Apa yang saya belajar dari kuliah Dr BJ Habibie

By | 12/12/2012

_DSC0923 Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu kuliah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai B.J. Habibie.

Beliau merupakan Presiden Republik Indonesia yang ke-3 selepas kejatuhan Presiden Suharto. Beliau memegang kuasa dari tahun 1998 ke 1999 di mana berlaku kekacauan politik yang serius.

Kesempatan tersebut digunakan oleh beliau untuk membuat satu reformasi politik pemerintahan ke atas negara jiran kita itu dengan menubuhkan Kabinet Reformasi Pembangunan.

Seterusnya berlakulah satu pembentukan semula negara Indonesia di mana sistem demokrasi yang lebih telus terbentuk. Dia kini merupakan penasihat pada pengdemokrasian negara Indonesia.

Tak perlu kita bicara mengenai politik di sini. Apa yang menarik dalam persembahan BJ Habibie tempoh hari adalah, caranya memulakan kuliah dengan mencerita dan memaparkan video kejayaannya membina industri pembinaan kapal terbang di Indonesia.

Dalam pembentangan kuliah itu, ada 3 perkara yang masuk ke dalam hati saya untuk dikongsikan bersama dengan para usahawan dan profesional juga lain-lain dalam artikel ini. Perkara tersebut adalah:

  1. Pengetahuan atau teknologi bukanlah hak istimewa sesebuah bangsa tertentu. Sebaliknya ia adalah hak istimewa “Bangsa Manusia”.
  • Mesej ini disampaikan oleh BJ Habibie ketika merumuskan bagaimana dia berjaya membina sebuah kapal terbang dari mula hingga akhir yang menyaksikan hasil pertamanya berjaya diterbang dan diturunkan dengan sempurna dan stabil sekali.
  • Kini syarikat Boeing sendiri menempa sebahagian daripada bahan penerbangan mereka dari Indonesia.
  • Sesiapa saja mampu memiliki pengetahuan dan teknologi dengan kesungguhan dan iltizam yang betul tak kira samada anda Melayu, Jawa, Banjar, Benggali dan sebagainya.
  • Saya dan juga pembaca semua juga mampu melakukannya!!!
  • Untuk menjayakan sesuatu, kita tidak dapat lari dari membuat perancangan dalam segala aspek dengan terperinci.
  • Dalam kes membina kapal terbang, cukup hanya dengan sedikit kesilapan yang amat kecil mampu membuatkan kapal terbang menjadi sampah yang tidak berfungsi!
  • Disiplin yang sama perlu diterapkan dalam mana-mana usaha kita agar ianya berjaya membentuk sesuatu yang berfungsi dan berjaya.
  • Dalam kes membina sesebuah perniagaan, kita boleh umpamakannya sebagai membina sebuah kapal terbang yang mahu diterbangkan naik dan turun dengan sempurna.
  • Sikap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh mampu membuatkan perniagaan kita menjadi sampah dan mendatangkan malapetaka pada semua yang terlibat!
  • Bagi memastikan kejayaan dalam sesebuah usaha, sikap saling percaya dan hormat-menghormati serta saling mengasihi adalah perkara asas.
  • Dengan sikap tersebut barulah kita akan terbuka dan ikhlas membantu semua pihak menjalankan tugasannya dengan betul dan telus.
  • Sikap tersebut juga merupakan asas untuk membolehkan kita menaburkan ilmu dan bimbingan pada semua yang terlibat agar mampu melaksanakan tugasan dengan sempurna.
  • Tanpa sikap tersebut, segala perancangan dan kerjasama hampir mustahil dapat digembeling. Tiada kerjasama membuatkan matlamat asal bersama menjadi hampa!

Samada anda seorang ahli politik, usahawan, ketua keluarga, guru, pekerja atau siapa saja, pengajaran yang diberikan oleh BJ Habibie amat penting untuk direnungkan bersama.

Terutamanya bagi usahawan yang bercita-cita tinggi membina sebuah syarikat bertaraf dunia. Anda tidak ada cara lain selain daripada merancang dan membina dengan penuh ketelitian. Tiada jalan pendek untuk berjaya.

Tapi sesiapa saja mampu melakukannya…anda atau saya!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge