Berapa ramai usahawan di luar sana yang jadikan amalan penggunaan buku nota sebagai gaya kehidupan anda sebagai seorang usahawan?

Mungkin tak ramai.

Berdasarkan apa yang saya perhatikan sepanjang membimbing para usahawan dari Kelantan sehinggalah ke Sabah, hampir tak ada langsung usahawan yang membiasakan diri mereka menggunakan buku nota.

Ramai usahawan yang berasa kekok bila saya suruh mereka ubah cara merancang dengan menggunakan buku nota. Mereka rasa geli geleman untuk guna buku nota.

Ramai usahawan kat luar sana walaupun ada yang dah berniaga selama belasan tahun tak tahu bagaimana nak gunakan buku nota dengan betul walaupun ada buku nota dalam laci meja rumah mereka.

Kenapa nak kena pakai buku nota

Nak tulis apa?

Sasaran tu benda apa?

Kenapa nak kena tulis dalam buku nota?

Macam mana nak tulis sasaran?

Semua soalan itu biasanya menerjah ke cuping telinga saya setiap kali saya perkenalkan satu borang yang dinamakan sebagai Borang Sasaran dalam program Business Coaching yang saya jalankan sekarang.

Mereka akan rasa kaku dan kekok pada mulanya sebab tak pernah terfikir selama ini untuk berfikir atas kertas.

Majoriti usahawan hanya akan berfikir dalam kepala mereka. Lebih seronok biarkan fikiran berpusing-pusing dalam kepala macam yang biasa kita amalkan setiap kali memandu kereta dalam perjalanan yang jauh.

Bagi ramai usahawan itulah cara mereka merancang, itulah teknik mereka berfikir, bagaimana nak majukan perniagaan mereka.

Berfikir di luar kepala tanpa buku nota

Sebenarnya, penggunaan buku nota ada banyak kelebihannya berbanding berfikir di dalam kepala.

Menulis apa yang anda fikirkan di dalam kepala pada sekeping kertas adalah satu teknik yang kita namakan sebagai ‘externalization’.

Bahasa mudahnya adalah berfikir di luar kepala.

Ada banyak cara berfikir di luar kepala. Salah satu amalan biasa yang kita sering gunakan adalah dengan berbincang dan ceritakan apa yang difikirkan pada kawan ketika minum teh tarik di Kopitiam.

Kalau anda perasan, selama ini perbincangan untuk selesaikan masalah yang sedang dihadapi samada kehidupan atau perniagaan, dengan kawan atau penasihat lebih membuahkan hasil yang baik. Perbincangan akan jadi lebih jelas dan tersusun.

Sebab apa ianya lebih nampak jelas adalah kerana anda telah mengeluarkan fikiran dalam kepala keluar, melalui kata-kata perbicaraan anda.

Berfikir di luar kepala dengan buku nota

Bukan selalu kita ada peluang untuk kongsikan masalah dengan kawan-kawan atau penasihat. Bukan semua perkara boleh kita kongsikan fikiran dengan kawan-kawan atau penasihat.

Bila jadi begitu, jangan pula kita sekadar benamkan saja fikiran dalam kepala. Keluarkannya dari dalam kepala dengan menggunakan buku nota.

Itu saja cara terbaik untuk berfikir dengan lebih jelas dan tersusun.

Kajian menunjukkan mereka yang berfikir dan merancang dengan menggunakan buku nota mencapai kejayaan lebih kurang 40% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak.

Sebab itu saya suruh semua peserta business coaching saya biasakan diri dengan mengisi Borang Sasaran. Ia dapat membantu anda berfikir dengan lebih jelas dan teratur.

Ia dapat membantu anda merealisasikan apa yang anda impikan dengan lebih baik. Jangan pandang remeh saranan saya ini.

Mulakan amalan penggunaan buku nota kalau anda mahu lebih mudah untuk serius dan berjaya.

Kalaupun anda tak pasti nak tulis apa, jangan mengalah. Paksa diri tulis apa yang anda idamkan. Kenal pasti apa yang anda mahu capai dan ikutinya dengan pertanyaan bagaimana nak mencapainya.

Tulis apa saja idea yang terlintas dalam kepala dan pilih mana yang boleh dijalankan terlebih dahulu.

Amalan semak buku nota

Bila dah puas menconteng dan merancang apa saja dalam buku nota, jangan pula lupa semak status apa yang telah anda rumuskan untuk laksanakannya.

Kalau boleh semak setiap kali anda keseorangan. Biasanya akan timbul pula idea lain yang anda boleh selitkan dan buang mana yang tak relevan.

Ulang semua proses berfikir di luar kepala itu dengan menggunakan buku nota.

Jangan lupa, catitkan perkembangan perlaksanaan dalam buku nota anda.

Tambahan lebih power selepas gunakan buku nota

Ada satu lagi tambahan jika anda mahu besarkan lagi kemungkinan mengecapi kejayaan anda.

Selepas dah biasakan diri mencatit semua perancangan dan perkembangan dalam buku nota, anda perlu cari pula seseorang yang berminat untuk mendengar perkembangan anda.

Orang yang sanggup mendengar perkembangan anda itu mestilah berminat mendengarnya secara rutin dan berkala.

Jika anda ada peluang mendapatkan seseorang yang sebegitu, anda akan lebih bersemangat untuk kongsikan perkembangan anda.

Kajian menunjukkan mereka yang mencatit segala perancangan dan kemudiannya kongsikan pada seseorang yang sanggup mengikuti perkembangan anda dengan penuh minat berkemungkinan untuk berjaya hampir 80% daripada mereka yang tidak!!!.

Sebab itu mana-mana usahawan yang bijak, tak lepaskan peluang untuk dapatkan mentor atau coach bagi membimbing perjalanan perniagaan mereka. Mereka biasanya jauh lebih berpotensi untuk berjaya dengan cepat berbanding mereka yang tidak.

Ok ! sekarang anda, terutamanya yang sedang dalam bimbingan saya dah dapat faham kenapa saya tekankan untuk gunakan buku nota.

Gunakan buku nota dan borang sasaran dengan baik dan sentiasa tunggu masanya bila saya datang untuk anda kongsikan perkembangan perniagaan anda.

Total
28
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. bisnes yang saya buat cikai-cikai je, tapi buku nota memang AMAT PENTING.

    kadang-kadang saya akan dapat idea untuk kembangkan bisnes dari tempat yang tak dijangka-jangka. Kalau tak dicatat dalam buku nota, mahu hilang idea tu nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge