_DSC6345Semua orang pernah alami rasa kecewa sepanjang menjalani kehidupannya.

Rasa kecewa datang silih berganti sejak kita tahu berfikir dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke zaman dewasa.

Rasa kecewa timbul bila kita gagal dalam sesuatu perkara. Tak ada orang yang rasa kecewa bila berjaya. Oleh itu, rasa kecewa sangat berkait rapat dengan kegagalan.

Yang membezakan antara orang yang berjaya berbanding tidak, adalah bagaimana mereka menghadapi emosi rasa kecewa tersebut.

Mereka yang berjaya pandai memujuk diri sendiri dengan ayat yang membantu meneruskan perjalanan selepas mengalami rasa kecewa.

Mereka yang tidak berjaya pula tidak pandai memilih ayat atau lebih tepat lagi, memilih soalan yang sesuai bagi memujuk diri untuk meneruskan usaha, setiap kali mengalami rasa kecewa.

Langkah menghadapi rasa kecewa

Saya dah tulis sebelum ini, betapa kegagalan yang diikuti rasa kecewa membantu seseorang untuk berjaya dalam kehidupannya.

Jumlah kegagalan atau rasa kecewa sebanyak satu kali, jika diseimbangkan dengan kejayaan atau rasa bahagia sebanyak 3 kali, merupakan ramuan mujarab untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun begitu, pra-syarat untuk menyelitkan rasa bahagia selepas mengalami rasa kecewa perlu dimulai dengan usaha merawat emosi yang timbul di dalam diri, sebaik sahaja munculnya rasa kecewa itu.

Jika kita tidak berjaya mengatasinya, rasa kecewa tersebut akan berkembang pula dan menghasilkan satu lagi rasa kecewa.

Akhirnya, jalan mudah yang dilakukan oleh kebanyakan orang adalah, melupakan terus matlamat yang diburu. Lalu mula menyimpang jalan.

“Anda perlukan sistem berkesan untuk udah diri dan berjaya dalam hidup”

Berikut langkah yang perlu anda buat setiap kali gagal dan rasa kecewa timbul dalam jiwa.

#1. Sedar diri

Dalam apa sahaja urusan membaiki diri, proses menyedari apa yang berlaku adalah satu permulaan yang wajib dialami.

Bagaimana nak tahu samada anda sedar diri atau tidak?

  • Kegagalan adalah satu keputusan hasil daripada pemikiran dan itu bukanlah satu perasaan. Kegagalan yang kita fikirkan akan mencetuskan rasa kecewa, itu adalah satu perasaan. Perasaan yang diterjemahkan kepada keadaan badan yang lemah tidak bersemangat.
  • Orang yang tidak sedar akan keadaan dirinya akan diambil alih oleh perasaan tersebut dan seterusnya pemikirannya juga telah berjaya ditawan tanpa disedarinya. Orang yang berada di bawah tawanan pemikiran beracun ini akan berkelaku buruk dan terikut-ikut dengan perasaannya. Dari situ bermula segala rantaian perkara buruk yang bersambungan sehinggalah dia sedar diri.
  • Sebaliknya jika anda sedar diri, anda dapat rasakan segala emosi dan perjalanan tubuh badan anda. Anda seperti berada di luar dan sedang melihat apa yang berlaku pada diri anda.
  • Bahkan!, anda seperti dapat memerhatikan apa yang sedang anda fikirkan. Di kala itu anda sedar bahawa pemikiran tersebut sedang membawa anda mengimbau pada apa yang telah berlaku. Dalam masa yang sama mengajak anda pergi ke masa hadapan yang lebih baik.

#2. Kembalikan fikiran pada masa sekarang

Bila anda sedar diri, anda akan mampu membawa pemikiran pada masa sekarang.

Fokuskan pada keadaan semasa dan mula bertanya soalan-soalan berikut:

  • Apakah ianya kekal?. Bertanyalah pada diri sendiri dengan jujur dan jawab dengan betul. Jika jawapan anda adalah Ya! aku sudah tidak mampu lagi!, anda sebenarnya sedang tidak sedarkan diri dan dikuasai semula oleh pemikiran buruk. Sebaliknya jika anda menjawab Tidak!, aku hanya mengantuk sebab kurang tidur semalam, boleh diperbaiki bila ada peluang lain…anda di landasan yang betul.
  • Adakah kegagalan ini menyeluruh?. Contohnya jika orang yang anda cuba yakinkan telah menolak cadangan, anda perlu tahu bahawa ia bukan mewakili semua orang dalam dunia atau dalam industri yang anda berada. Berikan jawapan mudah dengan berkata, hanya bro itu sahaja yang mangkaq!, dan dia meang mangkaq!.
  • Adakah ia bersifat peribadi?, biasanya orang gagal akan menyalahkan diri sendiri dan menuduh kekurangan dirinya sebagai penyebab. Ia akan berkata kegagalan disebabkan dia gagap atau sebagainya. Orang yang berjaya akan memberikan jawapan mudah, “dia tak setuju sebab dia belum bersedia…”.

Rumusannya

Setiap kali anda rasa kecewa, pastikan anda sentiasa merangka jawapan untuk membuktikan bahawa, kegagalan atau rasa kecewa itu hanyalah sementara, terpencil dan luaran.

Jika anda berjaya menguasainya dan memberikan jawapan kepada semua kegagalan berkisar dalam ketiga-tiga perkara tersebut di atas, insyallah anda akan bangun semula setiap kali terjatuh dan meneruskan perjalanan.

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

27 comments

    1. Masih muda… sempat sangat. Kalau ada biji benih kat tangan dan walaupun tahu mungkin esok akan kiamat, jangan sia-siakan biji benih itu, tanamlah…

  1. kecewa berterusan, tekanan juga berterusan. sangat penting, ingat padaNya, perbanyakkan membaca Quran dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya.

  2. Rasa kecewa memang susah nak diatas. tetapi walau mcm manapun, kena diatasi juga. Semua orang pernah rasa kecewa, kecewa ini datang daripada pelbagai masalah. Masalah ni kena tengok dari aspek positih. Memang tak senang nk buat. Tapi kena cuba buat juga. Kalau kita dah cuba buat. Kita akan rasa yakin untuk atasi kecewa dan masalah. Setiap selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.
    Fyzal recently posted…Avoid Conflicts: Those People Are Fighting With ThemselvesMy Profile

  3. yg penting, kena ingat semua yg terjadi atas kehendak Allah, yg redha dgn apa yg terjadi, lepas tu semua tu akan berlalu dgn sebaiknya..
    pernah juga rasa kecewa dgn apa yg tgh dihadapi masa tu, tapi bila kembali semula, yg hidup ni sementara, dan Allah dah tulis semua tu berlaku, baru rasa tenang, dan rasa semua tu berlalu dgn sebaik-baiknya.. pasrah dan laluinya, dan kembali jalani hidup sebaiknya
    fiezaradzi recently posted…Lesen Memandu BaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge