Bagaimana anda ringkaskan hidup anda?

By | 28/11/2012
Ada banyak juga idea sudah saya kongsikan pada semua bagaimana meringkaskan kehidupan dalam beberapa perkara. Masih banyak yang boleh diperbaiki dalam banyak aspek kehidupan.

Walau bagaimanapun, dalam kehidupan moden yang terlalu rumit kini kita terdedah pada terlalu banyak halangan. Samada luaran ataupun dalaman. Ini membuatkan idea menjadi terbatas.

Saya yakin semua daripada kita masing-masing telah berjaya sedikit sebanyak meringkaskan kehidupan dalam bidang kemahiran masing-masing yang mana idea yang anda ada berkemungkinan tidak terlintas dalam fikiran orang lain.

Apa kata anda yang punya idea dan yang lebih penting telah berjaya mengamalkannya berkongsi dengan saya dan juga pembaca lain bagaimana anda ringkaskan kehidupan anda.

Tidak kira dalam lapangan mana anda telah lakukannya samada dirumah, ditempat kerja atau di dalam minda. Semuanya tentu menarik dan bermanafaat untuk dikongsikan bersama saya dan juga pembaca lain. Manalah tahu kalau-kalau kami juga dapat mengamalkannya, sudah tentu ganjarannya akan berbalik pada anda.

Peraturannya mudah saja

  • Tidak ada idea yang boleh dianggap bodoh atau tidak berguna
  • Anda boleh kongsikannya samada dengan:
    • Menulis dalam ruangan komen di bawah, atau jika panjang
    • Menghantar e-mail ke mohdshubhi@hidupringkas.com untuk saya terbitkan dalam tulisan yang akan datang

Penemuan baru saya
Saya kongsikan terlebih dulu bagaimana saya mendapat pengajaran bagaimana meringkaskan aktiviti ‘blogging’ saya baru-baru ini.

Sebelum ini, saya hanya tahu membuat posting dengan terus menulis dalam blogspot. Ini memerlukan komputer sentiasa ‘online’ dalam rangkaian internet. Jika talian terputus atau tiada talian, maka terpaksalah menunggu sampai talian bersambung semula.

Melalui pembacaan, saya dapat tahu adanya kemudahan ‘blogging offline’. Antara kemudahan terbaik yang disyorkan adalah dengan menggunakan ‘Windows Live Writer’. Ia boleh di-download secara percuma.

Saya terus mencubanya dan ternyata faedahnya terlalu banyak dan meringkaskan aktiviti blogging saya. Saya kini dapat mengemaskini tulisan baru tanpa memerlukan talian internet. Ini dapat dilakukan di mana-mana asalkan saya membawa komputer riba.

Semua benda yang ada adalah sama sepertimana anda sedang menulis di blogspot online. Cuma bezanya adalah anda tidak memelukan sambungan internet lagi untuk menulis.

Banyak posting baru dapat saya buat sebaik saja timbulnya idea dan disimpan dalam alat blogging offline. Apabila ada talian, semua tulisan dalam simpanan tersebut dapat terus disiarkan dengan hanya sekali tekan.

Giliran anda pula
Bagaimana dengan anda? apa penemuan baru yang telah anta temui dan berjaya mengamalkannya dan seterusnya membantu meringkaskan kehidupan atau aktiviti anda? saya tak sabar untuk mendengarnya…!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Bagaimana anda ringkaskan hidup anda?

  1. Mohd Zaki

    Selalunya saya membayar bil elektrik dan air gunakan cimb click. Tak perlu beratur kat pejabat pos nak bayar bil.

    Kalau pergi berjalan atau mencari barang kat KL tak perlu bawa kereta, guna saja LRT atau KTM. Kalau guna kereta banayak keluar duit. duit minyak lagi, duit parking lagi, jem lagi.

    Kalau nak tahu hal ehwal semasa, guna saja internet. Tak perlu beli surat khabar. Lagi cepat kita dapat maklumat.

    Kalau bab belajar . Nak lagi ringkas banyak caranya. Contohnya nak mahir dalam bidang Autocad, tak perlu sambung berlajar sampai 2tahun setengah. Cuma ambik course pendek 3-6 bulan dan berlajar sendiri. Kalau benda yang kita tak tahu, tanyalah orang yang pakar Autocad.

    Terima kasih..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge