Apa perkara paling ringkas yang anda perlu capai sebelum mati?

Pernahkah anda terfikirkan soalan yang saya utarakan kat atas tu sebelum ini. Atau mungkin anda seperti kebanyakan orang lain yang sentiasa biarkan masa berlalu hanyut sampai ke tua!

Dalam tempoh 4 ke 5 tahun kebelakangan ini saya banyak berjalan naik kapal terbang. Setiap kali berada di Airport, akan ada eskalator bergerak samada tangga atau jenis yang bergerak rata, menuju ke pintu masuk penerbangan.

Kehidupan bergerak macam eskalator

Setiap kali naik eskalator itu saya perhatikan ada berbagai perangai orang yang menaikinya. Ada yang sebaik saja berada atas eskalator, akan diamkan diri membiarkan dirinya bergerak dibawa ke depan.

Ada juga yang masih tak berhenti berjalan walaupun berada atas eskalator. Pergerakan mereka jadi lebih cepat. Tapi akan ada kumpulan yang pertama tadi, yang tak bergerak, secara tak sengaja menghalang laluan mereka yang nak cepat itu. Ada yang diam tunggu, ada juga yang minta laluan.

Ada juga jenis yang suka bermain akan patah balik melawan arus dan biasanya akan menyusahkan semua orang lain.

Bila saya tengok semua peristiwa itu, saya sering bayangkan begitulah kehidupan kita manusia atas muka bumi ini. Samada suka atau tidak suka, seronok atau sedih, anda akan tetap bergerak menuju ke satu destinasi yang telah ditetapkan.

Masa tidak menunggu anda untuk membuat keputusan. Yang pastinya anda wajib akan bergerak ke depan juga lambat atau cepat.

Tak tahu apa ada di depan

Cuma bezanya dalam kehidupan ini, tidak ada sesiapa yang tahu eskalator bergerak itu sedang membawa kita ke mana.

Jika kita ambil keputusan untuk diam saja, tetap akan ke depan juga. Kehidupan sebegitu sudah tentu membuatkan anda rasa tidak bahagia dan jiwa akan meronta.

Jadi, jalan terbaik adalah buat sesuatu isikan perjalanan yang sentiasa membawa anda ke depan. Hidup akan jadi lebih bermakna dan akan timbul rasa puas dan lega bahawa anda sudah mencuba yang terbaik.

Walau ke mana akhirnya eskalator kehidupan itu bawa, anda tetap menerimanya dengan rasa syukur. Dan selagi eskalator masih bergerak, ertinya anda masih bernafas, masih tetap ada ruang untuk berusaha mencapai apa yang anda sasarkan.

Begitulah berterusan sehingga malaikat maut datang menjemput roh anda.

Perlu ada sasaran sebelum mati

Jika anda setuju untuk jadikan hidup bermakna dengan cuba melakukan sesuatu, maka sudah tentu perlu ada satu sasaran yang perlu dicapai.

Menentukan sasaran apa yang mahu dicapai ini biasanya yang agak mencabar sikit.

Seeloknya sasaran itu biarlah datang dari sudut hati kita sendiri yang dirangka berdasarkan kebijaksanaan akal yang Tuhan anugerahkan pada semua orang yang waras.

Buatlah pencarian, tambah pengetahuan, tingkatkan pengalaman, tajamkan pemikiran dan gunakan semua itu untuk mencari sasaran yang hendak dicapai.

Sasaran paling ringkas untuk dicapai

Kenapa saya cadangkan untuk anda fikirkan sasaran paling ringkas untuk dicapai? sebab majoriti daripada kita sekarang hidup dalam keadaan yang melemaskan.

Ramai yang seperti sedang duduk di bawah paras muka bumi. Atau mungkin seperti duduk dalam lubang dalam yang sukar untuk naik ke permukaan.

Ada pula yang masih tak sedar sedang berada di dalam lubang tapi menyasarkan impian yang amat tinggi. Hingga terlupa bahawa masih ada sasaran kecil yang perlu dicapai terlebih dahulu.

Contoh mudah adalah mahu jadi multi jutawan sedangkan hutang kad kredit pun dah 5 tahun tak dapat nak kosongkan!. Hidup seumpama gali lubang tutup lubang.

Lebih baik kita senaraikan terebih dulu sasaran paling ringkas yang perlu dicapai dan semak satu persatu samada dah selesai atau tidak, sebelum mengejar sasaran yang lebih besar.

Apa sasaran paling ringkas anda?

Saya yakin semua orang tentu ada sasaran paling ringkasnya yang tersendiri. Saya harap anda boleh kongsikan nanti kat ruang komen di bawah nanti untuk kita sama-sama semak dan perbetulkan sasaran masing-masing.

Saya buatkan terlebih dahulu sasaran paling ringkas yang saya fikirkan sesuai untuk kebanyakan orang.

  1. Sasaran peribadi – Kita mulakan terlebih dahulu perkara yang menyentuh pembinaan peribadi diri. Paling ringkas yang kita perlu capai adalah punya fikiran yang matang dan penuh kesedaran terhadap keupayaan diri.
    1. Paling penting adalah sentiasa ambil tanggung jawab terhadap apa yang berlaku tanpa cuba salahkan sesiapa selain dari diri sendiri.
    2. Mampu mengawal minda dan bukan sebaliknya di mana minda yang mengawal kita. Kalau ada orang yang membuatkan kita marah, masalahnya adalah kita dan bukannya orang tersebut. Itu lambang orang yang kuat kesedaran diri dan tidak hanyut dengan mainan perasaan.
    3. Sentiasa berupaya kenal pasti perkara yang dibawah kawalan kita dan mana yang bukan. Dengan itu, kita dapat salurkan sepenuh tenaga dan usaha hanya pada perkara yang betul. Paling terukpun, jika semuanya bukan dibawah kawalan kita, minda masih tetap di bawah kawalan kita sendiri dan tak ada sesiapa yang mampu merampasnya.
    4. Mantapkan minda dengan membaca. Sasarkan paling teruk untuk habiskan baca buku bukan fiksyen dua bulan sekali. Kalau boleh sebulan satu lagi bagus.
    5. Sasarkan untuk beri tumpuan pada satu jurusan yang kita minat. Bina kemahiran dan pengetahuan terhadap maklumat itu sehingga boleh diiktiraf sebagai pakar satu hari nanti.
  2. Sasaran kemasyarakatan – Komponen paling ringkas sebuah masyarakat adalah sebuah keluarga. Maka sasaran paling ringkas di sini sudah tentu adalah mendirikan rumah tangga.
    1. Kalau masih bujang, sasarkan untuk berkahwin. Jangan nak risau samada dah terlajak atau tidak. Buat sasaran dan salurkan usaha ke arah itu.
    2. Jika dah kahwin, sasarkan untuk membentuk keluarga dengan punya anak-anak. Cukupkan keperluan mereka dari segi makan minum, tempat berlindung, keselamatan dan pendidikan. Paling penting ajar mereka macam mana berfikir dan membuat keputusan serta belajar dari kesilapan. Tak perlu paksa anak-anak jadi apa yang anda mahu, kita hanya perlu memberikan bimbingan dan penjelasan.
    3. Berhubung dan bercampur gaul dengan saudara mara, jiran dan kawan-kawan. Paling lekeh pergi berjemaah ditempat sendiri 1, 2 atau 3 hari seminggu, magrib dan insya. Kalau tak mampu jadi ajk, jadilah ahli jemaah. Itu sasaran paling ringkas.
  3. Sasaran kewangan – Ini paling mencabar dalam dunia sekarang rmai yang hidup banyak hutang akibat dari gagag kawal emosi.
    1. Sasaran paling ringkas untuk hal kewangan ini adalah berlatih kawal emosi terlebih dahulu. Masalah kewangan semuanya berpunca dari emosi dan bukannya pemikiran yang rasional. Sentiasa berfikir mana satu keperluan dan mana satu kemahuan sebelum nak berbelanja.
    2. Bila dah cekap kawal emosi, sasarkan untuk hidup tanpa hutang. Paling lekeh, tidak ada hutang jahat seperti kad kredit atau hutang Court Mammoth atau hutang beli carpet dari penjaja karpet pakistan.
    3. Selesaikan hutang peribadi pada saudara mara atau kawan-kawan. Kemudian selesaikan hutang personal loan dari bank rakyat atau mana-mana bank.
    4. Jumlah orang yang tak ada hutang buruk dan dalam masa yang sama ada simpanan adalah terlalu sedikit sekarang ini. Bukan kat negara kita saja, malah diseluruh dunia. Negara kita antara yang paling tinggi yang penduduknya berhutang. Jika anda berjaya selesaikan hutang dan punya simpanan sedkit, anda antara rakyat Malaysia yang kaya sebenarnya!
  4. Sasaran kesihatan – Ini dah banyak kali saya tulis artikel menyentuh tajuk yang sama. Jaga makan dan minum, jaga tidur dan bergerak secukupnya. Walaupun sasaran ini adalah paling ringkas yang semua wajib capai, tapi masih terlalu ramai yang gagal sebenarnya.
  5. Sasaran kebendaan – Dalam masa yang sama kita selesaikan segala hutang, peruntukkan juga sebahagian untuk simpanan dan pelaburan.
    1. Adakan sedikit pendapatan pasif dari wang simpanan anda. Jangan tak ada lansung. Cari jalan, tambah pengetahuan dan amalkan. Ada banyak maklumat yang anda boleh google untuk mendalami pendapatan pasif ini.
    2. Paling ringkas, sasarkan untuk memiliki sebuah rumah sendiri dan bukannya menyewa. Kalau tak boleh beli didalam kawasan bandar, pergi risik di luar bandar. Jauh sikit tak apa kalau rumah itu kita punya sendiri.
    3. Kalau masih tak ada kenderaan, sasarkan untuk ada sebuah. Tapi tidaklah berapa penting sangat. Tapi kalau ada lebih baik. Pastikan jika anda mampu bayar ansuran RM1000, ambil kenderaan yang hanya RM500 sebulan sahaja. Sentiasa ambil ansuran separuh dari keupayaan sebenar.

Saya dah cuba senarikan sasaran paling ringkas yang boleh difikirkan kat atas itu. Apa sasaran ringkas anda pula, boleh cuba kongsikan kat bawah ini untuk tambah atau perelokkan lagi cadangan saya kat atas itu.

Nota: saya andaikan anda semua dah selesaikan semua perkara wajib seperti solat dan tinggalkan yang haram seperti berjudi.

Total
33
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

19 comments

  1. sasaran saya sebelum mati kalau dari segi keagamaannya ialah saya nak ke tanah suci untuk umrah dan haji. sekurang-kurangnya kedua-duanya itu sekali seumur hidup.

    sasaran saya terhadap orang lain ialah melunaskan hutang piutang saya. yang boleh dikatakan banyak.

    sasaran terhadap orang sekeliling supaya sentiasa memaafkan dan merahmati saya.

    sasaran untuk waris adalah untuk meninggalkan mereka secebis pengetahuan dan harta. contohnya buku yang baik untuk dibaca, syarikat untuk diusahakan, rumah untuk diduduki atau sedikit simpanan tetap untuk mereka gunakan.

    itu saja yg saya boleh kongsikan.

  2. Sasaran paling ringkas saya.. Tinggalkan semua pekerjaan atau keduniaan dan terus solat dgn tenang bila masuk waktu. salah satu cara saya mendisplinkan diri saya.

  3. Em..pernah terfikir soalan ni..tapi diri sendiri kadang tak tahu jawapannya..huhu..

    Saya rasa apa yang saya nak adalah mendidik anak-anak untuk mengenal Allah dan patuh kepada suruhan dan larangan agama.

    Itu lepas..

    Saya boleh mati dengan tenang..insyaAllah..
    thehaikal recently posted…Cara Aku Uruskan Pendapatan Blog..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge