Bagaimana anda mati?

By | 28/05/2013
kisah hidup dan mati

Ada tonton cerita “The Last Samurai” tak baru-baru ini di TV 2?

Saya ada dengar daripada kawan sebelum ini cerita itu bagus dan menarik. Oleh itu saya luangkan masa untuk menonton cerita tersebut sampai habis.

Ternyata ceritanya memang cukup menarik dan banyak yang saya pelajari sepanjang menghayati cerita penuh aksi tersebut.

Mungkin ramai yang lebih berikan tumpuan pada aksi di dalam cerita berkenaan, tapi saya lebih tertumpu terhadap perbualan yang diskripkan sepanjang cerita berjalan.

Ceritanya berkisar tentang seorang pegawai tentera Amerika, Kapten Algren yang menemui makna kehidupan setelah ditawan oleh pemberontak yang terdiri daripada golongan Samurai.

Dalam cerita ini, pengaruh kemodenan telah mengakibatkan golongan Samurai yang selama ini setia pada emperor atau raja Jepun, mahu disingkirkan pengaruh mereka daripada budaya Jepun. Baca link yang saya pautkan di atas untuk lebih lanjut.

Antara perbualan yang paling tersentuh adalah ketika aksi akhir di mana Emperor akan menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Amerika dan di pertengahan upacara itu telah diganggu oleh Algren.

Algren masuk mengadap Raja Jepun untuk mempersembahkan pedang kepunyaan ketua pemberontak samurai, Katsumoto yang selama ini berkhidmat pada Raja Jepun sehingga menemui ajalnya di medan peperangan akhir yang menyaksikan kesemua 500 pemberontak di hapuskan oleh tentera Amperor Jepun.

Kemunculan Algren telah menimbulkan kesedaran pada Emperor betapa dalam mereka mengejar kemajuan, mereka tidak sepatutnya ketepikan asal usul mereka selama ini.

Emperor teruja dan bertanya pada Algren samada dia berada di sisi Katsumoto ketika saat akhirnya dalam peperangan. Algren menjawab ringkas, “Ya!”.

Emperor lalu memohon agar Algren menceritakan bagai mana Katsumoto menemui ajalnya dengan berkata:

“Ceritakan pada ku bagaimana dia mati”

Algren mendengar dengan tenang lalu menjawab,

“Saya akan ceritakan bagai mana dia menjalani kehidupannya….”

Perbualan di atas nampak ringkas, tetapi ia memberikan satu kesedaran pada saya betapa benarnya jawapan yang diucapkan oleh Algren.

Untuk mengetahui keadaan bagaimana kita menemui kematian, adalah lebih utama untuk mengetahui bagaimana kita menjalani kehidupan.

Algren melihat kehebatan Katsumoto bersama dengan semua pengikutnya menjalani kehidupan yang penuh disiplin dan berpegang teguh pada apa yang diperjuangkan.

Orang Jepun memang diketahui cukup kuat disiplin. Apa saja yang mereka lakukan dipenuhi dengan ketelitian sehingga mencapai kesempurnaan.

Mereka menjiwai setiap perbuatan serta amalan mereka bermula daripada waktu bangun pagi sehinggalah waktu malam di mana mereka merehatkan diri.

Begitulah amalan mereka berterusan dan tidak hairanlah jika mereka bangun dengan pantas menguasai ekonomi dunia.

Berbalik pada diri kita sendiri, cuba fikirkan bagaimana kita menjalani kehidupan kita di dunia selama ini. Apakah kita berdisiplin dan menghayati apa yang kita perjuangkan.

Adakah kita berpegang teguh kepercayaan kita selama ini dan tidak sesekali menggadaikan prinsip hidup hanya kerana mahu senang dengan pantas.

Saya yakin dan amat yakin, jika kita berpegang dengan kepercayaan hidup kita berlandaskan Quran dan Sunnah. Mengamalkan segala kewajipan dan suruhan agama dengan penuh disiplin dan menghayati kebesaran Tuhan dalam apa saja yang kita lakukan, sudah tentu persoalan bagaimana kita mati sudah tidak lagi penting…

Bagaimana kita menjalani kehidupan sebelum mati akan tetap hidup dalam kenangan terpahat sebagai pedoman buat mereka yang akan datang.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Bagaimana anda mati?

  1. nurul

    yup…saya suka cerita ni. walau filem ni dah lama tapi baru je dapat tengok. saya pun banyak hayati apa yg dituturkan pelakon daripada aksi yg dipamerkan. semua ayat2 menyentuh hati saya.

    ya dia pelik org jepun bangun tidur je terus tunaikan t/jawab sesempurna mungkin. walau hanya bercucuk tanam, walau hanya buat pedang, walau hanya urus keluarga, semua benda sebolehnya nak sempurna. masih beradab sopan walau berdepan dengan org paling dibenci ataupun musuh. masih ada hormat & tutur kata masih dijaga.

    juga pertama kali dia dapat tidur dgn lena di malam hari. banyak benda boleh dipelajari daripada cerita ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge