Semua orang berpeluang untuk pastikan dia ada ramai kenalan dalam zaman moden ini jika dia tahu cara nak buat orang suka padanya setiap kali bertemu.

Dunia sekarang terlalu jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dahulu kala. Jumlah manusia terlalu ramai terutamanya jika anda tinggal di bandar. Anda akan sentiasa bertemu dengan ramai orang setiap masa setiap hari.

Jumlah orang yang anda bertemu dalam sekali lalu sahaja di depan dataran KLCC pada hari minggu berkemungkinan menyamai jumlah orang yang Tok nenek kepada Tok nenek anda bertemu sepanjang kehidupannya. Dulu orang tak berapa berkumpul sangat macam sekarang.

Berbalik pada peluang buat ramai kenalan yang saya sebutkan awal tadi, ianya mampu dilakukan sebab faktor paling besar dan utama sudah ada. Iaitu, keupayaan setiap daripada kita untuk sentiasa bertemu dengan siapa saja di kebanyakan daripada masa dan tempat.

Jika anda ambil peluang tersebut, dengan tidak pencilkan diri, anda akan berupaya membina sebuah jaringan yang besar. Jaringan amat penting dalam apa saja urusan dunia sekarang ini.

Orang makan gaji akan mudah dapat peluang kerja baru dengan jaringan yang baik dan besar. Orang belum kahwin akan berpeluang bertemu jodoh menarik dengan bantuan jaringan. Paling mustahak orang yang berniaga akan dapat peluang jualan baru melalui aktiviti membina jaringan yang konsisten.

Bila jumpa perlu buat orang suka pada kita

Jika anda dah bersedia nak jumpa orang, lagipun memang mudah sangat kalau nak terserempak orang, siapa-siapa saja di mana-mana saja sekarang ini, maka anda perlu tahu cara nak buat orang suka pada anda.

Bila berjumpa, silap langkah, tak ada kemahiran, maka anda hanya kan mampu membina jaringan dengan mereka yang selesa atau serupa dengan cara atau sikap anda saja. Sukar nak jalin hubungan dengan kumpulan yang berbeza sebab tak sama budaya dan bahasa.

Jika ada teknik buat orang suka yang mudah dan berkesan, anda mampu bina jaringan dengan semua golongan pilihan anda walaupun mereka bukan dari kumpulan yang sejenis macam anda. Barikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

  1. Mulakan dengan bertanya.
    • Ini amat penting, mulakan perbualan anda dengan bertanya soalan yang anda ikhlas ingin tahu. Pastikan anda menerima apa saja jawapannya tanpa membuat apa-apa perbandingan untuk merendah atau menghakimi orang yang menjawab itu.
    • Elok soalan berkenaan diri orang yang ditanya agar dia boleh ceritakan tentang dirinya. Semua manusia suka bercerita tentang dirinya sendiri, termasuklah anda. Sebab itu bila ada kawan yang suka ambil tahu tentang cerita perkembangan anda, orang itu pasti akan jadi rakan pilihan yang anda suka berjumpa.
    • Oleh itu soalan paling mudah nak bagi orang suka adalah dengan bertanya perkembangan semasa. Kalau anda tahu latar belakang orang itu seperti minatnya, kerjayanya atau lain-lain, lebih mudah. Sebab itu kena buat kajian tentang dirinya terlebih dulu sebelum jumpa. Contohnya, apa buku baru yang tuan baca sekarang…?, tanya pada orang yang anda tahu kaki beli dan baca buku.
  2. Jangan bangkang
    • Ini perlu ditahan daripada terpancul keluar dari mulut anda. Apa salahnya dengar cuba fahami dan dalami lagi walaupun anda langsung tak bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh orang lain.
    • Tak ada siapapun yang akan suka jika sebaik saja dikeluarkan pendapatan dia dibantah. Mana ada orang yang akan suka dengan kita, yang tak suka dengan pendapat dia.
    • Jangan nak tunjuk pandai. Walaupun saya tahu hakikatnya anda memang pandai, simpan saja maklumat tu dalam dada dan tak perlu tonjolkannya pada orang yang anda sedang bercakap. Bertanya, dengar, fahami dan sentiasa merendah diri, dan jangan menyerang.
  3. Dengar dan jangan berfikir jawapan
    • Ini satu seni yang agak sukar untuk dilakukan sebab kebanyakan orang dah biasa sangat kelam kabut nak potong cakap orang lain yang sedang bercakap.
    • Puncanya adalah bila kita mendengar orang bercakap, kita berfikir dan mencari idea apa nak jawab atau apa nak balas cakap. Bila dah dapat idea maka sebab itulah tersembul cakap walaupun orang itu belum habis lagi ayatnya. Orang tak suka macam tu! ongat nooo!.
  4. Hormati masa orang
    • Penting untuk bertanya jika orang itu ada masa berjumpa atau mendengar soalan atau berbual sekejap dengan anda. Hormati masa orang ain dan jangan lupa hormati masa anda sendiri. Bengan bertanya soalan itu saja, orang yang ditanya biasanya akan rasa lebih selesa untuk soalan selanjutnya. Itupun jika anda tunggu jawapan darinya terlebih duhulu dan bukannya belasah teruskan agenda diri anda.
    • Bila dia dah setuju dan ada masa untuk anda, katakan padanya bahawa anda tak boleh lama kerana ada urusan lain selepas itu dan pertemun itu akan berjalan pantas. Ini akan memberikan satu lagi keselesaan pada orang yang anda bertemu dan dia biasanya akan lebih terbuka sebab tahu kalau anda membosankan, tak akan lama.
  5. Senyum
    • Jika anda jenis dilahirkan dengan muka yang masam walaupun sedang senyum, sila bertitahu awal-awal sebab tak ada orang yang suka berbual dengan orang yang serius tak reti senyum. Jika tidak, maka pastikan mulut anda sentiasa tersenyum setiap kali berbual dengan orang.
  6. Duduk sedikit mengiring
    • Kedudukan anda dengan orang yang depan penting agar dapat memberikan mesej yang lebih selesa. Oleh itu jangan duduk berdepan secara tepat seperti mahu bertumbuk dalam aksi tinju atau Muay Thai.
    • Mengiringlah sedikit di depan orang yang anda bertemu. Cuba amalkan cara begitu samada ketika berdiri atau duduk ketika berbual, kesannya lebih tenang dan memberikan keselesaan pada anda dan juga orang di depan anda.
  7. Buka tapak tangan ke atas
    • Angkat tangan anda, buka atau renggangkan dia secara selesa. Tapak tangan hala ke atas dan jangan tutupkan ke bawah. Tapi jangan sampai orang didepan anda ingat anada nak berdoa pulak. Kalau dengan berbuat begitu, orang depan anda juga angkat tangan ke dada dan kata amin, maknanya gaya angkat tangan anda adalah salah.
    • Angkat tangan hanya pada paras pinggang sahaja. Kalau boleh bawah dari pusat.

Begitulah sedikit petua untuk buat orang suka pada kita setiap kali bertemu. Dengan menggunakan teknik ini, orang akan mudah dan selesa serta suka walaupun itu merupakan pertemuan pertama anda dengannya. Jika anda minat untuk tahu berbagai lagi teknik membina diri, anda boleh layarai blog ini.

Total
48
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Saya ada seorang kawan ni .saya nak sangat rapat dengan dia. Saya cuba dengan cara tegur dia,tanya dia soalan tapi dia layan saya macam nak tak nak je em. Boleh tolong?

  2. Maaf saya ingin bertanya, bagaimana kalau saya dah lalui langkah keempat tu dan orang tak boleh hormati cara kita? Saya ada juga suka bertanyakan soalan demi soalan supaya dia bagi respons . Kadang saya terlebih agenda pada orang tu . Setahun kami berkenalan & berkawan, tidak rapat juga sebenarnya . Tiba suatu hari dia katakan dia suka pada saya, dia cakap “Sebenarnya rindu tu dah lama ada, cuma pendam”. Kemudian saya tanya dia “Apa yang membuatkan awak suka, sayang dan rindu pada saya sedangkan saya ni berkelakuan tidak baik pada awak?” Dia membalas “Sebab~ cara awak? Cara awak yang membuatkan hati saya kembali sayang pada awak”. Keesokan malamnya, Dia beritahu “Saya tidak boleh teruskan . Kini saya lebih selesa layan seorang diri”. Jadi saya tertanya-tanyalah kan, apa yang sebenarnya dia cuba beritahu saya dan saya tak ambil kesah pun apa yang dia cakap . Boleh kamu jelaskan untuk saya? Sila beri respons 🙂 🙂

    1. pergerakan yang mempamerkan keselesaan dan keyakinan. Sama macam berpidato, cara yang sama memberikan impak pemidato tenang dan tidak gabra dan yakin dengan dirinya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge