Man Looking At Sun Whilst Hiking At Red Rock ManSejak beberapa tahun kebelakangan ini, orang barat terutamanya Eropah dan Amerika, didapati telah mula berubah terhadap kecenderungan berbelanja mereka. (sumber gambar – stockpic)

Orang barat lbih cenderung untuk keluarkan duit beli pengalaman berbanding keluarkan duit untuk beli barang.

Sudah ramai orang yang mula menjauhkan diri daripada berbelanja dengan membeli dan menyimpan barang.

Jika dilihat pada tahun 1934 umpamanya, 80% daripada barangan yang dibelanjakan oleh orang ramai adalah terhadap barang-barang yang boleh disentuh seperti pakaian, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Tetapi sekarang, jumlah perbelanjaan yang disalurkan untuk mendapat kesemua itu hanya tinggal sekitar 30% sahaja. Satu jumlah yang amat besar sedangkan pendapatan orang ramai ketika zaman ini adalah jauh lebih besar berbanding orang dahulu.

Beli pengalaman berbanding beli barang

Kemanakah agaknya wang hasil daripada pendapatan orang ramai dibelanjakan sekarang, jika jumlah wang untuk beli barang berkurangan ?

Nampaknya banyak duit telah disalurkan kepada aktiviti yang berbentuk mendapatkan pengalaman. Orang ramai sekarang tak suka beli barang dan simpan sebaliknya mereka suka berbelanja untuk dapatkan pengalaman.

Banyak negara barat menyaksikan jumlah jualan barang seperti barangan pembinaan telah berkurangan.

Orang barat dah kurang beli barang seperti kertas, baju, kereta, perabut sejak tahun 2003 lagi. Kecenderungan beli barang dan simpan ini nampaknya semakin lama semakin menurun.

Permintaan terhadap perkara seperti hiburan, komunikasi dan juga pelancongan nampaknya semakin meningkat. Ini merupakan permintaan terhadap perkara yang tidak boleh disentuh yang dipanggil sebagai tawaran pengalaman.

Semua fakta di atas adalah daripada buku Stuffocation yang menarik untuk anda baca.

Kesan kurang beli barang dalam perniagaan

Sebagai orang yang menjalankan perniagaan apakah sikap anda sekarang?

Dengan maklumat yang kita dapat di atas nampaknya konsep perniagaan yang sedang dijalankan perlu mula disesuaikan semula berdasarkan trend terkini.

Ada kemungkinan di negara kita kemunculan jenerasi yang tak suka habiskan duit beli barang masih belum lagi ketara.

Kebanyakan penduduk di Asia berdasarkan maklumat kajian yang pernah saya baca masih lagi tegar dengan sikap materialistik mereka.

Di Malaysia juga sikap materialistik masih amat ketara sekali. Ramai yang suka tukar kereta sedangkan kereta yang ada masih elok dan sempurna untuk digunakan.

Masih ramai lagi juga orang yang akan tukar telefon bimbit baru sebaik saja model baru keluar sedangkan tak ada apa-apa masalah tentang telefon bimbit yang sedang dipakai.

Itu semua adalah pengaruh besar yang terhasil daripada keberkesanan iklan yang memujuk orang ramai menjadi makhluk yang suka berbelanja untuk mendapatkan material.

Walau bagaimanapun, saya nampak kecenderungan untuk kurang beli barang, sebaliknya beli pengalaman sudah mula bertapak di negara kita Malaysia.

Contoh ketara adalah pada diri saya sendiri. Saya lebih suka berbelanja untuk mendapatkan pengalaman berbanding berbelanja untuk mendapatkan barang.

Saya juga sejak dulu lebih suka beli barang berdasarkan kegunaan sebenarnya dan bukanlah berdasarkan status atau darjat yang dapat diberikan oleh barang tersebut.

Tawarkan pengalaman untuk pelanggan

Untuk mereka yang mahu rebut pasaran mereka yang sudah bosan dengan amalan materialistik, anda boleh mula tawarkan pengalaman berbanding pemilikan barang.

Sebagai contoh, anda boleh tawarkan pengalaman memandu Posche selama sebulan kepada orang yang ada duit tapi tak suka memiliki barang. Ia agak berbeza daripada konsep cuba menjual kereta Porche yang biasa di amalkan sekarang.

Untuk mereka yang dah ceburkan diri dalam industri yang menawarkan pengalaman sekarang, anda sebenarnya berada di landasan yang betul.

Saya yakin ianya merupakan hala tuju yang terbaik untuk sebuah perniagaan yang berdaya maju dalam zaman orang ramai tak suka beli barang sekarang.

Untuk mereka yang berkecimpung dalam industri pembuatan pula, anda perlu pertimbangkan barang yang sekali beli tahan sampai ke anak cucu.

Itulah jenis barang yang bakal mendapat tempat di kalanga masyarakat akan datang. Ia sebenarnya seperti berpatah balik ke zaman dahulu semula.

Zaman dulu, semua barang yang dibuat dan dijual mampu bertahan lama sampai berzaman-zaman. Sebab itu kita masih boleh lihat rumah pusaka tersergam gagah sampai sekarang. Sebab itu juga kita lihat perabut dahulu masih boleh dipakai sampai sekarang.

Zaman sedang berputar semula dengan ulangan cara lama nampaknya. Sikap suka beli barang dan simpan sampai bertimbun dalam rumah ternyata tidak mendatangkan kepuasan.

Jika anda pernah kaya dan ada duit banyak dan pernah beli macam-macam barang, anda tentu dah sedar bahawa memeliki banyak barang bukanlah membaca apa-apa kebahagiaan.

Jika anda masih belum pernah kaya, dan masih sedang terkejar-kejar dunia untuk mengumpul seanyak mungkin kekayaan, anda sepatutnya sedar dan belajar dari pengalaman mereka yang yang dah sampai ke situ.

Oleh itu, lebih baik bermula awal tanpa membuang masa. Lebih baik anda beli pengalaman daripada habiskan duit dengan beli barang.

Pergilah berjalan, melancong, seminar, berkhemah, dan lain-lain seumpamanya…

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Pendapat sy beli ilmu jual pengalaman ini yg terbaik.. kesimpulannya orang rajin akan kaya dunia akhirat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge