Apa yang saya faham tentang duit dan hidup ringkas

By | 28/01/2016

hKalau ada orang yang tak tak tau tentang duit dan bagaimana nak gunakan duit yang ada padanya, tentu ianya satu perkara yang amat pelik !.

Tapi pernahkah anda terfikir duit itu apa sebenarnya ?

Berbagai persepsi tentang duit

Ada berbagai persepsi yang sering dikaitkan dengan duit.

Ada orang kaitkan duit dengan kejahatan, di mana berlakunya berbagai kejahatan akibat daripada sikap mengejar duit tanpa batasan moral.

Bagi orang yang berfikiran positif, mereka melihat duit itu sebagai satu medium atau perantaraan.

Duit, bagi sesetengah orang mempunyai nilai kebaikannya yang tersendiri. Dengan duit, berbagai benda dapat ditukarkan untuk dimiliki oleh orang yang memerlukannya.

Ada juga orang, malah ramai sebenarnya yang tak pernah ambil peduli tentang apa itu duit.

Asalkan dia ada duit yang cukup untuk membayar keperluan kehidupannya, dia teruskan kehidupan tanpa ada apa-apa perancangan untuk kuasai duit.

Perlu tahu tentang duit itu apa

Zaman sekarang duit menjadi sesuatu yang begitu penting.

Berbagai masalah timbul pada kebanyakan orang. Sampai ada yang pening kepala sebab tak pernah cukup duit.

Untuk mengatasi masalah pening kepala sebab tak cukup duit, maka kita berusaha untuk mencari pendekatan bagaimana nak uruskan duit, atau lebih tepat lagi menguruskan kewangan.

Tetapi hakikat sebenarnya, untuk berupaya menguruskan duit atau kewangan, kita perlu terlebih dahulu perlu faham duit itu apa !.

Dengan benar-benar memahami apa itu duit, barulah kita dapat menguruskan kewangan dengan lebih cekap dan lancar.

Oleh itu, perkara asas untuk memulakan apa saja aktiviti pengurusan duit, kita mesti terlebih dahulu memahami dengan jelas duit itu apa.

Duit itu apa ?

Duit itu sebenarnya adalah satu ‘hutang yang tertangguh‘.

Mungkin ada yang rasa pelik kenapa pulak duit itu adalah satu hutang yang tertangguh ?

Logiknya begini…

Katakan anda menjual ayam sebagai punca saraan kehidupan anda. Tapi sebagai penjual ayam, anda memerlukan benda lain dalam kehidupan.

Anda tentu perlukan perabut, perlukan tempat perlindungan, perlukan beras untuk dimasak menjadi nasi untuk dimakan.

Jadi, untuk memenuhi semua keperluan itu anda perlu mendapatkannya dengan menggunakan duit.

Jadi, bagaimana nak dapatkan duit ?

Sudah tentu dengan menjual ayam yang jadi aktiviti perniagaan anda itu. Anda berikan ayam pada orang yang nak makan ayam, dan orang itu berikan anda duit, dan anda simpan sekejap duit itu dalam laci.

Bila semua kegiatan menjual ayam itu habis dan anda tutup kedai, anda akan tarik laci, ambil duit yang dapat tadi dan keluar ke kedai untuk beli beras dan lain-lain keperluan untuk memasak dan bawa balik ke rumah.

Begitulah proses pertukaran duit itu berantai-rantai tak pernah habis dalam keadaan yang amat panjang berjela-jela.

Duit yang tersimpan dalam laci diberikan orang, sebagai satu hutang untuk anda lunaskan bagi mendapatkan apa yang anda perlu.

Kenapa duit adalah hutang ?

Sebabnya, kalau nak ikutkan logik, bila anda perlukan beras, maka orang yang datang nak beli ayam pada anda boleh terus saja berikan beras, habis cerita.

Tapi ianya tidak jadi begitu.

Pembeli yang datang beli beras tadi, berhutang sekampit beras pada anda, sebab anda sebenarnya perlukan beras, bukan duit yang dia kasi tadi.

Tapi dia tak ada beras, jadi dia berikan saja duit, sebagai hutang beras, dan anda boleh gunakan duit itu yang diberikan oleh pembeli tadi, sebagai ganti dan kemudiannya gunakan semula duit untuk pergi beli beras.

Panjang dan agak berbelit sikit untuk terangkan bahawa duit itu sebenarnya adalah hutang.

Tapi rasanya anda dah mula faham sekarang ‘nature of duit’ itu sekarang. Anda dah mula mendapat satu pemahaman baru tentang duit dan insyaallah masalah kewangan anda akan menjadi lebih mudah selepas ini.

Duit mesti boleh bertukar tangan

Untuk menjadikan duit itu sebagai satu hutang oleh orang ramai, maka tidak boleh tidak, duit mesti ada keupayaan untuk bertukar tangan antara satu orang dengan satu orang yang lain.

Semua orang mesti sanggup menerimanya sebagai satu hutang yang tertangguh yang doleh digunakan semula untuk ditukar kepada keperluan lain.

Dari situ kita dah faham bahawa duit sebenarnya adalah satu alat yang digunakan untuk mengukur nilai barang atau perkhidmatan dalam bentuk nombor yang boleh dikira.

Nilai ukuran itu boleh disimpan dan boleh ditolak semula bila anda tukarkannya dengan barangan lain bila anda pergi beli.

Dan begitulah seterusnya.

Duit itu sendiri tak ada nilai

Cuba fkirkan sejenak, agak-agaknya air itu bernilai atau tidak ?

Jawapannya sudah tentu bernilai.

Malah punya nilai yang cukup tinggi. Air boleh digunakan untuk menghilangkan dahaga, boleh digunakan untuk membasuh dan bermacam-macam lagi kegunaan yang lain.

Sekarang katakan anda ada di padang pasir keseorangan. Dalam poket ada beribu-ribu ringgit dan anda sedang dahaga yang amat sangat. Ertinya anda amat memerlukan air tapi malangnya tak ada air dalam simpanan anda.

Apa yang anda boleh buat dengan ribuan duit yang ada dalam poket itu sekarang ?

Tentu anda jawab boleh guna untuk pergi beli air !.

Tapi tak ada orang lain bersama anda, anda nak beli macam mana ?

Boleh tak telan duit itu untuk menghilangkan dahaga ?

Jawabnya memang tak boleh.

Sebabnya adalah duit itu sendiri, secara zahirnya tak ada apa-apa faedah atau nilai yang boleh dipakai.

Duit ribuan dalam bentuk kertas itu tak ada apa-apa kegunaan dalam keadaan seperti mana yang saya berikan contoh tadi.

Duit sebagai Wang Fiat

Sambung lagi cerita anda duduk kat padang pasir tadi.

Katakan ada orang lalu, Tok Arab yang bawa bekalan air… anda tentu seronok sekarang sebab ada duit beribu ringgit untuk dapatkan air dari Tok Arab itu.

Tapi bila anda keluarkan dan tunjuk duit yang ada, Tok Arab tu geleng kepala. Dia tak pernah tengok Ringgit Malaysia dan dia tak mau tukar air dengan duit tersebut.

Dalam keadaan itu, sekali lagi duit itu tidak ada apa-apa nilai.

Sebabnya hanya anda saja yang perasan duit yang ada dalam poket itu ada nilai, tapi Tok Arab itu tidak mengakui adanya apa-apa nilai pada duit Ringgit Malaysia.

Selepas berfikir sejenak, anda teringat seketul emas dalam simpanan, dan anda keluarkannya lalu tunjukkannya pada Tok Arab itu.

Tok Arab itu ambil, gigit sedikit dan mengesahkannya sebagai emas.

Dia setuju untuk tukarkan emas itu dengan satu tong air. Ertinya emas itu sudah menjadi satu sumber matawang, atau dalam ertikata lain, emas itu dah jadi duit.

Dan itu kita namakan sebagai Wang Fiat.

Wang Fiat adalah matawang yang diterima pakai oleh orang ramai, atau sekurang-kurangnya dua orang yang melakukan transaksi pertukaran barang atau perkhidmatan.

Cara duit digunakan

Tadi kita dah faham bahawa duit adalah satu bentuk hutang yang menyimpan nilai dalam satu ukuran.

Sekarang kita tengok pula bagaimana duit itu digunakan.

Aktiviti memahami dan menguruskan bagaimana duit itu diguna pakai dinamakan sebagai ‘Aktiviti Kewangan’. Dalam Bahasa Inggeris di panggil ‘Finance’.

Finance atau Kewangan adalah satu kajian untuk mempelajari “bagaimana duit digunakan”.

Dari persoalan ‘bagaimana duit digunakan’, kita boleh nampak sekarang bahawa Kewangan itu ada kaitan yang amat rapat dengan perangai atau sikap manusia.

“Subjek Kewangan itu merupakan satu pengamatan bagaimana manusia meletakkan satu nilai terhadap sesuatu benda, produk atau perkhidmatan”

Manusia meletakkan sesuatu nilai pada benda atau produk atau perkhidmatan berdasarkan tahap kepentingan dirinya pada satu-satu masa.

Dari situ, bagi dua orang yang berbeza, nilai yang dia letakkan pada satu barang yang sama mungkin berbeza.

Jika kita boleh kenal pasti benda, produk atau perkhidmatan yang majoriti orang menilaikannya dengan tahap atau ukuran yang sama, maka kita boleh buat sesuatu dengan benda itu.

Kita boleh jadikannya sebagai perniagaan dan buat duit.

Kuasai duit dengan kuasai kehidupan

Dengan memahami sikap manusia, anda akan faham dan mampu menguruskan kewangan.

Dan sudah tentu, dengan memahami diri anda sendiri, anda akan dapat kuasai seni pengurusan kewangan.

Ringkasnya, pengurusan kewangan sebenarnya adalah satu seni menguasai dan mengawal kehidupan anda.

Kawal dan kuasai kehidupan anda, maka hal ehwal kewangan menjadi amat mudah.

Ok ! sekarang anda dah faham tentang duit itu apa sebenarnya bukan ?

Saya pun dah rasa lega sebab dengan keupayaan menerangkan semua yang diatas bermakna saya juga sudah faham apa duit itu sebenarnya.

Sebab itu saya suka hidup ringkas dan sentiasa promosikan hidup ringkas, sebab dengan amalan hidup ringkas, pengurusan kewangan menjadi amat mudah dan berkesan.

Anda bila lagi nak hidup ringkas ?

2 thoughts on “Apa yang saya faham tentang duit dan hidup ringkas

  1. Pingback: 10 Kata-Kata Hikmat Untuk Usahawan - Usahawan101

  2. Azwan

    Pengurusan kewangan = seni mengawal kehidupan. Pertama kali saya dengar. Tapi memang konsep yang menarik. Penerangngannya mungkin berjela, tapi konsep tu mudah difahami sebenarnya. Terima kasih atas perkongsian tuan.
    Azwan recently posted…Senarai Hadiah Pemenang SSP BSN 2016My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge