045520yiheos5ykj168z6oAnda kenal tak Abdul Rani Kulup #kipidap?

Mungkin tak kenal dia secara peribadi. Tapi sudah tentu pernah terbaca tentang nama tersebut.

Atau mungkin anda tak ambil tahu gerangan Abdul Rani Kulup ini, tetapi sering terserempak atau terdengar orang tulis atau sebut #kipidap atau #jilake.

(Sumber  gambar)

Siapa Abdul Rani Kulup #Kipidap

Saya hanya menyedari wujudnya parodi atau troll terhadap Abdul Rani Kulup #kipidap ini pada awal tahun ini sahaja.

Sebelum itu memang ada perasan kewujudan beliau yang sering keluar samada dalam berita TV atau surat khabar. Hampir kesemua paparan beliau yang ada dalam media tersebut ada kaitan dengan laporan polis.

Dalam keadaan begitu biasanya saya akan anggap ianya hanyalah satu aktiviti memeriahkan suasana sahaja. Sama macam tayangan gusti dalam TV, bukanlah satu perkara yang perlu diambil serius.

Tapi setelah kerap kali mendapat perkongsian dari kawan di FB yang sering ‘Like’ satu page yang bernama Abdul Rani Kulup Kipidap, saya mula membaca status kemas kini page itu.

Setelah dua tiga kali membacanya saya rasa terhibur. Setiap kali membaca kemas kini di page itu saya akan tertawa seorang diri. Maka saya juga turut tekan butang ‘Like’.

Siapa agaknya Abdul Rani Kulup #Kipidap ini?

Daripada carian yang saya buat, saya dapati Abdul Rani Kulup #Kipidap ini merupakan seorang veteran tentera. Nama sebenarnya ialah Abdul Rani Bin Kulup Abdullah.

Abdul Rani Kulup juga merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Dia sering kelihatan lengkap beruniform dengan pingat serta darjah kebesaran yang hebat.

Misi MJMM yang diketuai oleh beliau adalah untuk mengharmonikan negara dan mahu pertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.

Dalam mencapai misi tersebut sehingga bulan April 2015, beliau telah membuat lebih dari 300 laporan polis.

Apa saja perkara yang berlaku yang dirasakan oleh MJMM dapat mencetuskan ketidakharmonian negara, atau meremehkan hak orang Melayu dan Islam, laporan polis akan dibuat.

Setiap kali ada laporan polis yang beliau buat, akan ada liputan daripada pihak media dan temuramah serta sesi ambil gambar berserta dengan kumpulannya yang lengkap beruniform.

Abdul Rani Kulup #Kipidap dah terkenal

Walau apapun persepsi anda terhadap Abdul Rani Kulp #Kipidap, yang pasti ialah dia sudah jadi terkenal.

Majoriti orang ramai yang ada akses internet terutamanya tahu berkenaan Abdul Rani Kulup #Kipidap ini.

Malah ada juga usahawan yang cerdik menggunakan populariti Abdul Rani untuk membuat keuntungan dalam perniagaan mereka.

Semua itu sudah tentu berlaku atas bantuan mereka yang berusaha membuat parodi terhadap Abdul Rani Kulup dalam Facebook.

Dan orang bersusah payah buat parodi ke atas Abdul Rani Kulup disebabkan dia dah dikenali. Kalau tidak tak akan ada yang sudi nak tonjolkan watak Abdul Rani Kulup # Kipidap.

Pengajaran dari Abdul Rani Kulup #Kipidap

Ada banyak yang kita boleh pelajari daripada fenomena Abdul Rani Kulup #Kipidap ini. Tak kisah samada anda suka atau tidak suka pada beliau, masih ada pengajaran yang boleh anda aplikasikan dalam kehidupan.

Antaranya adalah:

  1. Semua orang boleh terkenal sekarang – Dulu, untuk jadi terkenal bukan mudah. Ambil masa yang lama. Itupun tidak terkenal secara meluas di seluruh negara. Sekarang teknologi media sosial menghapuskan semua rintangan yang menyukarkan anda jadi terkenal. Artis atau orang biasa duduk sama level. Pesaing dalam apa saja industri boleh muncul secara tiba-tiba dan pantas. Anda juga boleh jadi begitu.
  2. Untuk terkenal, tebal muka penting – Jika ditanya pada kebanyakan orang samada sanggup berwatak seperti Abdul Rani Kulup, tentu ramai yang tak sanggup. Oleh itu anda perlu ada kulit muka yang tebal untuk abaikan apa orang kata. Ramai orang tak ke depan disebabkan tak sanggup nak tebalkan muka, anda juga tentu begitu. Sebab itu masih biasa-biasa saja. Ikutlah ayat #Kipidap yang terkenal…, Ayah bukan biase-biase… !
  3. Istiqamah adalah segalanya – Abdul Rani Kulup tak akan berada di situ jika dia tidak istiqamah. Dengan misinya membuat sebanyak mungkin laporan polis, dia kotakan segala misinya itu secara konsisten. Semua manusia yang terkenal dan berjaya ada sikap istiqamah ini. Istiqamah pada apa saja mampu buatkan anda terkenal, samada pada perkara baik mahupun pada perkara buruk.
  4. Perlu ada identiti berbeza – Identiti mesti ada supaya anda mudah dikenali. Ia berkait rapat dengan istiqamah. Jika identiti tidak jelas dan tetap, anda akan sukar dikenali. Jika identiti tidak menonjol, anda akan tenggelam. Salah satu identiti tetap Abdul Rani Kulup adalah uniform yang dia sering pakai.
  5. Percaya pada diri sendiri – Hanya orang yang percaya dan yakin pada dirinya sendiri akan meneruskan aktiviti secara istiqamah tanpa tergugat. Contohnya ada pada Abdul Rani Kulup. Sebagaimana peserta uji bakat dalam program kilauan emas yang yakin suara dia sedap, walaupun semua yang mendengarnya rasa sebaliknya, begitulah juga #Kipidap.
  6. Anda ada segalanya untuk maju ke depan – Jangan rasa rendah diri sebab anda tidak lawa, kacak bergaya. Jangan takut jika anda tidak bijak. Dan jangan risau jika anda tiada harta. Itu semua bukan satu kemestian untuk anda jadi terkenal atau maju. Saya yakin ramai yang rasa dia lebih kacak dari #Kipidap, tapi ternyata kekacakan itu tidak banyak membantunya. Apa saja keadaan anda sekarang sebenarnya sudah terlalu mencukupi untuk membuatkan anda maju.
  7. Jangan abaikan teknologi – Ada orang yang menjauhkan diri daripada teknologi sebab kesan negatifnya. Tapi dalam dunia ini, apa saja ada yang baik dan ada yang buruk. Terpulang kepada bagaimana kita menggunakannya dan mengawalnya. Terutamanya teknologi komnikasi yang amat maju zaman kita ini. Belajar dan cubalah kuasainya untuk mendapat manfaat yang baik untuk diri sendiri dan masyarakat.

Mungkin anda boleh tambah lagi pengajaran yang boleh kita pelajari daripada Abdul Rani Kulup #Kipidap.

Jika ada sila tambah di ruang komen kat bawah ni. Sumbangan komen anda saya ucapkan dengan ribuan terima kasih. Moga bermanfaat hendaknya !

Total
285
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Keberaniannya utk membangkit kan sesuatu masalah hak islam dan hak kemelayuan tiada siapa dapat setanding dengannya….hak menyuarakan sesuatu masalah buat masa ini hanya Ayah #kipidad sahaja menonjol…..
    #kipidad
    #dongibab
    #jilake

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge