Apa itu disiplin? apa yang anda tahu tentang disiplin?

Tak payah pening kepala, kita hanya perlu merujuk pada pakar yang menjadi rujukan semua orang.

Rujuk pada kamus dewan edisi ke-4, ini makna disiplin…

  1. Latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib: disiplin ketenteraan yang ketat;
  2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar disiplin
  3. Kepatuhan kpd peraturan yang telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan disiplin yang baik untuk menjaga nama baik sekolah mereka
  4. Hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang di­tetapkan: tindakan disiplin akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yang tidak cermat
  5. Bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu disiplin dalam bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pada (peraturan dll): tentera meriam Portugis yang berdisiplin itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pada kum­pulan pekerja yang cekap, berdedikasi dan berdisiplin; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab mendisiplinkan kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: pendisiplinan penulis kepada tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg pendisiplin bagi seseorang.

Untuk berjaya kena ada disiplin

Tentu anda pernah dengar ayat sebegitu. Saya juga selalu dengar peringatan sebegitu. Tapi macam mana nak disiplinkan diri. kalau saya jenis yang tak ada disiplin macam mana nak berjaya?

Satu lagi persoalan adalah, apakah orang yang berjaya itu semuanya berdisiplin? iaitu sentiasa menahan diri daripada melakukan kesalahan dan sentiasa mengikut tatatertib yang baik.

Bolehkah semua orang kekal berdisiplin sepanjang masa?

Paling penting, apakah anda seorang yang berdisiplin? dan kalau tidak apakah anda tak ada harapan untuk berjaya?

Orang yang berjaya bukan sebab disiplin

Ramai orang yang berjaya bukanlah disebabkan disiplin. Mereka tak perlu kawal diri agar sentiasa fokus. Orang yang berjaya juga tak perlu berdisiplin dan sentiasa kawal diri untuk sentiasa menepati masa.

Orang yang berjaya juga tak perlu susah-susah kawal diri untuk sentiasa istiqamah, bukan, bukan, mereka tak perlu kawal diri mereka.

Sebenarnya semua itu mereka lakukan tanpa kesukaran sedikitpun. Tanpa susah-susah kawal diri.

Mereka lakukan semua itu atas tabiat yang telah sebati dengan diri mereka.

Kenapa perlu ada disiplin

Disiplin hanya diperlukan sekadar tempoh masa tertentu sahaja dan bukannya sampai menyusahkan diri.

Tak ada orang berjaya dengan melakukan sesuatu yang menyukarkan diri mereka sendiri. Mereka berjaya kerana semua itu mudah bagi mereka kerana dah jadi tabiat.

Maknanya, orang yang berjaya pada asalnya menggunakan disiplin sampai disiplin itu mengubah diri mereka kepada tabiat. Itulah formulanya.

Ringkasnya mereka semua buat macam ini:

  • Kenal pasti apakah amalan yang diperlukan untuk berjaya. Antara amalan untuk berjaya termasuklah istiqamah, fokus, menepati dan menghargai masa, buat satu perkara sahaja dalam satu-satu masa, menambah pengetahuan dan sebagainya.
  • Melatih diri untuk mengamalkan amalan tersebut dengan mendisiplinkan diri dalam tempoh tertentu.
  • Berjaya menjadikan amalan itu sebagai satu tabiat diri yang sebati tanpa ada kesukaran mengamalkannya.

Berapa lama tempoh disiplin

Berita baik bua anda yang nak berjaya, tempoh disiplin yang diperlukan untuk menukar sesatu amalan menjadi tabiat tidak lama.

Anda hanya memerlukan sebanyak 66 hari sahaja untuk pastikan sesuatu amalan itu bertukar menjadi tabiat. Dalam tempoh 66 hari anda disiplinkan diri mengamalkan sesuatu, ia akan bertukar jadi tabiat.

Cara terbaik untuk jadikan sesuatu amalan sebagai tabiat, anda boleh gunakan aktivit kegemaran sebagai titip mula tanam tabiat. Sebagai contoh, jika anda amat meminati sukan bolasepak, gunakan sukan tersebut untuk tanam amalan menepati masa.

Jadi sentiasa pastikan anda turun padang lebih awal pada masanya. Sudah tentu tak jadi maslaah kerana anda suka sukan tersebut. Dengan latihan tubi selama 66 hari untuk sampai awal, tabiat yang sama akan berjangkit pada semua urusan lain juga. Mudah bukan?

Jangan fobia dengan perkataan disiplin

Oleh itu mulai sekarang anda tak perlu fobia dengan perkataan disiplin. Sebaliknya anda boleh gunakan aktiviti disiplin itu pada semua urusan yang anda suka terlebih dahulu.

Buat sebanyak mungkin perubahan amalan pada perkara yang anda suka sedikit demi sedikit kerana semua amalan itu akan berjangkit pada urusan lain yang anda terpaksa lakukan. Selamat mencuba dan semoga berjaya… saya ada di Sabah sekarang sebab itu tak dapat kemas kini blog kerap.

Total
8
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge