Rahsia menulis

Dalam kehidupan seharian, kita tentu pernah terlibat dalam aktiviti tulis iklan. Tujuan iklan adalah untuk menyampaikan maklumat atau penerangan dengan matlamat mengajak orang yang membacanya tersentuh dan melakukan sesuatu.

Mungkin kita anggap tulis iklan hanya khas untuk orang yang menjalankan perniagaan sahaja. Sebenarnya kita semua terlibat dalam aktiviti yang sama seperti tulis iklan ini dalam kebanyakan urusan kehidupan kita.

Jika kita tak tulis iklan, kita akan melaung atau bercakap kepada golongan sasaran kita. Ini sama sahaja dengan tulis iklan tetapi dilakukan dengan suara kita.

Kita biasa melaung pada anak-anak untuk mengajak mereka berbuat sesuatu atau untuk menyuruh atau melarang mereka. Kita juga mungkin melaung pada kawan-kawan di tempat kerja memberi tahu sesuatu agar mereka bertindak.

Di atas padang kita sering melihat pemain melaung pada rakan-rakannya. Kita juga lihat jurulatih melaung pada anak-anak buah yang dilatihnya. Ini semua aktiviti seperti tulis iklan atau lebih tepat lagi aktiviti komunikasi menyampaikan sesuatu untuk membuatkan orang lain bertindak atau begerak.

Dalam dunia komunikasi media sosial yang meluas sekarang, penulisan cukup penting. Kita perlu tulis iklan untuk meyakinkan orang atau menggerakkan orang agar melakukan apa yang kita cadangkan.

Perkongsian tulis iklan daripada Taukeh Mydin

Ketika menyampaikan ceramahnya pada hari sabtu lepas dalam Konvensyen Usahawan Muslim, Taukeh Mydin ada memaparkan satu video untuk tontonan para peserta seminar.

Bagi mereka yang hadir tentu ingat kisah seorang buta yang sedang meminta sedekah di satu kawasan lalu lalang. Bagi yang tak hadir saya ceritakan dengan ringkas di bawah:

Saya buta!

Seorang yang buta sedang meminta sedekah di tepi jalan. Di depan peminta sedekah itu diletakkan sekeping nota yang ditulis di atas sekeping kertas keras yang berbunyi, “Saya buta!”.

Si buta itu duduk dalam beberapa lama ditempatnya dan hanya sedikit sahaja orang yang lalu lalang disitu yang mencampakkan wang dalam bekas tin yang diletakkan di depannya. Boleh kelihatan hanya beberapa keping wang siling sahaja di dalam tin tersebut.

Kemudian lalu seorang wanita bergaya dengan spek mata hitam melintas di depan si buta. Perempuan itu terus berjalan tanpa berhenti. Tiba-tiba si jelita itu berpatah balik dan mengambil kepingan kertas keras yang tertulis ‘saya buta” itu lalu menconteng sesuatu dan meletakkannya semula.

Ketika perempuan itu menconteng pada kertas tersebut, sibuta meraba kasut perempuan itu untuk merasakan bagaimana kasutnya. Setelah meletakkan semula kertas tadi pada tempatnya, dia terus berlalu.

Tidak lama kemudian selepas itu, orang ramai yang lalu lalang mula menderma pada sibuta tanpa henti. Setiap yang lalu yang terbaca perkataan yang ditulis oleh perempaun itu akan menghulurkan derma sehingga penuh melimpah bekas ting sibuta. Ada wang siling dan ada juga wang kertas.

Selang beberapa lama si jelita yang telah menconteng tadi pulang dari urusannya dan lalu sekali lagi di depan sibuta. Perempuan itu berdiri di depan sibuta dan tersenyum melihat bagaimana contengannya berjaya membuatkan bekas tin sibuta penuh melimpah.

Ketika berdiri, sibuta meraba kasut perempuan tadi dan dia kenal bahawa itulah kasut orang yang telah membuat sesuatu pada kertas keras di mana dia menulis “Saya buta”.

“Apa yang anda telah tulis pada kertas saya?”, tanya si buta pada perempuan itu…..

Tahukah anda apakah jawapan yang diberikan oleh perempuan itu pada si buta. Agaknya apakah yang telah diconteng oleh perempuan tersebut?.

“Sama sahaja tetapi dengan sedikit penambahan”, jawab perempuan itu tersenyum dan berlalu….

Saya biarkan anda berfikir sendiri untuk mencari jawapan apa yang telah ditulis oleh perempuan tadi. Berikan idea anda bagaimana perempuan tadi tulis iklan pada ruang komen di bawah.

Insyallah saya akan sambung esok untuk ketahui jawapannya apakah yang perempuan itu tulis dan kenapa ayat yang ditambah itu berkesan….ya ! apakah yang perempuan itu tambah…jeng jeng jengggg

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

21 comments

  1. Tolong hulurkan sedikit duit dalam bekas tin saya ini. Tolong lah. Semoga tuhan saja dapat membalas.

    1. saya buta dan tidak dapat melihat tapi anda dapat melihat semua keindahan Tuhan oleh itu bantulah saya yang tidak dapat melihat untuk mensyukuri nikmat Tuhan seperti anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge