insuran ganti kawanKedengaran suara tangisan bayi baru dilahirkan di atas rumah.

Alhamdulillah ! bayi lelaki.

Bidan tersenyum mengesahkan jantina bayi tersebut.

Seorang lelaki yang sedang duduk menunggu atas pangkin di bawah rumah bayi itu dilahirkan, terus bingkas bangun.

Dicapainya sebilah parang, terselit pada tiang di tepi dinding rumah kayu itu.

Dengan tenang, dia berjalan perlahan menuju ke pinggir kampung masuk ke hutan.

“Nak ke mana tu ?”, tanya orang yang berselisih dengannya.

“Anak saudaraku baru lahir!.  Aku mahu ambil kayu untuk dibuat balai” jawab lelaki itu girang.

“Di balai itu nanti dia akan mengajar ilmu agama kepada orang ramai ! “, terang lelaki itu lagi dengan yakin.

Cerita kat atas tu hanyalah sekadar gambaran saya terhadap peristiwa ketika lahirnya ayah kepada Prof Hamka, Dr. H. Abdul Karim Amrullah.

Menurut ceritanya, sebaik saja ayah kepada Hamka lahir, bapa saudaranya bergegas masuk hutan. Diambilnya kayu-kayu yang baik-baik dibawa pulang lalu dibina bangsal yang kukuh.

Dia berhasrat mahu jadikan bangsal itu tempat mengajarnya ayah Hamka kepada orang ramai.

Dan ternyata itulah yang benar-benar berlaku.

Ayah Hamka menuntut ilmu agama di Mekah dan kemudian pulang semula ke kampung dan menjadi guru atau ulamak yang terkenal dan disegani. Malah ditakuti oleh Belanda yang menjajah Indonesia ketika itu.

Apa kaitan cerita kat atas dengan tajuk catitan saya kali ini ?

Sengaja saya bawa cerita itu untuk berikan gambaran bagaimana kehidupan orang kampung kita satu masa dahulu. Sebelum pembangunan menerjah cara hidup kita yang ringkas dan mudah, menjadi sukar dan amat mencabar.

Dalam cerita atas tu, bapa saudara yang bersungguh-sungguh mempunyai visi besar untuk anak saudaranya. Bayangkan, bapa saudara !. Betapa akrabnya perhubungan yang ada buat mereka ketika itu. Dan memang begitupun sikap masyarakat zaman itu.

Budaya bantu membantu orang kampung

Ketika saya masih kecil, suasana kampung yang saling bantu membantu masih ada. Boleh dikatakan semua orang dalam satu kampung itu saling kenal mengenali.

Kenduri kendara satu keluarga akan melibatkan hampir keseluruhan kampung.

Sebelum kenduri, akan diadakan mesyuarat untuk tentukan makan dan minum. Siapa nak masak siapa nak bancuh air. Menu apa nak buat dan siapa nak sumbangkan bahan mentah dan sebagainya. Segala butiran akan diperincikan dalam mesyuarat kenduri orang kampung masa dulu.

Jika masa itu ada orang buat konsep buffet dan upah syarikat Katering, sudah tentu orang kampung akan anggap orang itu dah kena rasuk jin !.

Tak dibuat orang ketika itu kenduri pakai katering.

Rumah kampung ketika itu didiami oleh keluarga yang amat besar.

Habis keturunan akan tinggal bersama. Rumah induk biasanya akan dikelilingi oleh rumah sanak saudara yang lain. Mereka saling bantu menbantu dan saling sokong menyokong dalam keadaan susah mahupun senang.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan penduduk kampung saya tinggal dahulu, ada kaitan persaudaraan antara satu dengan yang lain. Jika jatuh susah salah seorang dari anggota kampung, maka bantuan akan datang untuk melepaskannya dari kesusahan. Bantuan dari sanak saudara dan orang kampung.

Orang kampung tak perlu insuran

Masa itu tak ada insuran.

Tak wujudpun lagi orang kampung yang jadi salesman jual insuran. Kalau ada orang yang nak jual insuran ketika itu, tak ada orang yang akan beli sebab mereka tak rasakannya perlu.

Mereka tak pernah ditinggalkan oleh saudara mara selama ini samada dalam keadaan senang mahupun susah.

Jika meninggal ibu atau bapa, anak-anak akan dibela sampai besar oleh saudara mara. Tanggung jawab itu secara automatis akan diambil oleh para waris.

Tak perlu nak beli insuran.

Rasanya, suasana seperti itu dah tak ada lagi.

Semuanya dah berubah jadi moden.

Orang moden kuat kerja sebab peluang kerja bersepah-sepah. Kerja pulak dapat banyak duit. Duit amat diperlukan untuk beli kereta mewah yang besar. Tapi kereta mewah itu walaupun besar, tidak digunakan untuk membantu sanak saudara memudahkan perjalanan mereka.

Duit yang banyak itu juga akan digunakan untuk beli rumah besar dan cantik. Tapi rumah besar itu hanya didiami oleh beberapa orang penghuni sahaja. Sanak saudara amat jarang berkunjung melainkan jika dijemput.

Rumah ada pintu gate besi yang tinggi. Ia memisahkan antara penghuni rumah itu daripada orang lain. Tapi tak ada orang yang terasa dengan apa yang berlaku. Sebab semua orang memang buat macam tu. Masing-masing jaga diri sendiri secara nafsu nafsi.

Kalau jatuh sakit tak perlu risau. Insuran kan ada. Pergi mampus orang kampung. Orang sekarang tak perlukan semua konsep kerja gotong royong tolong menolong. Eh ! tak ada masa nak gotong royong sana sini lah !.

Insuran boleh gantikan kesemua itu.

Saya baca satu artikel baru-baru ini ditampalkan oleh seorang kawan, penjual insuran, “Insuran dah menjadi satu keperluan”. Begitulah tajuk artikel itu.

Mereka yang jual insuran jadikan pandangan dari artikel tersebut sebagai sales point supaya semua orang sedar dan beli insuran.

Satu masa nanti, orang yang tak ada insuran bila ditimpa kemalangan, akan dibiarkan berulat dalam longkang.

Insuran telah berjaya menggantikan konsep bantu membantu secara akrab yang diamalkan oleh tuk nenek kita dahulu.

Semuanya perlukan duit

Dalam kampung, bila kawan bantu kita, tak perlu nak bayar apa-apa. Itu perkara biasa zaman dulu. Bila orang lain perlukan bantuan, kita giliran kita pula akan bantu mereka, juga tanpa apa-apa bayaran.

Kalau nak pindah rumah, orang kampung datang ramai-ramai tolong buat kerja. Bayaran tak payah nak kira. Masak nasi gulai ikan kering, jamu air bandung, dah cukup.

Sekarang jangan harap nak dapat macam tu. Terutamanya kat taman di bandar. Nak pindah, pandai-pandai engkaulah. Ada duit, panggil lori datang, selesailah urusan pindah. Tak ada duit, jangan harap ada orang nak bantu.

Pertalian urusan antara orang ramai sekarang lebih banyak disambungkan oleh duit dan bukan lagi ikatan sesama manusia. Duit dah gantikan keperluan ikatan kerjasama secara sukarela.

Mungkin masih ada di sana sini ikatan persahabatan dan sifat saling bantu membantu. Tapi ianya semakin pudar.

Bukan sengajapun nak buat macam itu.

Seperti yang saya katakan dalam artikel yang lalu. Segala kemajuan yang kita cipta bukan menambahkan kemudahan hidup. Sebaliknya menjerat kita ke dinding dan semakin tersepit.

Kita terpaksa berja lebih kuat untuk sediakan duit dan beli insuran.

Semakin kerja kuat, semakin tak ada masa. Tiada masa untuk jalinkan perhubungan kawan, perhubungan saudara dan perhubungan masyarakat.

Manusia bawahan jadi hamba

Jika dilihat secara mendalam, apa yang kita buat sekarang hanyalah semata-mata menjadi hamba kepada golongan elite yang berada di atas. Mereka terdiri daripada ahli ekonomi dan ahli politik. Semua perjalanan hidup kita diatur oleh dua golonga utama tersebut.

Atas nama kemajuan, kita diyakinkan bahawa itu semua perlu demi kesenangan kita di masa hadapan.

Perlu masuk sekolah, hantar anak-anak ke universiti, dan kemudian anak-anak kita akan masuk ke sektor pekerjaan. Golongan kat atas tu bela kita dan seluruh anak cucuk kita untuk hidupkan impian mereka.

Itulah dilema manusia sekarang sebenarnya.

Ramai masih tak sedar dan hanyut dek kesibukan kerja. Juga hanyut dek kesibukan layan media sosial yang sentiasa ada depan mata.

Bila semua ini akan habis

Berdasarkan andaian para pengkaji sejarah. Manusia masih tetap diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk sementara waktu ini.

Kerana jumlah manusia yang ramai masih ada nilai politik dan ekonomi untuk golongan elite kat atas tu. Sebab itu kita semua diberikan perhatian dan masih dibela.

Bila kesemua itu digantikan oleh mesin dan robot, satu masa nanti, kumpulan pekerja kat bawah ini tiba-tiba tidak diperlukan lagi. Manusia bawahan sudah tidak punya nilai lansung ketika itu.

Baru mereka sedar bahawa mereka sudah tak punya hala tuju. Tak ada orang yang pedulikan mereka lagi. Tak ada kerja dan tak ada lagi orang nak pujuk mereka buat itu dan ini.

Ketika itu baru nak sedar ! tapi semuanya dah terlewat.

Mungkin kita semua perlu sedar bermula dari sekarang. Kita mesti berusaha melawan sistem yang sedang bergerak pantas menguasai manusia secara keseluruhannya.

Tapi bagaimana ? ada jawapan tak ?

Nota: Golongan elit kat atas tu bukan saya maksudkan Najib atau pemimpin politik setempat. Tapi lebih umum kepada pemimpin elite peringkat atasan atau global.

Total
44
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. 1. Kesedaran tentang kepentingan bermasyarakat perlu wujud di kalangan jiran-jiran.
    2. Jiran-jiran perlu bersikap terbuka berkongsi masalah dan tidak pula menghakimi, tetapi perlu melahirkan rasa simpati dan bersepakat untuk memberi manfaat seperti jiran yang lebih senang berkongsi lauk-pauk yang ada kepada jiran lebih susah.
    3. Menyelami dan mempelajari ‘kesan’ keikhlasan golongan Ansar-Muhajirin dari sudut ekonomi, sosial, dan politik.
    4. Menilai semula sistem healthcare dan lain-lain pengurusan negara Perancis. Rakyat bergaji sedikit, tetapi ekonomi masyhur. Apabila ibu bapa keluar bekerja, kerajaan menyediakan guardian yang terlatih bagi menjaga, memberi makan minum, mengurus laundry sehingga ibu bapa pulang dari kerja. Tiada apa yang perlu dikejar kerana segalanya telah cukup. Disebabkan itu, Perancis mempunyai kurang budaya keusahawanan namun lebih menumpukan cinta kepada kemanusiaan, seni kreativiti.
    5. Saya juga tidak suka kepada insurans. Sistem ini boleh dihapuskan jika kita menelaah dan mengaplikasi sistem pengurusan kesihatan diukhuwahkan dengan mantap seperti Cuba, Canada, Perancis dan United Kingdom. Untuk melaksanakannya, kita perlu meneliti konsep universal healthcare dengan lebih dalam lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge