bebaskan mindaBagaimana nak bebaskan minda orang melayu ?

Itu persoalan yang sering menjadi tajuk utama antara saya dan kawan-kawan lain. Itu juga tajuk hangat yang sering para pemimpin kita cuba huraikan.

Semenjak dua menjak ini saya banyak membincangkan perihal orang Melayu dengan kawan-kawan usahawan yang lain.

Bukan sebab kami pejuang bangsa, bukan sebab kami rasis atau punya semangat perkauman. Mungkin ianya timbul dari naluri semula jadi yang ada dalam diri manusia yang lebih cenderung untuk membantu mereka yang ada persamaan dengannya.

Melayu tolong Melayu, bangsa yang sama tolong bangsa yang sama dengannya, itu pilihan biasa yang berlaku secara semula jadi.

Nota:

  1. Bila saya sebut ‘semula jadi’, ertinya sebagaimana yang ditentukan Tuhan. Atau dalam perkataan lain ‘Sunnatullah’. Penting untuk dijelaskan kat sini takut nanti ada yang jenis oversensistif dengan perkataan, anggap saya free thinker atau Atheist pulak.
  2. Bila disebut Melayu dan Cina, biasanya orang akan mula anggap nak cerita pasal politik. Saya bukan nak cerita politik kat sini. Hakikatnya negara kita memang didiami oleh, paling ramai bangsa Melayu dan kedua ramai, Bangsa Cina. Jadi kenalah sebut juga nama dua bangsa tu.

Bebaskan minda dari apa ?

Mungkin ada yang bertanya apa masalahnya dengan minda orang Melayu ?

Nak bebaskan minda orang Melayu dari apa ?

Ada beberapa masalah yang saya sendiri kenal pasti. Bukan secara umum, tapi berdasarkan pemerhatian terhadap rakan-rakan yang dikenali selama ini. Juga dari pemerhatian terhadap masyarakat yang berada di sekeliling saya selama ini.

Dalam banyak-banyak masalah, ada dua yang paling ketara,

  • Beranggapan bahawa dibantu untuk maju adalah hak istimewa orang Melayu
  • Melayu mesti bersatu untuk lawan Cina

Itu dua masalah utama yang sering diulang sebut setiap kali jumpa dengan kawan-kawan Melayu yang ada semangat berjuang. Bagi kebanyakan pejuang Melayu (yang saya kenal) perjuangan mereka adalah untuk pertahankan hak istimewa mereka supaya senantiasa dibantu.

Pejuang yang sama juga biasanya akan ingatkan kawan-kawan Melayunya supaya bersatu.

Bersatu untuk apa ?

Bersatu untuk lawan musuh utama orang Melayu, iaitu orang Cina.

Samada anda bersetuju dengan saya atau tidak, tapi itulah yang sering terjadi. Saya dah jemu melihatnya sejak zaman kanak-kanak dulu, sehinggalah dah tua nak masuk umur 50 tahun sekarang ini, perkara sama diulang sebut.

Entah sampai bila kita nak anggap orang Cina sebagai musuh agaknya ? sedangkan mereka sama-sama mendiami negara ini dan menjadi warganegara yang sah sama macam kita.

Bayangkan kalau anda duduk dalam satu rumah bersama dengan orang yang anda anggap sebagai musuh !, apa akan jadi ?.

Tak perlu tunggu lama untuk melihat pihak polis datang mengusung mayat salah seorang daripada penghuni rumah itu, samada anda sendiri atau musuh anda.

Kalau tak mahu jadi begitu, samada salah seorangnya keluar berpindah ke rumah lain, atau berdamai dan buang perasaan permusuhan yang ada.

Bebaskan minda dengan menjadi usahawan tulin

Untuk bebaskan minda orang Melayu, cara paling mudah adalah dengan menggalakkan orang Melayu jadi usahawan tulin.

Sekadar jadi usahawan belum tentu minda orang Melayu akan dapat dibebaskan. Ramai usahawan yang amalkan konsep Alibaba. Itu bukan usahawan tulin.

Buka syarikat, dapatkan semua keperluan dokumen yang diperlukan, dapatkan semua lesen anugerah kerajaan, dapatkan kerja hasil hubungan kuat dengan ahli politik, kemudian berikan pada orang lain laksanakan projek dari A sampai Z. Itu bukan usahawan tulin.

Ramai juga yang jadi usahawan dalam keadaan tak habis-habis meruntun kerajaan supaya tolong itu dan ini. Minta wang modal tak payah bayar, minta permudah dapatkan hutang tanpa perlu sediakan apa-apa dokumen, minta itu, minta ini dan segala bagai lagi.

Kalau tak dapat kesemua yang diminta itu, jalan lain tidak akan diusahakan, itu juga bukan usahawan tulin.

Jadi usahawan tulin dan berusahalah segigih mungkin tanpa kenal putus asa sampai berjaya. Usahawan tulin faham bahawa bantuan kerajaan bukanlah hak istimewa yang dia wajib dapat. Tapi kalau dapat ia merupakan satu bonus, janganlah tolak pulak.

Bebaskan minda dengan menjauhi politik

Orang yang berniaga, dalam masa yang sama aktif berpolitik, tidak akan dapat membebaskan minda mereka.

Politik di negara kita lebih mirip kepada politik kebencian. Semua orang yang tidak sama dengan pandangan politiknya akan dianggap sebagai musuh.

Sebab itu kalau nak jadi usahawan yang lebih aman damai dan terbuka mindanya, elakkan aktif dalam politik kepartian.

Kalau boleh jauhkan terus dari perkara politik buat sementara waktu untuk neutralkan pemikiran melabelkan orang lain sebagai musuh. Tukarkan pemikiran sebagai seorang usahawan tulin yang melihat semua orang lain sebagai pelanggan.

Usahawan yang berjaya, melihat semua orang lain samada,

  • Sebagai pelanggan atau berpotensi menjadi pelanggan
  • Sebagai pembekal atau perpotensi menjadi pembekal
  • Sebagai rakan kerjasama atau berpotensi menjadi rakan kerjasama

Bagi usahawan yang ada pemikiran serong berpolitik, dia akan mula melihat hanya Melayu sebagai pelanggan, hanya Melayu sebagai pembekal. Sebaik saja dia lihat Cina, dia mula tukar persepsinya. Dia mula lihat Cina sebagai musuh yang perlu ditewaskan atau dihancurkan.

Jika anda jadi usahawan, siapa saja orang tak kira bangsa apa, agama apa, dia perlu dilihat sebagai prospek. Selagi tak boleh melihat sebegitu, ertinya masih ada pencemaran minda yang terkena racun politik negara kita.

Jadi usahawan dan bebaskan minda

Kalau anda rasa nak bebaskan minda dan keluar dari sikap duduk di bawah tempurung, berusahalah untuk jadi usahawan.

Nak jadi usahawan anda perlu banyak berkawan dengan para usahawan.

Nak jadi usahawan anda perlu rajin mencari dan menambah ilmu.

Nak jadi usahawan anda perlu buang sifat ego.

Nak jadi usahawan anda perlu bersedia untuk turun ke bawah dan merendah diri.

Nak jadi usahawan anda perlu bersedia terima hakikat bahawa 5 tahun itu amat pantas dan tidak lama.

Untuk jadi usahawan anda perlu salahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

Dan banyak lagi perkara lain yang perlu anda perbetulkan kalau nak jadi usahawan.

Sebab itu, cara paling mudah untuk bebaskan minda adalah dengan menjadi usahawan tulin. Saya dengan ini menjemput semua yang membaca blog ini untuk menjadi usahawan. Sama-samalah kita bebaskan minda sendiri terlebih dahulu sebelum nak bebaskan minda orang lain.

Total
26
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge