Bagaimana usaha kejar kesenangan berakhir dengan kesusahan

By | 29/05/2017

tak henti kejar kesenanganSikap untuk sentiasa berusaha kejar kesenangan adalah satu sikap yang semua manusia kongsikan sejak dulu sampai sekarang.

Kenapa anda luangkan masa, curahkan segala tenaga dan laburkan segala sumber yang anda miliki sekarang ?

Tak lain dan tak bukan demi untuk kejar kesenangan keesokkan harinya.

Tak ada orang yang tak mahukan kesenangan. Lagi cepat dia senang, lagi bagus. Kalau ada orang yang tak mahu senang kemudian hari, tentu ada sedikit masalah dalam pemikirannya.

Sejarah kejar kesenangan sejak 70,000 tahun dulu

Bab kejar kesenangan ini yang nak saya tulis kali ini.

Sempena bulan puasa ini, lebih elok kita bercakap pasal kehidupan. Merenung perjalanan hidup kita selama ini, moga-moga ia boleh memberikan sumber ilham untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Tipu daya dunia dalam kejar kesenangan ini bermula sejak 70,000 tahun dahulu.

Itu merupakan titik mula peralihan manusia dari hidup dengan cara memburu, bertukar menjalani kehidupan secara bertani.

Mungkin ramai yang tak pernah terfikir bahawa cara hidup dengan bertani ini adalah sesuatu yang baru kepada manusia.

Sebelum ini tak wujud ladang, kebun atau lain-lain seumpamanya. Malah binatang ternak juga tidak wujud di muka bumi ini sebagaimana yang anda semua lihat sekarang.

Nenek moyang kita zaman dahulu hidup secara aman damai. Mereka tak perlu buat kerja untuk cari makan. Bila lapar mereka hanya perlu pergi cari makan kat dalam hutan yang mewah dengan berbagai sumber makanan.

Tak timbul juga makanan ruji ketika zaman itu.

Nenek moyang kita tak ada makanan tetappun. Diet mereka adalah berbagai. Mungkin dalam tempoh sebulan, mereka akan makan menu atau jenis makanan yang berbeza setiap hari. Langsung tak sama macam kita yang makan nasi dan ayam sebagai menu tetap.

Dalam hutan atau lebih tepat ketika itu kita boleh panggil taman, ada beribu-ribu spesis tumbuh-tumbuhan, dan beratus-ratus jenis haiwan yang boleh dijadikan makanan.

Zaman manusia paling kaya

Ada pendapat yang mengatakan zaman itu merupakan zaman di mana manusia berada dalam keadaan paling kaya dan senang lenang.

Semua keperluan manusia terbentang luas di sekeliling mereka. Tak perlu pergi kerja seumur hidup, tetap ada makan dan minum dan hidup bahagia bersama alam.

Zaman itu juga tak wujud satu tempat yang dipanggil sebagai rumah atau tempat kediaman.

Tak ada juga sempadan kampung, negeri atau negara. Semua yang ada depan mata, milik semua orang. Tak ada orang nak berebutpun ketika itu.

Nak apa pun ambil saja kat dalam taman sekeliling tu. Tak payah bayar cukai, tak payah, simpan duit nak beli rumah. Tak payah beli insuran, tak payah bayar bil dan semuanya memang tak payah ler !!!.

Siapa sebenarnya yang dapat idea untuk buat ladang besar-besaran ?

Siapa pulak yang mula menternak dan reka cipta perkampungan dan penempatan ?

Jika nenek moyang kita dulu hidup senang lenang tak perlu kerja membanting tulang, kenapa mereka cari pasal terpaksa duduk di ladang di tengah panas terik untuk tanam dan jaga ladang.

Kenapa pulak nak kena beri makan pada binatang ternak, kenapa nak kena angkat air siram pokok dan sebagainya… ?

Ringkasnya, kenapa nak cari jalan kehidupan yang susah dan tinggalkan jalan kehidupan yang senang lenang ? apa pasal tak cerdik sangat macam tu ?

Tentu orang yang buat cadangan untuk adakan ladang dan binatang ternakan tu tak berapa cerdik kan ?

Dan lagi tidak cerdik semua manusia lain yang pergi terima idea dia dan mula hidup merana sampai sekarang.

Tipu daya dunia kejar kesenangan

Berdasarkan kajian, jawapan paling tepat kenapa manusia mula berladang adalah kerana mereka telah terperangkap dengan bahan makanan yang mereka ambil untuk makan.

Ya ! bukan idea genius manusia yang berjaya kuasai tanaman gandum, barli, beras atau lain-lain. Tapi tanaman itulah yang lebih bijak dan berjaya membodohkan manusia.

Kita ambil contoh pokok gandum kat sini.

Manusia sebenarnya telah ditipu oleh pokok gandum itu sendiri dan akhirnya terperangkap secara perlahan-lahan menjadi hamba kepada aktiviti penanaman dan penjagaan pokok gandum.

Tak ada orang yang reka buat ladang. Dan tak ada sesiapa yang berikan idea bela binatang ternakan untuk dijadikan makanan.

Semua berlaku perlahan-lahan dalam tempoh ribuan tahun.

Nenek moang kita bila sampai satu tempat yang ada gandum, mereka akan bertapak kat kawasan itu sebentar sementara menghabiskan bekalan gandum yang ada kat kawasan itu. Mereka kutip pokok gandum, bawa ke tapak sementara dan proses bijirinnya.

Sumber makanan yang ada dapat membekalkan kepada mereka selama beberapa hari. Bila semua dah habis, mereka akan pergi ke kawasan lain pulak.

Kesan dari aktiviti proses gandum tersebut, bijirin gandum akan bertaburan di sekitar kawasan pengambilannya dan sepanjang jalan yang mereka lalui. Bila mereka tinggalkatn tempat tersebut, pokok gandung akan tumbuh semula dalam kuantiti yang lebih banyak daripada asalnya.

Lama kemudian mereka datang lagi ke tempat tersebut dan kali ini mereka akan duduk lebih lama daripada sebelum ini. Sebab makanan gandum kat situ jauh lebih banyak. Dan begitulah perkembangannya dari beberapa hari, jadi beberapa minggu dan kemudian beberapa bulan.

Akhirnya mula berkembang menjadi penempatan dan tak perlu berpindah randah lagi. Dan jadilah perkampungan dan mula jadikan gandum sebagai makanan ruji mereka.

Bila duduk setempat, manusia lebih mudah untuk melahir dan membesarkan anak-anak. Populasi mula menjadi lebih besar. Idea untuk menambahkan hasil timbul, dengan niat supaya hasil bertambah banyak melebihi keperluan dan lepas ni boleh duduk senang.

Manusia pertingkatkan lagi hasil tanaman supaya lebih banyak dengan niat untuk kesenangan masa depan. Dan jumlah manusia turut meningkat bila hasil makanan terus bertambah. Sedar-sedar mereka mula berkejaran tidak berkesudahan.

Semua berlaku secara perlahan-lahan membuatkan tidak ada sesiapapun yang sedar bahawa pokok gandum telah berjaya memerangkap manusia supaya kerja lebih teruk berbanding datuk nenek mereka dahulu.

Masih kejar kesenangan sampai sekarang

Perkembangan kehidupan manusia menjadi begitu pesat macam tak boleh nak berhenti sejak manusia diperangkap oleh tumbuhan ruji mereka seperti gandum, barli, beras dan lain-lain seumpamanya.

Perkembangan itu masih berlaku sehinga sekarang dalam kelajuan yang jauh lebih pesat.

Dan kita masih kejar kesenangan tak boleh nak berhenti.

Zaman sekarang kita disuruh belajar bagus dan dapat keputusan yang baik dan masuk universiti. Bila kerja nanti gaji besar dan boleh pencen awal tak perlu kerja lagi. Dan kitapun ikut.

Bila dapat gaji besar, kita tambah sikit tanpa disedari, komitmen hidup yang memerlukan duit yang lebih banyak. Dan sedar-sedar terpaksa kerja sampai tua dan keperluan terhadap duit masih tak berkesudahan.

Orang yang berniaga pula, kerja kuat pulu cari duit banyak-banyak dengan harapan bila dah cukup banyak nanti, tak perlu kerja kuat lagi. Boleh relaks dan nikmati kehidupan. Boleh duduk kat dalam masjid, beramal ibadah dan sebagainya.

Tapi bila dapat RM1 juta, komitmen juga ditambah. Duit perlu tambah lagi menjadi RM2 juta supaya mencukupi.

Begitulah seterusnya komitmen bertambah dan kita perlu tambah lagi dan lagi sampai akhirnya nazak terkangkang atas katil baru nak berhenti.

Bila nak berhenti ?

Persoalannya bila dan bagaimana kita boleh keluar dari aktiviti kejar mengejar kesenangan ini dan seterusnya berjaya lepaskan diri dari perangkap dunia ?

Bagaimana nak lepaskan diri dari tipu daya dunia ?

Ada jawapan tak ?

Boleh cuba kongsikan kat bawah di ruang komen.

sumber rujukan: Sapiens – A brief history of humankind
Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

22 thoughts on “Bagaimana usaha kejar kesenangan berakhir dengan kesusahan

  1. wan

    harap diakhir zaman kembali spt kehidupan nenek moyang kita dulu…tanpa wang fiat

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Ada orang dah usahakan konsep kehidupan komuniti yang tak perlukan duit untuk jalani kehidupan kat Amerika sana..

      Reply
  2. aizat

    mungkin boleh dikaitkan dengan sistem barter, permulaan ekonomi tamadun manusia bermula. bermula dari 2 komoditi sahaja ternakan dan tanaman. terus merebak ke lain2 komoditi, dan lain2 perkhidmatan, lain2 inovasi, kemudian infrastruktur, perbankan dan seterusnya pelbagai bidang cadang yang kita lihat hari ini. manusia tidak pernah puas.

    Reply
  3. kin aziz

    Ada orang bijak pandai pernah menasihatkan saya…..’Bekerjalah sambil berdakwah’. Sejujurnya, saya tidak faham pada mulanya. Sambil bekerja, ceramah orang2 disekeliling kita ke apa? Tetapi apabila terbaca artikel ini, saya seakan terjumpa makna disebalik nasihat cepumas ini. Bekerja teruk bagaimana sekalipun tidak ada barakahnya, jika solat ditinggalkan, mengumpat & mengata orang, tidak hirau halal & haram dan macam2 lagi perkara kita buat yang boleh merosakkan punca rezeki kita sendiri. Akibatnya kita bekerja kuat sehingga tiada hala tuju. Walaupun sudah kaya, kita masih rasa miskin, kerana banyak hutang yang perlu dilangsaikan tambahan kos kehidupan harian yang makin meninggi sekarang. Rasanya En. Subhi lebih memahami situasi ini. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Kehidupan memang mencabar sekarang ini. Lebih maju lebih mencabar. Tapi lebih mundur ke pendalaman lebih mudah hidup, asalkan orang bandar tak masuk campur ke pendalaman..

      Reply
  4. abduh

    Kita boleh keluar bila kita sentiasa hidup diparas kemiskinan, tapi mempunyai pasif income jutaan ringgit.

    Reply
  5. Izham

    Pemikiran di luar kotak… Tahniah Tuan. Dapat juga ilmu tentang sejarah perkembangan tamadun manusia. Lumrah manusia dijadikan tak pernah puas, melainkan orang yang bersyukur.

    Reply
  6. rehanney

    Bagaimana ye?setuju dengan artikel ni. Jika en subhi ada jawapannya sila la share,saya betul2 nk tahu. Bagaimana untuk kita tidak terperangkap dalam situasi yang macam tiada kesudahan.seharusnya mesti ad guideline tertentu dalam term hidup ringkas. 🙂

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Terima kasih Rehanney !, yang paling penting kita mesti sentiasa peka berfikir secara kritis dan tidak menjadikan budaya ikut ikutan membuta tuli sebagai pegangan diri.

      Reply
  7. Ismail

    Salam,
    Pada pendapat saya,kalau kita kejar dunia semata-mata,sampai bila-bila tak akan tercapai. Untuk lepaskan diri dari tipu daya dunia, mungkin perlu diterapkan,hidup ini bukan tentang diri sendiri sahaja, mungkin dalam perjalanan kita mengejar kesenangan, kita dapat bantu senangkan orang lain dengan cara sediakan peluang pekerjaan, menyumbang biasiswa kepada anak-anak yang tidak mampu dari segi ekonomi tetapi cemerlang dari segi akademik, perjuangkan ekonomi supaya negara tidak bergantung kepada hasil import..dan sebagainya.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Perlu di terang dan diperincikan apa maknanya kejar akhirat. Tiada dunia maka tiadalah akhirat. Jika ditinggalkan dunia, maka bagaimana akan beroleh kebaikan di akhirat ?

      Reply
  8. Roslan Abd Rahman

    Mereka akan berhenti bila jantung dan nadi diberhentikan. Seungguhnya manusia tak pernah puas, dari makan gaji ia akan berkerja sendiri, bila dah ada satu ditambahnya dua, tiga…cuma nak tambah orang rumah ia macam tak berapa nak menjadi..

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Aha ! ertinya orang perempuan ada jawapan bagaimana nak sekat orang lelaki dari terperangkap dengan aktiviti tambah menambah (jika tak perlu)… !

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge