tak ada kelulusan boleh berjayaTentu ramai yang pernah bertanya soalan bolehkah dia berjaya tanpa kelulusan universiti?

Saya kata ramai sebab jumlah mereka yang tak ada kelulusan universiti adalah ramai. Jumlah mereka yang tak mampu masuk universiti juga adalah ramai. Begitu juga jumlah mereka yang berbelah bagi samada nak masuk universiti atau tidak adalah ramai.

Khas untuk para pelajar yang dah dapat keputusan SPM masing-masing baru-baru ini, saya nak beritahu pada anda semua bahawa untuk berjaya dalam kehidupan bukan terletak pada kelulusan universiti.

Oleh itu jangan rasa punah jika anda tak dapat keputusan baik dalam SPM. Jangan pula rasa sedih kalau anda tak layak masuk universiti. Dan jangan nak gabra kalau semua permohonan masuk universiti yang anda buat ditolak.

Dengan kelulusan universiti lebih mudah

Namun begitu, jangan pula angap masuk universiti itu tak berguna dalam kehidupan. Bagi mereka yang masuk universiti, ia merupakan satu tiket yang mempermudahkan kehidupan kerjaya anda setelah berjaya mendapat diploma atau ijazah nanti.

Jika anda masuk universiti, ambil jurusan yang anda suka dan nampak apa nak buat dengan ilmu yang dikutip dari universiti tersebut bila keluar nanti, ia adalah satu kelebihan yang melicinkan lagi pencapaian matlamat anda dalam kehidupan nanti.

Ertinya, mereka yang dapat masuk universiti, belajar sampai lulus dengan baik. Tahu kenapa dia belajar apa yang dipelajarinya. Tahu nak buat apa dengan ilmu tersebut. Dalam masa yang sama membina jaringan yang kemas sesama pelajar diperingkat universiti, aktif dalam kegiatan sampingan sesama pelajar….

Dengan semua itu, anda jauh lebih mudah dan berkemampuan untuk berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya atau dalam jalan kehidupan yang anda pilih. Pokok pangkalnya, anda mesti jelas dengan hala tuju.

Kalau masuk universiti ikut kaki melangkah, jadi kera sumbang, berkawan hanya dengan pasangan kekasih anda dari tahun pertama sampai tahun akhir. Lelaki jadi Romeo dan perempuan jadi Juliette, anda sebenarnya sama saja atau mungkin lebih rapuh dari mereka yang tak masuk universiti. Universiti bukan tempat bercinta dan jadi hero dan heroin hindustan.

Boleh berjaya tanpa kelulusan

Sebenarnya banyak bukti jelas depan mata boleh dilihat contoh orang yang berjaya tanpa kelulusan universiti. Samada mereka hanya ada kelulusan darjah enam, PMR saja, SPM saja, semua peringkat yang tak ada kelulusan universiti itu ada contoh yang berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Apa syarat utama untuk berjaya tanpa kelulusan universiti?

Satu saja syarat utama untuk berjaya tanpa kelulusan universiti,

” Anda perlu buang anggapan bahawa untuk berjaya anda mesti ada kelulusan universiti “

Sebaik saja anda beranggapan begitu, baki kehidupan anda selanjutnya hanya jadi satu proses pembuktian bahawa apa yang anda percaya itu betul.

Cerita berjaya tanpa kelulusan universiti

Mari kita ikuti beberapa cerita mereka yang berjaya tanpa sebarang kellusan universiti. Saya  tak perlu ceritakan orang-orang hebat seperti Taukeh Microsoft, Syed Mokhtar Al-Bukhari, dan ramai lagi sama di peringkat nasional atau internasional, saya hanya akan kongsikan cerita mereka yang anda tak pernah dengar.

Cerita #1

Alex Johnstone terus cari kerja sebaik saja tamat persekolahan pada umur 18 tahun. Dia tak kisah untuk sambung belajar ke universiti dapatkan ijazah. Ketika berumur 19 tahun dia bekerja sebagai seorang kerani di sebuah firma perunding perniagaan.

Ketika firma itu kekurangan kakitangan untuk kerja perundingan mereka dengan salah satu pelanggan yang besar, pengurus di syarikat itu mencadangkan nama Alex Johnstone untuk diambil sebagai pembantu juruperunding dalam kerja-kerja mereka.

Biasanya firma perunding akan mengambil fresh graduate berijazah sebagai pembantu juruperunding dalam kerja-kerja besar. Tetapi nampaknya mereka nampak keupayaan Alex Johnstone untuk membuat kerja tersebut walaupun dia tidak ada apa-apa ijazah tinggi.

Akhirnya juruperunding terpaksa akur kerana ketiadaan pekerja tetapi meletakkan syarat agar Alex Johnstone tidak berurusan secara terus dengan pelanggan.

Tetapi ia berlaku sebaliknya. Alex Johnstone terlalu bagus dalam kerja-kerja kajiannya dan akhirnya dibenarkan berurusan secara terus dengan pelanggan firma perunding tersebut. Alex Johnstone tahu apa yang perlu dilakukannya dan faham tugasannya dengan baik.

Tidak lama kemudian dia mendapat tawaran bekerja di Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan global yang terkenal. Umurnya baru awal 20-an ketika itu. Dia menjadi orang pertama bertaraf profesional tanpa ada apa-apa ijazah dari mana-mana universiti.

Kecekapannya terserlah dan dia dihantar mengikuti latihan intensif oleh syarikat tersebut selama 6 bulan dan peningkatan kerjayanya semakin lama semakin baik. Kini dia mengetuai operasi sebuah bank Amerika yang besar di Afrika.

Alex Johnstone membuat peningkatan hebat dalam apa saja kerja yang ditugaskan kepadanya. Walaupun Alex Fergusan tidak pernah bekerja lebih masa dari sepatutnya. Apa yang beliau tumpukan hanyalah mengenal pasti apakah kerja yang paling penting yang perlu dia buat yang mendatangkan hasil paling besar dalam urusannya.

Cerita #2

Seorang kawan baik saya tidak pernah lulus mana-mana universiti yang dia masuk. Dia masuk salah sebuah universiti di negara kita sekarat jalan dan kena tendang. Dia masuk pula ITM, pun kena tendang. Dia ambil kursus lain pula tapi sekerat jalan.

Akhirnya dia berhenti belajar dan mula berniaga apa saja yang dia boleh. Dia bermula dari bawah, dengan berbagai kerja kasar dalam mencari rezki untuk menyara kehidupannya.

Ternyata universiti jalanan yang penuh dengan ranjau dan duri jauh lebih baik untuknya. Dengan pengalaman itulah dia kini tinggal dirumah melebihi RM 2 juta dan ada semua harta benda yang kebanyakan orang ada Phd pun tak mampu memilikinya.

Dia ada Yatch, dia ada Ferrari, dan perniagaan yang bernilai ratusan juta ringgit. Semua itu diusahakan tanpa memerlukan segulung ijazah atau apa-apa kelulusan dari mana-mana universiti.

Cerita #3

Seorang lagi kawan baik saya tamat SPM dan terus berniaga. Bermacam-macam jenis perniagaan dilakukannya dan dia juga merupakan graduan daripada universiti jalanan.

Bayangkan pemuda yang hanya da SPM sekarang menjadi taukeh beberapa Hospital swasta. Doktor yang menghabiskan masa 7 tahun untuk menjadi seorang Doktor kini bekerja di bawahnya dengan diberikan gaji yang lumayan.

Dia kita membiayai pula para pelajar untuk menjadi doktor untuk menjadi doktor di hospital-hospital yang dia miliki. Semua itu dilakukan tanpa apa-apa kelulusan dari mana-mana pusat pengajian tinggi.

Cerita #4

Seorang lagi kawan baik saya juga berjaya tanpa kelulusan. Malah dia SPM pun tak ambil. Selepas berhenti belajar bermacam-macam kerja dilakukannya. Jadi budak angkat set golf sampailah jadi drebar van kilang.

Universiti jalanan juga telah membuatkan dia berjaya. Dia kini mempunyai puluhan bas dan van kilang termasuklah bangunan asrama yang menjadi kediaman ratusan para pekerja kilang yang dibekalkannya pada kilang-kilang multinasional di sebelah utara.

Berjaya tanpa kelulusan perkara biasa

Saya yakin anda juga boleh cari dan jumpa lebih ramai lagi kawan atau kenalan yang tak punya apa-apa kelulusan tinggi samada daripada universiti atau kolej.

Mereka hanya belajar di universiti jalanan dan menemui matlamat atau hala tuju. Bila sedar sahaja apa yang mereka mahu, segala tenaga dikerah ke arah untuk menjayakan apa yang mereka mahu, dan kebiasannya mereka berada di atas.

Ramai orang yang tak ada apa-apa kelulusan sebegitu menjadi majikan kepada para graduan samada peringkat ijazah mahupun peringkat master. Malah orang yang ada PhD juga turut bekerja di bawah mereka.

Apakah anda masih rasa untuk berjaya perlu ada kelulusan?, jika anda tak ada apa-apa kelulusan, jangan risau, berusahalah dan belajarlah dari universiti jalanan.

Samada dalam kerjaya makan gaji maupun dalam keusahawanan, anda boleh saja berjaya. Insyallah! berjaya tanpa kelulusan adalah satu perkara biasa.

Total
19
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. sya terpaksa tolak semua tawaran utk menymbung pelajaran sbab sakit yg teruk,sekiranya sya sdh sembuh..tak tahu nak buat apa

  2. Saya dah fedup blaja tapi mak bapak suruh tahan lagi 2 tahun kalau xder spm nk sambung or buat ape sampai berjaya

  3. Saya lepasan SPM 2014 . Saya seorang yang belajar di IPTS hanya sekerat jalan kerana masalah kewangan yang dihadapi . Kini saya buntu kerana tidak tahu apa yang ingin dilakukan . Mohon bantuan .

  4. CERITA 2 mcm aku sendiri, skg aku da buka company sendiri buat kerja2 civil, dan bagi benefits untuk sesiapa sahaja yg jadi client aku dan dapatkan job untuk aku…yg penting skills, faham cara org kerja faham erti susah, respect semua orang, senyum selalu,..jgn pandang rendah terhadap org xde kelulusan tu just kertas untuk org pndg tinggi yg penuh hutang membebankan, buatkan kita hidup x happy, ada je x cukup…even skg aku still lagi setup company aku untuk buka pejabat sendiri, aku tetap pulun habis kan tenaga, waktu(even cuti) untuk senang untuk anak cucu…usaha penting…GOODLUCK and DON’T GIVE UP dgn apa yg anda usaha kan, cukup masa anda senang… so sesiapa yg nk buat rumah,renovate, and kerja2 berkaitan civil boleh contact aku, yg dapatkan job boleh dpt benefits dari aku sendiri Emertallica: 0127027831…

  5. Sy seorang lepasan SPM sy ingin berjaya dalam hidup dan saya harap dapat berjumpa dengan seseorang yg boleh megajar saya….menjadi guru saya untuk berjaya……sy ingin membuat satu perniagaan tetapi sy xdw ilmu dan kemahiran….kerja pn sekarang susah dapat….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge