usaha untuk berubah menjadi lebih baikRamadan datang lagi !

Masa terlalu pantas berlalu sekarang terutamanya buat diri saya sendiri. Mungkin faktor umur membuatkan ianya jadi begitu.

Dengan kepantasan masa yang beredar sekarang, terasa bahawa apa yang dapat kita lakukan untuk berjaya dalam hidup amat terbatas dan terlalu sedikit sekali.

Bayangkan jika masa banyak dihabiskan dengan mengeluh, mengharap, menyalahkan orang lain, sambil meletakkan tangan di dahi tanpa ada usaha untuk bergerak sendiri ! anda akan tertinggal jauh di belakang jika berterusan begitu.

Untuk berubah memang sukar

Jika anda merupakan salah seorang yang sering mengeluh, menyalahkan orang lain daripada diri sendiri, asyik mengharap datangnya bantuan, kedatangan ramadan ini adalah satu anugerah hebat khas buat diri anda.

Saya tahu ramai yang ada keinginan besar untuk berubah. Ramai yang nak jadi baik daripada buruk. Malah yang dah baik tetap ingin jadi lebih baik lagi.

Masalahnya adalah ramai yang tenggelam dalam keinginan tersebut tanpa mampu mengubah sikap atau cara berfikir yang dah jadi sebati dalam darah dagingnya.

Rasa malas bergerak dan bertindak sendiri, rasa susah meyakinkan diri sendiri, rasa terlalu sukar untuk bersabar dan istiqamah berusaha dan lain-lain seumpamanya menjadi belenggu yang menyiksakan batin.

Dalam keadaan begitu, terlalu sukar untuk membuat perubahan pada diri sendiri sedangkan keinginan padanya sentiasa ada.

Saya juga secara peribadi sering mengalami situasi yang sama. Sedar akan perlunya untuk berubah jika mahu pergi lebih jauh lagi, tapi jiwa dan raga terbelenggu.

Susah nak pecahkan belenggu itu jika tidak tahu caranya.

Teknik untuk berubah melalui bulan ramadan

Berdasarkan pengalaman diri sendiri yang sudah lama diamalkan sejak mula buat keputusan terjun ke dunia keusahawanan, saya kongsikan satu rahsia untuk anda semua.

Bagaimana anda boleh jadikan ramadan sebagai landasan untuk membuat perubahan pada diri walaupun belenggu yang saya sebutkan di atas tadi sedang kuat mencengkam jiwa dan raga.

Berikut saya senaraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sepanjang ramadan kali ini jika anda nak berubah menjadi lebih baik daripada sekarang.

  1. Pastikan anda benar-benar nak berubah – Ini perkara asas yang mesti ada. Tanpa kemahuan untuk melakukan perubahan diri, tak ada sesiapa yang dapat membantu anda. Walaupun kemahuan itu besar tapi anda rasa terlalu sukar dan rasa macam tak ada harapan, jangan risau. Yang penting anda mahu.
  2. Tentukan apakah perubahan yang anda mahu – Ada banyak perkara yang kita mahu sebenarnya. Itulah yang kebanyakan orang rasa. Tapi bila disoal, ramai yang tersedar bahawa dia tidak jelas dengan apa yang dia mahu. Ramai orang lebih cekap senaraikan apa yang dia tak mahu tapi tak pasti sebenarnya apa yang dia mahu.
  3. Buat senarai apa yang anda mahu – Anda perlukan masa untuk aktiviti berfikir perkara perubahan ini. Jadikan peluang waktu rehat di bulan ramadan sebagai waktu khas untuk anda berfikir. Jangan pula habiskan masa waktu rehat dengan tidur berlebihan. Mungkin senarai ringkas ini dapat membantu:
    1. Perubahan pada diri sendiri – spiritual, akhlak, fizikal, mental, ilmu, amalan, kenalan, kawan-kawan, dan lain-lain seumpamanya
    2. Perubahan pada sumber ekonomi – kerjaya, berniaga, sumber pendapatan, hartanah, masa, fleksibiliti, pelaburan, dan lain-lain seumpamanya.
  4. Buat pilihan – Jangan nak buat perubahan pada terlalu banyak perkara. Saya cadangkan hanya tetapkan satu perubahan pada diri sendiri dan satu perubahan pada sumber ekonomi. Pastikan ianya yang paling penting yang anda ingin dan rasakan.
  5. Buat gambaran perubahan dalam kepala – Bila dah tentukan apa perubahan yang anda mahu. Ambil masa untuk buat gambaran perubahan tersebut dalam kepala anda. Bagaimana diri anda dan bagaimana keadaan ekonomi anda bila sudah berlaku perubahan. Pastikan ianya sejelas mungkin dan mampu membuatkan anda tersenyum.
  6. Tulis ayat ringkas, jelas dan padat dalam bentuk doa – Bila dah jelas apa yang anda mahu, buatlah satu ayat ringkas sebagai doa untuk dimohonkan pada Allah. Contohnya adalah seperti berikut, “Ya Allah, jadikan aku rajin membaca buku, dan berikanlah aku satu peluang perniagaan yang sesuai !”.
  7. Jangan tinggal solat tarawih – Dalam bulan ramadan, kita dianjurkan untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah atau bersendirian. Setiap kali habis 4 rakaat, kita akan berdoa. Disitulah anda perlu selitkan permintaan doa yang telah diputuskan di atas tadi. Jangan henti berdoa dan ulang doa yang sama sampai habis bulan ramadan.

Bagaimana kalau tak tahu nak buat perubahan apa?

Ini juga pernah menjadi satu masalah pada diri saya sebelum ini. Rasa macam dah selesa dan tak tahu nak apa lagi…. kononnya !.

Jika anda juga rasa sebegitu, jangan risau. Rangka ayat doa untuk mohon pada Allah agar anda diberikan satu idea untuk berubah.

Sebagai contoh, anda boleh buat doa begini, ” Ya Allah! berikanlah aku satu idea untuk berubah kepada yang lebih baik “.

Ulang doa tersebut sampai habis bulan ramadan.

Perlukah fikirkan bagaimana untuk berubah ?

Tentu anda akan bertanya samada perlukah anda fikirkan bagaimana nak buat perubahan yang anda impikan tersebut.

Perlukah difikirkan apakah langkah-langka yang perlu diambil agar perubahan yang diimpikan dapat dilaksanakan?

Dari pengalaman saya, itu semua tak perlu. Apa yang anda perlu buat hanyalah doa sahaja terlebih dahulu sepanjang bulan ramadan.

Jangan paksa diri untuk berfikir cari jalan bagaimana kerana semua itu akan datang dengan sendirinya apabila apa yang anda mahu sudah jelas dan tertanam dalam pemikiran.

Walaupun saya kata tak perlu, anda akan dapati, secara tidak disedari segala aktiviti, segala kepekaan deria dan lain-lain akan dengan sndirinya terdorong pada merealisasikan apa yang anda mahukan, insyaallah !

Tentu ada yang akan kata ini macam mengarut !, tak apa, jika anda beranggapan begitu. Tapi berikan ruang untuk mencubanya terlebih dahulu dan lihat kesannya.

Jangan lepaskan peluang untuk berubah ini dengan menggunakan kesempatan bulan ramadan yang ada sekarang.

Jika anda terlepas tahun ini, terpaksa tunggu setahun lagi pulak untuk melakukan dan mencubanya !.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa !

Total
24
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Terima kasih Tuan. Saya memang perlukan tip ini. Selamat berpuasa dan didoakan Tuan mendapat pahala lailatul qadar, amin…

  2. Assalammualaikum Tuan,terima kasih kerana bg pncerahan di saat kegelapan,mga Allah murahkan rezeki tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge