Sebut saja ayat seribu dinar, tentu semua orang tahu.

Di kalangan orang kita, ayar seribu dinar menjadi salah satu lembaran yang hampir pasti dibingkaikan samada besar atau kecil lalu digantung di dinding rumah.

Ayat seribu dinar dan pengalaman hidup saya

Apa yang akan saya tulis berkenaan cerita ayat seribu dinar di bawah bukanlah satu tafsiran ayat Al-Quran.

Bukan tahap orang macam saya nak pandai-pandai mentafsirkan Al-Quran tanpa ilmu yang mencukupi. Saya bukan ulama, malah alim pun tidak, sekadar orang awam seperti kebanyakan orang di luar sana.

Sebaliknya, saya hanya berkongsikan pengalaman hidup dalam mengenali ayat seribu dinar lalu digunakan dalam menjejaki kejayaan seperti mana yang dijanjikan di dalam ayat tersebut.

Mula mengenali ayat seribu dinar

Selepas balik dari luar negara, perkara pertama yang saya lakukan pada hari mula berda di kampung adalah pergi menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat asar, Imam yang juga merupakan guru mengaji saya sejak kanak-kanak biasanya kekal berada di dalam masjid untuk menghabiskan wiridnya selepas solat asar.

Bila semua orang dah balik, dia akan kekal di tikar solatnya berwirid. Saya memang tahu amalannya itu kerana sudah biasa melihatnya begitu sejak kanak-kanak lagi ketika belajar mengaji dengannya.

Saya tunggu hingga dia selesai lalu mendapatkannya bersalam dan membuat satu permintaan.

“Saya nak belajar mengaji Al-Quran semula”, kata saya padanya.

“Hang dah lupa mengaji ke?”, tanya Imam terkejut.

“Tak, cuma nak kemaskan semula bacaan”, jawab saya tersenyum malu.

“Pi mengaji rumah aku malam nanti bersama dengan dua tiga orang tua lain yang belajar”, jawab Imam.

“Tak mau!, saya nak mengaji sorang-sorang tak mau campur dengan orang lain”, kata saya merayu.

“Bila nak mula?”, tanya Imam mengerutkan dahinya.

“Sekarang juga kat Masjid ini juga”, jawab saya ringkas.

Dia lalu dengan tenang menyuruh saya ambil naskah Al-Quran sambil berpatah balik ke tikarnya dan duduk bersila. Saya dengan pantas ambil Al-Quran dan duduk mengadap di depannya berlaga lutut untuk mula belajar membaca Al-Quran.

Sebelum mula mengaji dia mengajar saya membaca doa penerang hati kuat-kuat. Dia baca dan saya ulang mengikutinya sampai habis.

“Buka dan baca Al-Fatihah”, perintah Imam.

Lalu saya mula membaca Bismillah dan mula membaca ┬ádari awal sampai akhir. Dia hanya mendengar. Sebaik saja selesai, Imam lalu berkata, “Ulang!”.

Saya mulakan semula membaca Bismillah dan mulakan semula. Dia membetulkan bacaan Bismillah dan menyuruh saya ulang semula bacaan Bismillah. Baca lagi dan ulang lagi Bismillah…begitulah seterusnya semua ayat lain dalam Al_Fatihah.

Kemudiannya dia bangun dan menyuruh saya tinggal mengulang bacaan ayat Al-Fatihah sampai pukul 6 petang. Saya lihat jam baru lima lebih, masak saya kena tunggu baca seorang diri.

Imam berlalu balik dan saya tinggal seorang diri membaca surah Al-Fatihah sampai pukul enam petang. Tepat jam enam petang saya bangun, simpan Al-Quran dan tutup semua pintu dan balik. Esok saya akan belajar lagi dan yakin tentu akan mula membaca Alif Lam Mim, surah Al-Baqarah.

Setakat ini saja dulu, insyaallah saya akan sambung balik siri keduanya berkenaan mula mengenali ayat seribu dinar. Tungguuuuuu!

 

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. bagus dapat tok guru strict macam ni. Ye lah, besar sebenarnya tanggungjawab di bahu mengajar orang mengaji ni. Sebab kalau salah bacaan murid, dan kita tak tegur, selagi anak murid baca salah lepas-lepas tu, tok guru pun tanggung dosa. tapi kalau betul bacaan, selagi anak murid baca quran, selagi tulah tok guru pun dapat pahala.
    Sya Isya recently posted…5 CARA BERKESAN LUPAKAN KEKASIH LAMAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge