mutu pendidikan malaysia teruk daripada vietnamSiapa yang tak pernah ambil apa-apa peperiksaan?

Kalau anda pernah bersekolah, sudah tentu dah pernah ambil banyak peperiksaan.

Biasanya apa yang kita faham dalam bab peperiksaan ini adalah perlunya belajar terlebih dahulu sebelum ambil peperiksaan. Dan setiap peperiksaan yang diambil bertujuan untuk lulus, cemerlang, mendapat pujian dan menjadi pelajar pilihan.

Kita ambil peperiksaan dan berusaha gigih untuk lulus cemerlang, terutamanya peperiksaan yang penting sebagai anak kunci untuk diterima masuk ke sekolah atau pusat pengajian tinggi pilihan yang terkenal.

Juga untuk mendapat keistimewaan mengambil jurusan yang menjadi impian kebanyakan orang yang ada minda makan gaji. Sebab bila dah lulus jurusan tersebut dapat tawaran kerja (makan gaji) dengan gaji yang lumayan.

Boleh juga kerja sendiri jika ambil jurusan profesional yang membolehkan anda kerja sendiri, juga dengan harapan dapat jana pendapatan yang lumayan.

Tapi tahukah anda bahawa ada perkara penting yang boleh dipelajari dalam pengalaman ambil peperiksaan itu sendiri.

Ia boleh diumpamakan dengan perjalanan kita menjalani kehidupan di dunia ini dengan keadaan tenggleam dan timbulnya, dengan keadaan pasang dan surutnya, sehinggalah kita bertemu dengan kematian.

Bagaimana sikap anda ketika ambil peperiksaan

Saya biasanya relaks saja dalam mana-mana peperiksaan yang saya ambil. Orang akan nampak saya cukup tenang langsung tak gabra dalam mana-mana ujian.

Saya dapat tahu tentang sikap relaks tersebut sejak dulu sebab ramai yang suka tanya bagaimana saya boleh sentiasa relaks sedangkan orang gabra habis bila nak kena masuk buat peperiksaan. Malah bila teringatkan peperiksaan sahaja sudah cukup untuk buat ramai orang gabra.

Memang saya tak gabra, dan tak nampak sangat sikap gabra dalam diri saya sebab saya boleh jangkakan apa yang akan berlaku dalam mana-mana peperiksaan.

Hanya dua perkara saja yang akan berlaku. Kalau saya tak boleh jawab lebih banyak daripada yang boleh dijawab, maka kemungkinan nak gagal adalah tinggi.

Begitulah sebaliknya jika saya boleh jawab dengan mudah jauh lebih banyak daripada yang tak boleh jawab, kemungkinan nak lulus adalah tinggi.

Dan saya juga tahu, jika soalan atau masalah yang ditanya, masih tak dapat saya kuasai, bermakna saya sudah tentu tak boleh jawab.

Macam tu juga soalan atau masalah yang saya dapat kuasai dengan baik, sudah tentu saya boleh jawab dengan mudah.

Jadi kat mana yang patut kita gabra?

Sebab apa gabra dengan peperiksaan

Kita gabra dalam apa saja yang disebut peperiksaan bukan disebabkan peperiksaan itu sendiri. Sebaliknya gabra terhadap kesan sesudah menjalani peperiksaan itu.

Lebih tepat lagi gabra bila tak boleh buat dengan baik, tak boleh jawab dan akhirnya tak lulus. Bila tak lulus tak dapat pujian, tak dapat masuk kelas pandai, tak dapat minta jurusan baik, tak dapat kerja baik….

Kita gabra sebab percaya semua kegagalan itu membawa kepada kehidupan yang buruk, orang cemuh, orang mengata, orang tak suka, ibu bapa marah, dipinggirkan dan macam-macam lagi yang negatif dibayangkan dalam kepala kita.

Sebab itu kita gabra!, sedangkan kita semua tahu itu semua adalah tak betul. Gagal dalam peperiksaan bukan bererti gagal dalam kehidupan, tak boleh maju lagi dan kita akan mati. Salam semua itu dan perlu dibetulkan.

Sebab apa ada peperiksaan

Peperiksaan adalah satu medan ujian untuk mengetahui kedudukan kita. Semua peperiksaan adalah untuk orang yang ambil peperiksaan itu sendiri mengukur kedudukannya.

Bila ada soalan yang kita tak boleh jawab, bukan bermaksud bahawa soalan tu susah. Ia hanya membawa maksud bahawa kita berada di tahap yang masih rendah.

Bila soalan yang lebih kurang sama dapat kita jawab selepas tidak boleh sebelum ini, bukan bermakna bahawa soalan tu dah jadi mudah. Soalan masih tetap yang sama juga. Yang berbezanya ketika itu adalah anda sudah berubah menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

Itulah tujuan sebenar setiap soalan dan juga setiap peperiksaan. Untuk ukur diri kita samada kita dah berubah jadi lebih baik dari sebelum ini, atau masih kekal di tahap yang sama.

Untuk jadi lebih baik dari sebelum ini, kita mesti buat latihan. Kena sendiri cari soalan dan jawab. Buat latihan tubi, cuba memahami sehinggalah kita dapat kuasai perkara yang mahu kita kuasai. Selepas itu kita ambil peperiksaan dan ternyata kita sudah jadi lebih baik.

Bila dah lulus peperiksaan itu, dan dah jadi lebih baik, apakah semuanya berakhir?

Tidak!

Kita akan ambil peperiksaan yang lebih tinggi pulak. Latih diri, berusaha, tambah kecekapan, tambah pemahaman dan macam-macam lagi dan ambil peperiksaan lagi untuk tahu tahap kedudukan diri, dan kalau lulus, pergi lebih jauh lagi.

Semuanya bergantung sampai ke tahap mana kita nak uji diri dalam dunia akademik. Kalau tak mahu jalani peperiksaan lagi, kita akan keluar dari medan akademik yang guna sistem peperiksaan sebagai medan ujain tahap diri.

Bila dah berhenti, apalah anda rasa sudah tak ada lagi peperiksaan?

Belajar dari peperiksaan dalam kehidupan

Bila anda masuk arena pekerjaan, atau terjun dalam arena kemasyarakatan dalam kehidupan, peperiksaan masih tetap berjalan sebenarnya.

Kalau dalam peperiksaan ikut sistem akedemik, kita diuji dengan soalan, maka dalam arena kehidupan kita diuji dengan masalah.

Masalah adalah perkara yang sama dengan soalan. Kita sering dilanda dengan masalah demi masalah dalam kehidupan.

Setiap kali kita berjaya menghadapi dan menyelesaikan kumpulan masalah tertentu, maka kita akan naik setingkat lagi dalam kehidupan kita.

Ada ketikanya kita dilanda masalah yang berat yang tak mampu diselesaikan. Kalau kita degil berusaha dan cari jalan, sabar dan berdoa. Lama kelamaan masalah itu akan berjaya diselesaikan.

Bila berjaya, bukan bermaksud masalah itu dulunya susah, tapi sekarang dah jadi senang. Bahkan masalah yang dihadapi itu tetap masalah yang sama.

Yang berubah adalah diri kita sendiri. Dulu kita kurang bagus dan sekarang kita dah berubah jadi lebih bagus dari dulu. Sebab itu kita rasa mudah saja selesaikan masalah tersebut.

Bukankah semua itu sama dengan keadaan peperiksaan yang saya terangkan kat atas tadi?

Adakah anda jenis yang gabra juga apabila menghadapi masalah, sama macam ketika ambil peperiksaan dulu?

Tak perlu gabra lagi. Hadapi saja dan ketahui kedudukan diri anda. Kalau tak boleh selesaikan, jangan lari begitu saja. Cari jalan, cari maklumat, belajar, berlatih dan hadapi masalah tu sehinggalah ianya boleh diselesaikan.

Bila dah boleh selesai dengan mudah, ertinya anda dah maju setapak lagi. Dan bersedia untuk hadapi peperiksaan (masalah) lain pula dan lihat kedudukan anda. Dan begitulah seterusnya berlaku sehinggalah malaikat maut datang mencabut nyawa.

Datangnya malaikat maut mencabut nyawa bererti masa menjawab soalan (atau menyelesaikan masalah) dan menilai kedudukan diri sudah tamat. Tak boleh buat apa-apa lagi.

Takut berniaga umpama takut ambil peperiksaan

Berhenti kerja dan terjun ke dunia perniagaan adalah umpama mendafarkan diri masuk satu sekolah hebat yang tahap peperiksaannya amat tinggi.

Anda akan hadapi soalan demi soalan, peperiksaan demi peperiksaan semuanya berupa masalah demi masalah yang hebat-hebat belaka.

Bergantung pada diri anda sendiri untuk sediakan diri, tingkatkan keupayaan diri selesaikan peringkat masalah demi masalah supaya diri menjadi lebih baik dan lebih baik.

Istimewanya kat sini adalah tak ada yang berlumba dengan anda siapa sampai cepat dahulu. Anda sendiri buat keputusan untuk ambil masa selesaikan masalah itu semua. Yang pentingnya buat sampai selesai dan bila dah selesai cari masalah lain dan selesaikan lagi.

Memang seronok jika kita ada pemikiran sebegitu. Kehidupan dilayari dengan penuh minat dan amat menarik kerana anda sering peka mengukur peningkatan diri berdasarkan masalah yang anda hadapi. Keputusan hanyalah status ukuran keadaan diri dan bukannya untuk dbanggakan atau untuk dikeluh kesahkan.

Dah panjang pulak saya nak ceritakan tentang apa yang anda boleh belajar tentang peperiksaan ini. Dan jika anda faham, tentu lebih mudah untuk anda buat apa saja yang anda nak buat samada nak berhenti kerja atau teruskan makan gaji.

Anda pilih sendiri jalan hidup yang mahu dijadikan medan menghadapi peperiksaan demi peperiksaan untuk mengukur pencapaian diri… sehinggalah mati datang menemui anda. Moga ketika itu, kita berada di tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai… insyaallah!

Selamat menduduki peperiksaan kehidupan

Total
20
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge