Apa yang anda perlu tahu tentang ‘takut’

By | 08/10/2012
masalah takut

Ini merupakan beberapa fakta menarik berkenaan takut. Mungkin dengan maklumat ini anda akan fikirkan semula samada perlu teruskan perasaan takut anda atau hentikan saja.

Kajian yang telah dijalankan oleh University of Michigan berkanaan takut mendapati:

  • 60% daripada rasa takut yang kita hadapi sebenarnya lansung tidak diperlukan dan tidak pernah berlaku menjadi realiti
  • 20% daripada ketakutan kita berpusar pada perkara yang telah berlalu. Kita lansung tidak dapat megubah dan berbuat sesuatu terhadap segala apa yang telah berlaku
  • 10% daripada ketakutan kita berkisar pada perkara remeh temeh yang lansung tidak memberikan apa-apa kesan atau perubahan dalam kehidupan kita
  • Daripada baki 10% yang tinggal biasanya hanya 5% boleh dipertimbangkan yang punya alasan untuk ditakuti.
Fakta di atas membuktikan bahawa 95% daripada ketakutan yang menghantui kehidupan kita lansung tidak berbaloi dan hanya membuang masa dan membazirkan peluh sahaja. Cuba baca cerita di bawah:
Pada suatu malam, seorang isteri tiba-tiba terloncat dari katilnya dan terus mengejut suaminya yang sedang nyenyak tidur seperti biasa. “bang!, bangun ada pencuri di bawah lekas pergi tengok!”. Suaminya dengan malas bangun perlahan-lahan dan turun ke bawah.
Sampai di bawah muncung pistol siap terhala ke arah mukanya, “lekas berikan segala barang berharga yang kamu ada…”, ugut perompak yang memakai sarung muka menutupi kepalanya.
Setelah siap perompak tersebut memasukkan segala yang dia mahu sehingga penuh beg berisi, dia lalu segera bergegas mahu melarikan diri. Tiba-tiba, si suami berkata, “tunggu!, nanti dulu, tolong naik ke atas dan bertemu dengan isteri saya, sudah lebih 30 tahun dia menanti kemunculan anda!…”.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge