimana di zaman dahulu, kais pagi makan pagi? atau bukan zaman gaji dibayar ikut masa? 8 hingga 5. Dizaman Rasullullah, dari Mekah ke Madinah perlu masa 7 atau 8 hari, berkenderaan unta atau berjalan kaki, biasa saja. Itu tamadun zaman itu. Ringkas…Wallahu’alam

    Reply
  6. zanj

    trus terang saya katakan blog ni memang terbaik..
    hidup ringkas yang sebenarnya….
    adalah cara nabi s.a.w
    perlu diingat
    NABI x pernah menyimpan sesuatu untuk esok
    pakaian hanya yg dipakai shj…
    tiada istilah yg jarang2 pakai apatah lagi yang dah lama tak pakai…….
    tapi kita…….khususnya sayalah….berapa punya banyak pakaian yang dah bertahun tak pakai ada dalam almari
    sedihnya…berapa jauhnya dengan kehidupan nabi S.a.w
    istighfar pada Allah

    Reply
  7. Anonymous

    Hidup ringkas boleh, cuma jangan ambil ringkas di dalam kehidupan…

    Reply
  8. Anonymous

    tuan
    kita tgk cara Nabi ringkas perasan tak tuan

    tk gud luk tahniah
    megat s

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Mahatma Gandhi komen tentang Rasulullah bahawa Baginda merupakan contoh seorang insan yang menjalani kehidupan dalam keadaan “extreme simpicity”. Itulah rahsia kejayaan Rasulullah, kata Gandhi.

      Reply
    1. Anonymous

      syabas, saya tercari2 blog begini,saya kecewa dengan orang2 kita melayu khususnya yang budaya hutang dan menunjuk2 konon mewah dengan kereta,pakaian dsb.

      Reply
  9. DonnaSha

    Salam..

    Saya pernah cuba meringkaskan kehidupan:

    Menukar kerja

    Merubah jadual waktu

    Membuang barangan yang terpakai

    Menukar penampilan

    Merubah cita rasa

    Membuang sifat yang di cam tidak effective untuk hidup yang ringkas.

    Tapi saya tak ‘bahagia’..

    Kerja baru lebih stress

    Jadual waktu baru tidak mencapai matlamat saya

    Barangan terpakai sebahagiannya kembali dalam simpanan..pasal sayang

    Penampilan baru .. hmm.

    Cita rasa tidak berubah, rupanya saya masih suka apa yang saya suka

    Sifat diri rupanya adalah ‘default’. yang perlu diubah adalah sikap.

    … saya cuba lagi, trial and error.

    Di hujungnya saya simpulkan… ringkas atau tidak, bahagia itu ‘basic’ dalam apa jua (untuk diri saya at least)

    Bila saya happy, saya boleh ringkaskan apa jua. Hidup ringkas: .. selagi belum tiba penghujung. Trial and error. Akal ada, guna. Matlamatnya ..satu.

    Reply
  10. cheura

    Assalamualaikum wmt wbt,

    Hidup ringkas yang saya cari ialah hidup secara sederhana tetapi bahagia samada di dunia juga di akhirat. Insya Allah.

    Berbanyak terima kasih tuan akan perkongsian ilmu yang sangat berguna.

    Teruskan menulis kerana artikel tuan amat membantu saya mengekalkan momentum untuk hidup sederhana tetapi bahagia.

    Reply
  11. Mohd Shubhi Abdul

    Terima kasih pada 3 penyumbang pendapat pertama di atas. Khas buat darksideage, anda buatkan semangat saya menulis naik memenuhi awan. TK!

    Reply
  12. darksideage

    Assalamu ‘alaykum,

    Pandangan ‘Hidup Ringkas’ saya ada dalam video YouTube berjudul:

    “The Amazing Story of a Village Teacher that Walks 44 KM Daily to Teach His Pupils”.

    Kalau berkesempatan bolehlah tonton video tu.

    Saya peminat blog ini, & sentiasa mengikuti pandangan yang ditulis. Cara penulisan, latarbelakang, warna, carasusun, semuanya ‘Ringkas’. Sangat menarik.

    Reply
  13. jamali shariff

    mengutamakan keperluan dalam kehidupan lebih dari kehendak diri demi mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat

    Reply
  14. Nasir Wasoh

    HIDUP RINGKAS dari sudut saya :

    PERMUDAHKAN sesuatu yang sepatutnya MUDAH!

    Contoh : Rujuk kisah penggunaan pen antara angkasawan Amerika & Rusia di bulan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge