Bagaimana berniaga tanpa sedikitpun rugi

By | 30/03/2013

Kenapa orang nak berniaga banyak dipengaruhi oleh faktor untung ?.

Tak ada orang yang berniaga disebabkan mahu rugi.

Setelah dicongak dari segenap sudut dan hasilnya boleh menguntungkan maka kita akan terjun berniaga.

Begitulah juga sebaliknya bila dicongak keputusannya merugikan, kita akan tekan brake dan batalkan niat berniaga.

Cara yang disebutkan di atas memang betul. Begitulah kebiasaannya, kita menimbang sesuatu perniagaan, untuk membuat keputusan samada pergi atau berhenti.

Walau bagaimanapun, kebanyakan dari masa bukan semua yang kita anggarkan untung berakhir seperti mana yang dijangkakan. Ramai yang terjun berniaga setelah yakin dengan perkiraan positif, namun berakhir dengan rugi dan merana.

Itu juga antara faktor yang membuatkan ramai orang seram sejuk untuk berhenti kerja dan berniaga. Walaupun ramai yang berkata perniagaan tersebut berpotensi untuk berjaya dan anda juga yakin dengannya, ia bukanlah jaminan 100%.

Bagaimana mengatasi masalah menghilangkan rasa takut seandainya telahan dan perkiraan kita meleset?

Sebenarnya sudah ada satu jaminan untuk menjadikan urusan perniagaan sentiasa menguntungkan tidak kira samada dari segi kewangan ianya untung atau rugi. Untuk memahami masalah ini kita perlu membezakan antara perkara asas dengan perkara cabang.

Perkara Asas dalam berniaga
Kita semua mengaku dan berazam samada secara rela atau paksa untuk mencari keredhaan Tuhan. Itulah matlamat mutlak kita sebaik sahaja dilahirkan di dunia ini. Oleh kerana ini bukan syarahan agama jadi saya tak perlu huraikan perkara asas ini dengan lebih lanjut.

Untuk memastikan kita mencapai matlamat sebagai seorang manusia, kita diberi berbagai cara atau pilihan yang bersesuai dengan kecenderungan, bagi menjalani kehidupan.

Antaranya adalah:

  • Menjadi usahawan
  • Menjadi guru
  • Menjadi ustaz
  • Menjadi buruh
  • Menjadi boss
  • Menjadi pelajar
  • Dll
Jika anda memilih untuk menjadi usahawan sebagai wadah perjalanan mencari keredhaan Tuhan, maka sudah tentu anda akan diuji dengan berbagai cara yang bersesuaian dengan dunia keusahawanan.
Semuanya adalah bermatlamatkan untuk membezakan antara mereka yang beriman atau tidak beriman, berjaya atau tidak berjaya.
Perkara cabang
Mari kita fokuskan hanya kepada pilihan yang telah dibuat untuk menjadi usahawan. Tidak kira samada peniaga pasar malam, peniaga korporat, pengusaha kilang, penjual aiskrim atau sebagainya.
Sebagai usahawan, mencari jalan agar perniagaan menjana duit yang banyak hasil daripada keuntungan transaksi jual beli adalah matlamat cabang. Dengan matlamat cabang yang telah ditetapkan, ia akan memaksa  kita memerah otak untuk menjayakannya.
Syarat permainan dalam dunia keusahawanan adalah, jika untung berjaya, dan jika rugi gagal. Itu keputusan yang bakal kita terima setelah berusaha melakukannya dengan berbagai cara.
Hasil atau keputusan itulah pula (berjaya mencapai matlamat cabang) yang akan digunakan untuk mencapai matlamat pokok atau perkara asas dalam perniagaan.

Setelah mengambil kira cara kita menjalankan perniagaan bersesuaian dengan anjuran agama seperti:

  • Buat perniagaan halal. Jangan pula mencari keredahaan dengan menjalankan perniagaan nombor ekor. Jangan dapatkan projek dengan aktiviti rasuah dan sebagainya.
  • Jangan menipu. Jaga timbangan, berikan apa yang telah dijanjikan. Jika pelanggan tak puas hati kembalikan wang mereka.
  • Produk atau servis mesti jelas dan terang. Ini perlu supaya¬†pelanggan dapat memahami apa yang mereka dapat dan tak dapat, jika memilih anda.
  • Bayar gaji awal dan jangan kencing pekerja. Jika kita disuruh bayar kepada pekerja sebelum kering peluh mereka, mungkin sekarang kita perlu bayar gaji sebelum habis bulan. Elok bayar pada hari yang ke 25 setiap bulan.
  • Kira betul-betul duit keluar masuk agar tidak silap keluarkan wang zakat. Jangan kedekut untuk bayar akauntan menguruskan segala kira-kira wang syarikat agar tepat. Jangan campur adukkan antara wang kegunaan peribadi dengan wang syarikat.
  • Layan pekerja selayaknya. Kalau Nabi menyuruh kita layan hamba dengan baik, apatah lagi pada pekerja. Pekerja bukan hamba kepada taukeh. layan mereka dengan bermaruah.
  • Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Untuk mendalaminya eloklah rajin menuntut ilmu di masjid dan surau. Oleh itu, jangan pula asyik berniaga sampai tak kenal masjid atau surau. Berniaga sampai tak ada masa menuntut ilmu juga adalah satu perkara yang merugikan dan menyimpang dari matlamat hidup…..
Kita akan berjaya jika dan hanya jika:

“Seandainya untung aku bersyukur, seandainya rugi aku bersabar”

Jika saya, anda dan kita semua berjaya menyesuaikan diri dan jiwa dengan syarat yang tersebut di atas, maka ternyatalah walau apapun yang anda lakukan, walau apapun keputusan perniagaan anda, anda sentiasa mendapat keuntungan.
Malah keuntungan tersebut jauh lebih hebat, jauh lebih bernilai dari bumi dan segala isinya…Insyallah. Oleh itu, adakah anda takut lagi untuk berniaga, bukankah apa saja keputusannya anda sentiasa untung?
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Bagaimana berniaga tanpa sedikitpun rugi

  1. faizal

    salam,alhamdulillah saya buat suma syarat2 yg disebutkan tp kenapa still gagal??

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      selagi tuan belum berhenti, selagi itu tidak ada gagal, hanyalah proses adaptasi dan baiki prestasi. Jika ada bayar zakat tentu ada untung dan rugi, jika ada semua pernyataan itu mesti ada jalan baiki prestasi.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge