Bagaimana menjadi manusia terbaik!

By | 20/10/2012

Tidak ada manusia yang lebih baik selain daripada yang banyak mendatangkan manafaat kepada orang lain. Maksud ayat tersebut membawa kita pada urusan perkhidmatan. Bila kita mengaku sebagai manusia, maka tidak dapat lari daripada urusan memberikan khidmat pada manusia lain.

Kita tidak dapat lari dari:

  1. Berkhidmat untuk agama
  2. Berkhidmat untuk ibubapa
  3. Berkhidmat untuk pasangan
  4. Berkhidmat untuk anak-anak
  5. Berkhidmat untuk kawan-kawan
  6. Berkhidmat untuk jiran-jiran
  7. Berkhidmat untuk masyarakat
  8. Berkhidmat untuk bangsa
  9. Berkhidmat untuk negara
  10. Berkhidmat untuk majikan
  11. Berkhidmat untuk orang bawah
  12. Berkhidmat untuk boss
  13. Berkhidmat pelanggan
Kalau nak disenaraikan tentu banyak lagi yang boleh kita jadikan sasaran untuk perkhidmatan. Persoalannya adakah kita menyediakan diri secukupnya untuk melakukan khidmat yang terbaik? ramai yang lupa kewujudan dirinya untuk melaksanakan tugasan berkhidmat ini.
Kita sering memikirkan bahawa hanya orang lain saja yang patut berkhidmat pada kita dan khidmat orang pada kita mesti yang terbaik. Pernahkan kita fikirkan bagaimana khidmat kita pada orang lain sedangkan itulah ciri-ciri manusia yang terbaik.
Bagaimana membaiki diri untuk menjadi yang terbaik
Kita boleh mulakan dengan memikirkan semula apa khidmat terhadap agama yang telah kita lakukan sejak menjadi akil baligh. Apakah ada peningkatan tahun demi tahun dan jika langsung tidak ada bagaimana dapat kita mulakannya hari ini juga.
Untuk memulakan hari ini juga kita boleh mulakan dengan memikirkan bagaimana kita dapat berkhidmat pada ibubapa dengan lebih baik sehingga melampaui jangkaan mereka. Dengan melakukan tugasan khidmat ini secara langsung kita telah melaksanakan khidmat pada agama.
Jika ada pasangan, fikirkan bagaimana tahap khidmat kita padanya. Bagaimana pula khidmat kita pada anak-anak, pada rakan, jiran dan seterusnya…
Hakikatnya kita sentiasa berpeluang menjadi manusia yang terbaik. Asalkan kita memberikan tumpuan untuk menjawab soalan, ‘bagaimana aku dapat berkhidmat melampaui jangkaan pada hari ini?’
Jika anda seorang usahawan, fikirkanlah cara terbaik untuk melaksanakan khidmat pada pekerja, pada pelanggan, pada rakan kongsi dan lain-lain. Letakkan jangkaan 100% dan cuba laksanakannya sehingga mencapai 120%.
Usah perdulikan bagaimana khidmat orang lain pada anda, fikirkanlah bagaimana khidmat kita pada orang lain. Insyallah jika anda mati, anda mati sebagai seorang yang mulia tidak kira samada anda makan gaji atau berniaga. Pastikan khidmat anda hari ini lebih baik daripada semalam!Apa khidmat saya?
Apa yang saya sedang buat sekarang dengan menulis adalah bertujuan memberikan khidmat terbaik pada para pembaca. Saban hari terpaksa memikirkan bagaimana dapat saya memberikan khidmat menulis yang lebih baik daripada semalam.

Anda juga boleh memberikan khidmat pada saya dengan memberikan idea, tunjuk ajar, teguran dan apa saja yang dapat membantu saya memberikan khidmat terbaik pada semua pembaca. Apakah agaknya yang saya perlu buat lagi agar khidmat menulis saya ini menjadi yang terbaik.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge