Semua orang nak berjaya. Jika anda salah seorang yang sering masuk ke blog hidupringkas.com ini, saya yakin anda juga salah seorang calon yang mahu menempa kejayaan dalam hidupnya.

Apa hubungan kejayaan seseorang dengan mentor?

Apakah untuk berjaya kita wajib ada mentor?

Saya tak pasti samada boleh kalau kita katakan untuk berjaya perl ada mentor. Apa yang boleh saya katakan hanya satu sahaja.

“Kesemua orang yang berjaya biasanya pasti ada mentor…”

Timbul pula persoalan samada semua orang yang ada mentor pasti berjaya?

Saya yakin jawapannya adalah tidak.

Bukan semua orang yang ada mentor mesti berjaya. Ia sebenarnya bergantung kepada, bagaimana usaha yang dibuat untuk mencari mentor yang betul dan bila dah dapat apakah perkara yang perlu dibuat dengan adanya mentor.

Apa yang anda perlu tahu tentang mentor?

Berikut saya kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang mentor.

  1. Mentor sebenar akan membimbing dan membantu anda menjalani kehidupan samada kerjaya atau perniagaan.
  2. Mentor memberikan panduan atau jalan yang betul untuk dilalui.
  3. Paling penting, mentor sentiasa memberikan sokongan moral agar anda terus bangun dan berjalan dikala anda jatuh rebah ke bawah.
  4. Mentor secara senyap membuatkan anda rasa bersemangat dan rasa keinginan untuk mengikuti jejak langkah kejayaannya.
  5. Secara tak langsung, mentor mestilah seorang yang anda rasa kagum dan tahu bahawa dia adalah seorang yang berjaya.
  6. Mentor bukanlah seorang yang kerjanya sekadar nak ambil hati anda.
  7. Mentor tak kisah utuk menakutkan-nakutkan anda kerana itulah realiti sebenar kehidupan.
  8. Mentor tahu kehidupan sebenar tidak pernah bermula dan berterusan dengan kesenangan. Hidup ada pasang dan surutnya dan kita perlu sesuaikan diri untuk hidup dalam keadaan itu.
  9. Mentor sentiasa memberikan nasihat yang ringkas tetapi amat jelas. Kerana dia tahu apa yang dia cakapkan.
  10. Mentor lebih berminat mengajak anda kembali kepada perkara asas kerana itulah perkara yang penting untuk difahami.
  11. Jika anda bijak, anda akan mencari mentor yang lebih tua daripada anda.
  12. Biasanya mentor yang bersyukur dengan kehidupannya lebih baik dan berkesan bimbingannya.
  13. Jika anda sendiri tak jelas dengan apa yang anda mahu dan tak ada usaha untuk mencari jalan untuk pergi ke situ, sehebat manapun mentor, tak akan dapat membantu anda.
  14. Antara perkara paling bodoh yang boleh anda lakukan pada seorang mentor adalah membuang masanya. Jadi pastikan anda tak buang masa mentor dengan berborak perkara yang sia-sia dengannya.
  15. Salah satu perkara yang boleh membuatkan anda membuang masa mentor adalah bertanyakan soalan yang pasangan anda sendiri boleh menjawabnya. Contohnya seperti… “boss saya nak berniaga, nak berniaga apa ya?”, atau ” boss, saya nak berniaga tak ada duit, mana nak cari ya…?”.
  16. Jika anda sendiri dah bersingguh-sungguh buat kerja dan mencari jalan untuk mencipta kejayaan, ramai mentor yang secara sukarela, suka untuk membantu anda.
  17. Jika anda harap mentor yang tolong buat kerja untuk anda, dah lah dia ambil masa memberikan sokongan dan nasihat pada anda, anda benar-benar membuang masa mentor yang anda ada.
  18. Antara kegemaran mentor adalah mereka yang dah buat berbagai cara untuk pergi ke depan dan masih bertemu jalan buntu, mentor sentiasa bersemangat untuk menunjukkan jalan yang mungkin anda tak pernah cuba atau tak terfikir untuk mencuba. Kalau setakat cuba satu benda, baru sekali dua dah kata buat macam-macam, lalu luahkannya pada mentor… sekali lagi anda buang masa mentor yang anda ada.
  19. Anda tak perlu buat surat permohonan untuk minta seseorang jadi mentor. Malah anda tak perlu sebutpun perkataan mentor itu padanya.
  20. Sekali lagi… tolong tanya soalan yang baik dan bernas kepada mentor, jangan tanya mentor bagaimana nak dapatkan lesen perniagaan atau tak perlulah tannya mentor GST tu apa ya…? anda tak perlukan mentor untuk dapatkan jawapan pada semua soalan sebegitu !
  21. Jangan setiap kali terhantuk baru mengelabah nak cari mentor. Pastikan perubahan positif dan kejayaan yang berlaku juga membuatkan anda bersemangat untuk bertemu dan kongsikan dengan mentor. Mentor bukan tempat anda mengadu masalah semata-mata.
  22. Kekalkan perhubungan dengan mentor, jangan kerap dan jangan lama. Sekurang-kurangnya berhubunglah setahun sekali, kalau mentor ada masa berhubung sekejap sebulan sekali. Tak payahlah cal mentor sehari 3 kali.
  23. Sekali lagi… jangan lah buang masa sekadar jumpa dan bertanya padanya ‘macam mana nak buat benda ni ya…? sedangkan anda tak mulakan atau langsung tak mencubanya lagi.
  24. Ingat! tak guna cari mentor untuk membantu anda sedangkan anda tak pernah berusaha untuk membantu diri anda sendiri….

Apa yang anda perlu tahu tentang mentor ini saya tulis sebagai peringatan buat diri saya sendiri, mungkin juga ianya berguna pada anda jikalau anda sendiri sedang mencari atau ada mentor yang sudi membimbing kehidupan dan kerjaya anda.

Total
64
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. So far, blog Hidup Ringkas ni lah mentor saya yang paling berkesan… Keep up your good job En Shubhi ^_^ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge