Baca ini, anda akan mula bersyukur jika sakit!

By | 17/01/2013

Satu ketika dulu seorang doktor yang bertugas di pusat penempatan pesakit kusta sedang berusaha membuka kunci pintu yang terlalu ketat. Puas dia mencuba untuk memulas anak kunci pintu tapi tidak berjaya.

Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun melihat kesusahannya itu lalu datang memberikan bantuan. Kanak-kanak itu merupakan salah seorang pesakit di situ. Dia kemudiannya memulas anak kunci pintu dengan mudah dan pintupun terbuka.

Doktor memandang kanak-kanak itu dengan kagum. Setelah pintu terbuka, doktor itu mendapati jari kanak-kanak itu mendapat luka yang dalam dan darah mengalir keluar dari kawasan luka akibat dicucuk oleh kunci yang ditekan kuat.

Kanak-kanak itu tidak merasa sakit dari lukanya. Sebab itu dia mampu menekan dan memulas kunci tidak seperti orang biasa yang akan merasa kesakitan dan berhenti memulas.

Penyakit yang tiada rasa sakit

Pesakit kusta rupanya mengalami masalah kerosakan pada deria rasa yang membuatkan mereka tidak langsung rasa sakit.

Penemuan itu amat penting dan menyelesaikan satu persoalan tentang kenapa anggota pesakit kusta menjadi cacat.

Selama ini, kecacatan yang berlaku adalah hasil daripada aktiviti virus kusta. Virus disyaki memakan sel pada anggota tangan atau kaki atau lain-lain anggota pada pesakit kusta. Ternyata semua andaian tersebut adalah salah.

Sebenarnya anggota mereka menjadi cacat disebabkan tiadanya rasa sakit.

Luka-luka yang terbentuk dengan kerap, lama kelamaan menjadikan anggota itu cacat. Ada kes-kes tertentu pesakit hilang jarinya ketika tidur kerana digigit tikus dalam keadaan dia tidak merasakannya.

Apa yang kita belajar dari pesakit kusta

Hanya mereka yang berpenyakit kusta sahaja mempunyai keistimewaan kebal dari rasa sakit. Mereka hidup tanpa mengalami rasa kesakitan.

Mungkin ada di antara kita mengimpikan kehidupan tanpa sakit.

Jika anda begitu, elok fikirkan semula kerana dengan tiadanya kesakitan, berkemungkinan anda tidak akan hidup lama dan sempurna.

Cuba bayangkan…

Jika anda sedang memotong kayu dengan gergaji sambil duduk dan gergaji itu terkena lutut, anda akan terus menghentikan aktiviti akibat terkejut kerana rasa sakit.

Tapi seandainya deria kesakitan tidak ada, berkemungkinan anda akan terus gaji sehinggalah anda dapati sebelah kaki telah tiada, terputus!.

Bersyukurkah dengan anugerah kesakitan yang kita ada.

Ia telah terlalu banyak menyelamatkan diri kita daripada berbagai perkara. Memang kesakitan membuatkan diri kita terganggu, tapi ia terlalu besar manafaatnya untuk kita.

Jaminan rezki kita

Perkara yang sama berlaku pada semua deria atau perasaan lain yang ada dalam diri kita. Sebagai contohnya perasaan lapar akan membuatkan kita mula mencari makanan. Semakin lapar semakin kuat tekanan kita berusaha mencari sesuap nasi.

Jika kita tertanya-tanya bagaimana Allah memastikan manusia sentiasa mampu mencari rezkinya, lapar adalah salah satu mekanisme yang mendorong kita bangun cari makan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Kerana itu walaupun orang yang gila tahu bila dia perlu meminta atau mengambil makanan.

Kita boleh bayangkan apa saja kesusahan yang dianugerahkan oleh Allah pada diri kita dan fikirkan kenapa dan apakah fungsinya. Sudah tentu kita akan temui bahawa ia sebenarnya sebagai mekanisme untuk kelansungan hidup kita.

Oleh itu bersyukurlah samada anda sakit, kecewa, lapar, marah atau apa-apa saja semuanya bermanafaat demi kehidupan seandainya ajal kita belum datang…

Seandainya Allah mengambil apa-apa saja anggota kita yang ada, tugasan anggota yang hilang itu akan segera diambil alih oleh anggota lain yang masih ada.

Begitulah hebatnya penciptaan tubuh badan manusia. Allah jadikan kita makhluk yang sentiasa dapat menyesuaikan diri demi menjamin rezki kita. Lihat video di bawah sebagai iktibar…

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Baca ini, anda akan mula bersyukur jika sakit!

  1. hazlen jisan

    terima kasih.perkongsian yg bagus.mengubah persepsi sy yg selalu merungut jikasakit.memang perlu belajar bersyukur.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge