Artikel kali ini agak melencong sikit daripada biasa.

Sengaja saya buat begitu sebab nak ubah angin. Untuk kembalikan semula semangat nak menulis di blog ini yang semakin lama semakin panjang tempoh jaraknya antara dua artikel.

Saya nak tulis pasal kriteria yang orang muda sekarang lihat dalam membuat pilihan menentukan pasangan hidup mereka.

Kena tolak lamaran sebab terlalu baik

Masa saya muda dulu, ketika masih belajar di pusat pengajian tinggi di Selangor, saya ada jatuh hati pada seorang pelajar perempuan yang sangat manis di mata saya.

Manis sebab saya lihat ada ciri-ciri seorang gadis kampung yang bersopan ada pada dirinya.

Oleh sebab saya orang kampung, maka sudah tentu rujukan serta perbandingan yang saya lihat pada seseorang wanita adalah ciri-ciri orang kampung juga. Pelajar yang saya suka itu ada sifat pemalu dan punyai ciri-ciri keibuan yang menawan.

Diringkaskan cerita, dalam satu kesempatan, saya kuatkan semangat untuk berterus terang pada pelajar itu. Saya ikut petua seorang kawan yang rapat dengan saya. Dia kata, biar gagal setelah mencuba. Itu lebih baik dari menyesal tidak mencuba.

Petua atau pegangan kawan saya itu betul-betul masuk dalam akal saya sampai mendorong untuk budak kampung macam saya beranikan diri.

Apa hasilnya setelah saya berterus terang?

Pertama sekali, sudah tentu dia terkejut besar. Keduanya, ini agak seronok sikit, dia juga sangat selesa dan suka dengan saya sebagai seorang yang dia kenal. Dia kata saya dilihatnya sebagai seorang pemuda yang sangat baik.

Dan ketiganya, ini membuatkan hati saya jadi remuk!. Dia tak boleh terima saya untuk serius berkawan sebab saya terlalu baik buat dia!.

Apa yang dia maksudkan dengan berkata saya terlalu baik itu saya lansung tak faham. Malah saya jadi keliru. Bukankah sifat baik itu bagus. Kenapa pulak dia tolak lamaran saya dengan alasan saya ni baik.

Jadi saya tak bertanya lebih lanjut lagi. Saya angguk saja dan terima yang saya gagal. Biarlah frust gagal daripada frust tidak mencuba. Maka saya teruskan kehidupan seperti biasa dan berusaha gigih untuk lupakan saja perasaan mabuk jatuh hati padanya.

Orang muda sekarang pilih pasangan baik hati

Saya teringat kisah hidup saya masa zaman muda dulu tu bila terbaca laporan berkenaan kajian tentang memilih pasangan orang muda zaman sekarang.

Kajian tersebut dibuat oleh sebuah Universiti di UK. Nak tahu lebih lanjut, ada di paparkan kat sini.

Mereka jalankan kajian terhadap 2,700 pelajar dari Timur ( Malaysia, Singapura dan Hong Kong) dan Barat (UK, Norway, Australia)

Yang menjadi pilihan paling penting, samada pada pelajar Timut atau Barat, adalah “Baik Hati”.

Samada lelaki atau wanita, itu pilihan paling penting yang perlu ada pada pasangan yang mahu jadi teman hidup mereka.

Bila tengok itu sata terus teringat kisah muda saya dulu. Kalau sekarang, saya masih muda, belajar di pusat pengajian tinggi, sudah tentu saya akan jadi antara pasangan pilihan ! mungkin la!.

Kriteria – Lelaki / Wanita

Baik hati – 25% / 24%

Daya tarikan fizikal – 23% / 17%

Prospek kedudukan kewangan  – 12% 18%

Kelakar – 15% / 14%

Mahu anak – 7% / 9%

Kreatif – 8% / 6%

Keagamaan – 5% / 7%

Dara (Teruna) – 6% / 5%

Kriteria kedua dan ke-3 penting memang dah boleh dijangkakan. Ianya adalah daya tarikan fizikal dan kedudukan kewangan. Orang lelaki lebih cenderung untuk melihat daya tarikan fizikal manakala orang perempuan cenderung untuk lihat kedudukan kewangan.

Agak menarik untuk lihat keagamaan dan kesucian tidak menjadi kriteria yang utama dalam membuat pilihan pasangan orang muda sekarang. Mungkin kajian ini dilakukan terhadap pelajar yang terdedah kepada kehidupan bandar di luar negara.

Kalau kajian di lakukan terhadap orang Melayu di negara kita, keagamaan dan kesucian (dara atau teruna) akan jadi kriteria utama. Malah sifat baik hati itu akan dikaitkan dengan rapat dengan sifat kuat agama seseorang.

Walau apapun, hanya anda orang muda yang sedang baca atikel ini saja yang dapat mengesahkan citarasa hati masing-masing.

Bagi saya, jika anda jumpa seorang yang baik hati, dia luahkan perasaannya pada anda. Jika anda ada juga tarikan padanya, elok pertimbangkan untuk terima. Tak rugi untuk bertemankan hidup dengan pasangan yang baik hati.

Sekadar renungan untuk anak-anak muda. Juga untuk perhatian para ibu dan bapa yang ada anak-anak muda.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

  1. baik hati tetapi tidak serasi tidak akan jalan juga..

    jodoh adalah pertemuan karakter yang ngam walaupun bukan jaminan mutlak..

    semuanya terpulang dan saya cukup suka dengan kisah kenangan lalu tuan..

    mungkin tuan tidak ada dalam taste perempuan tersebut maka penolakan adalah keuptusan yang terbaik sekali
    mrhanafi recently posted…Tips asas SEO Malaysia untuk NewbieMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge

%d bloggers like this: