_SRU7026_01Sebagai manusia biasa, saya sering mendapat dugaan jiwa. Mungkin orang yang sering membaca tulisan saya di blog ini akan bayangkan saya seperti seorang superman yang kerjanya asyik menaikkan semangat dan membantu orang.

Biasanya kita sering akan pamerkan perkara hebat saja, nasihat orang macam bagus, seolah-olah yang memberikan nasihat itu tak ada masalah dan lancar sahaja kehidupannya. Sayapun macam tu jugak.

Hakikatnya saya sama saja dengan semua orang, malah mungkin yang membaca blog ini jauh lebih hebat, tenang, berjaya dan mendalam pemikirannya berbanding diri saya, cuma mereka tidak berkongsikannya dengan menulis atau blogging.

Update status guna ayat paling power

Itulah salah satu dari masalah media komunikasi maya yang ada sekarang. Ramai yang tertipu membayangkan orang lain beratus kali ganda lebih hebat daripada hakikat sebenarnya. Sebabnya adalah kerana setiap kali update status, semua orang akan cari ayat paling power untuk dikongsikan.

Cuba lihat dalam Facebook, bagaimana orang ramai kemaskini status mereka dengan berbagai nasihat dan kata-kata hikmah terbaik. Mereka juga pamerkan berbagai pencapaian yang megah dan terliurlah kita yang melihatnya dari jauh secara maya.

Semua itu akan membuatkan kita hanyut dan mula tak suka pada apa yang kita ada. Semua itu membuatkan kita mula membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain.

Dan ia biasanya ia berakhir dengan rasa kecewa dan tak ingin berada di tempat yang sedang kita ada sekarang.

Terpedaya dengan ayat paling power orang

Saya juga sering jadi begitu. Terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan alpa dengan apa yang ada pada diri sendiri.

Kalau diri sendiri tak terpengaruh, orang sekeliling yang rapat dengan kita pula akan mengheret dan menyusahkan diri kita. Mereka terpengaruh dengan ayat paling power orang lain lalu impikan perkara sama dan kiata akn turut diheret untuk mengejar perkara yang sama.

Selain daripada itu, sebagai manusia biasa kita tidak akan henti ditimpa berbagai dugaan malapetaka. Kita tak henti dihantui oleh rasa ketakutan dan kerisauan.

Takut sakit, takut susah, takut orang datang minta hutang, takut tak boleh bayar hutang, takut orang tahu kita gagal, takut kita jadi susah, takut itu dan ini….

Bila fikiran mula melayan semua yang menghantui jiwa kita akan hanyut tidak sedar diri dan berada di dalam kesedihan yang dalam. Jiwa jadi tak tenteram dan jantung berdegup kuat dengan rasa senak perut mula mencengkam.

Siapa saja yang berada dalam keadaan sebegitu tidak dapat berfungsi dengan baik. Tak ada manusia yang dapat berfungsi dengan cekap dalam keadaan jiwa yang tidak tenang.

Dari situ, apa saja yang sedang dilakukan akan membuahkan hasil yang buruk dan ia membuatkan berlaku tambahan rangkaian kesedihan demi kesedihan.

Ayat paling power yang wajib diamalkan

Jika anda sering mengalami masalah sedemikian, anda perlu selesaikan masalah tersebut dengan segera untuk keluar daripada perangkap buruk yang berangkai. Keadaan mesti dipulihkan agar anda bangun semula dan menghasilkan perkara-perkara yang positif dan seterusnya membantu peningkatan dan kemajuan diri.

Persoalannya macam mana nak buat?

Jadi kat sini saya nak kongsikan ayat paling Power yang sering saya amalkan setiap kali ditimpa dugaan.

Apa saja dugaan, besar atau kecil, saya akan segera ucapkan,

“Cukup Allah bagi aku, Dia sebaik-baik penjaga” Surah Al-Imran, ayat 173

Bila anda ucapkan begitu, anda akan segera kembali kepada keadaan semasa, di tempat anda berada ketika itu, di waktu itu. Ertinya anda mula sedar diri dan merasakan diri berada di sini, sekarang ini.

Bila anda dapat merasakan diri berada di sini, sekarang ini, masa lepas atau masa akan datang sudah tidak penting lagi. Yang pentingnya anda dah cukup ada Allah dan yakinlah bahawa Dia adalah sebaik-baik penjaga.

Lihat diri anda, masih bernafas, ada anggota lengkap, boleh berfikir, boleh melihat, boleh membaca, boleh berkata-kata.

Anda dapat merasakan degupan jantung, dapat merasakan kehangatan diri dan tak ada hantu atau siapa saja yang sedang kejar anda atau halang anda dari menikmati apa yang sedang berlaku pada diri anda dan juga sekeliling anda.

Oleh itu, di mana masalahnya? kenapa anda nak mengeluh? buatlah apa yang anda sedang buat sekarang dan hayatinya. Bersyukurlah pada Tuhan yang membolehkan anda menikmati saat-saat itu.

Ingat! pastikan anda sentiasa tidak lupa bahawa yang paling penting adalah “SEKARANG, DI SINI”!

Gunakan ayat paling power yang saya berikan di atas dan amalkannya setiap waktu dengan kefahaman yang betul. Selamat mencuba!

Total
41
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

17 comments

  1. terbaik..
    sebaik2 kebergantungan kita hanya pada Allah..
    semoga tazkirah post ini terkesan pada diri saya dan semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge