Ini adalah sambungan daripada entri yang sebelum ini bagaimana tulis iklan yang berkesan kat sini.

Cerita bagaimana seorang perempuan jelita telah membuat sedikit penambahan pada kertas keras si buta yang sedang minta sedekah itu boleh dikembangkan juga pada perkara lain dalam kehidupan kita.

Apa yang nak dikongsikan di sini adalah bagaimana ayat yang berbeza dengan maksud yang sama dapat mengubah situasi dan mampu menggerakkan orang yang kita sasarkan berbuat sesuatu.

Samalah jika kita bercakap ataupun tulis iklan pada surat khabar atau dalam blog.

Berbalik pada cerita semalam, sebenarnya cerita itu benar-benar berlaku pada satu masa yang lalu disekitar pertengahan abad ke 20. Ia merupakan hasil usaha seorang eksekutif pengiklanan yang bernama Rosser Reeves.

Cerita sebenar tulis iklan

Rosser Reeves merupakan pelopor kepada ayat “Unique Selling Proposition” atau USP yang sering disebut-sebut oleh pembimbing usahawan atau pakar pemasaran. Banyak perkara hebat diketengahkan oleh Rosser Reeves ini di Amerika, tapi kita hanya fokus pada peristiwa tulis iklan ini sahaja di sini.

Cerita sebenarnya secara terperinci mungkin boleh dipertikaikan tetapi berikut adalah apa yang sering disampaikan oleh orang ramai sejak dulu berkenaan Rosser Reeves ini.

Pada satu tengahari Reeves bersama dengan seorang rakan sekerjanya keluar untuk makan tengahari di Central Park. Setelah makan, dalam perjalanan balik ke pejabat di Madison Avenue, mereka terserempak dengan seorang buta sedang duduk di taman sedang minta sedekah.

Si buta duduk di hadapan bekas dan di sampingnya ada sekeping kertas keras yang tertulis, “saya buta”. Macam cerita semalam juga, hanya terdapat beberapa keping siling sahaja dalam berkas yang diletakkan di hadapannya.

Reeves melihat betapa usaha si buta untuk menggerakkan orang ramai menghulurkan sedikit wang padanya gagal. Secara spontan Reeves berkata pada rakannya itu dia tahu kenapa usaha si buta gagal dan dia mampu mengubah situasi hanya dengan beberapa penambahan ayat.

Lalu kawannya yag tidak yakin pada kenyataan Reeves bertaruh untuk Reeves membuktikannya.

Reeves lalu memperkenalkan dirinya pada si buta bahawa dia tahu macam mana nak tulis iklan dan berhasrat untuk mengubah ayat yang ada pada kertas si buta itu bagi membantu peningkatan derma.

Si buta bersetuju, lalu Reeves mengeluarkan marker dan mula menulis sesuatu pada kertas kertas si buta dan meletakkannya semula pada tempatnya. Reeves dan rakannya berundur dan melihat perkembangan dari jauh.

Dalam masa sekejap saja situasi mula,berubah. Kelihatan orang yang lalu di depan si buta mula mencampakkan siling ke dalam berkas si buta. Orang yang lain juga mula berhenti dan kelihatan sedang berbual dengan si buta dan mengeluarkan wang kertas untuk diberikan pada si buta.

Sekejap saja bekas wang penuh dan melimpah dan si buta kelihatan begitu ceria sekali….apa yang Reeves buat?

Ya! bagaimana Reeves tulis iklan pada kertas keras si buta?

“Sekarang musim bunga, tapi saya buta  ! “

Itulah ayat yang Reeves tambah di depan perkataan “saya buta” tadi. Reeves menang pertaruhan dengan rakannya dan apa pula yang kita boleh belajar dari cerita tersebut?

Ini lampiran videonya untuk anda tonton:

Tulis iklan dengan jelas

Kalau kita nak tulis iklan, ianya mesti jelas dan boleh difahami dengan terang oleh pendengar atau pembacanya. Untuk membuat iklan atau ayat menjadi terang dan jelas, ayat mesti ada perbandingan yang ketara.

Orang barat menyatakan prinsip ini sebagai, “the contrast principles”.

Lumrah kita sebagai manusia tidak dapat fahami sesuatu dengan jelas apabila tidak ada perbandingan yang ketara. Sebagai contoh apabila kita berkata seseorang itu kaya, ia kurang jelas selagi tidak kita berikan perbandingan seperti kaya berbanding siapa?

Jika saya katakan saya kaya daripada Syed Mokhtar Al-Bukhari, anda akan terus kagum dan ingin berkawan dan rapat dengan saya. Ia menjadi cukup terang betapa kayanya saya berbanding jika saya hanya berkata saya kaya!. Nampak tak?

Dalam kes si buta tadi, orang yang membaca ayat mula, ‘saya buta’, tidak dapat menyelami kekurangan serta kesedihan peminta sedekah tersebut. Apabila ia menambah sekarang musim bunga atau dalam kes perempuan semalam dia menambah, ‘hari ini sangat indah, tetapi saya buta!”….

Semua orang yang celik dan mampu melihat betapa indahnya musim bunga dengan mata mereka terasa bersimpati apabila peminta sedekah itu tidak mampu menikmati keindahan yang mereka samua sedang kecapi. Ia hanya boleh difahami apabila semua orang mampu membandigkan diri mereka dengan si buta.

Rumusannya di sini, jika anda mahu tulis iklan, mahu cakap sesuatu atau mahu menulis sesuatu dalam blog untuk membuatkan orang yang membacanya bertindak, pastikannya ia jelas dan boleh dihayati serta difahami.

Pastikan anda masukkan unsur-unsur perbandingan di dalam ayat anda agar semuanya jelas nyata dan perbandingan mesti amat ketara!.

Begitulah ceritanya untuk sama-sama kita amalkan dalam penulisan atau percakapan pada anak-anak, pekerja atau sesiap saja agar mereka faham dan mula bertindak. Tips ini tidak sempat diterangkan oleh Taukeh Pasaraya Mydin, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin pada hari sabtu lepas mungkin atas kesuntukan masa.

Tetapi kalau kita perhatikan dengan jelas, Taukeh Pasaraya Mydin berjaya memberikan mesej yang jelas bahawa Pasaraya Mydin menawarkan harga yang murah dengan memberikan bandingan, murah berbanding Giant, Tesco, Aeon Big dan lain-lain….

Dan semua orang angguk faham betapa murahnya Mydin…..

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

29 comments

  1. I still remember, ada kawan dulu bahagian marketing pernah cakap… Penulisan iklan nie bukan somthing yang main taram – ada cara menulis. Kadang2 ada syarikat sanggup upah orang tertentu untuk mendapatkan ayat pengiklanan yang tepat dan betul.
    Izzuddin Fauzi recently posted…Resepi Burger BakarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge