Ya! berapa juta anda mahu?

Banyak mana yang anda rasa cukup kalau saya bercadang nak berikan pada anda yang mahukan duit atau apa saja harta lain yang teringin?

Untuk anda yang giat berusaha sampai lua anak bini, sampai lupa masyarakat, sampai lupa kawan-kawan, sampai lupa rehat…. berapa juta yang anda mahu kumpul?

Berapa juta yang anda rasa dah mencukupi?

Sebelum jawab soalan berapa juta anda mahu, elok baca dulu cerita yang saya jumpa dalam buku yang tengah saya baca sekarang. Ceritanya begini…

Kisah raja dan peminta sedekah

Pada satu masa dahulu tersebut kisah seorang raja yang telah mendapat hidayah untuk melakukan kebaikan setelah sekiian lama bergelumang dengan nikmat dunia.

Dia telah berazam untuk membuat baik dengan menunaikan apa saja permintaan rakyat yang datang menemuinya atau yang dijumpainya di tengah jalan.

Pada satu pagi, ketika dia keluar dari istana, terserempaklah dia dengan seorang penggemis yang sedang berjalan meminta sedekah.

Lalu berkatalah raja itu kepada si penggemis,

“Mintalah apa saja yang engkau mahu dari aku sepaya engkau tidak lagi menggemis, nescaya akan aku tunaikan!” kata sang raja.

Penggemis memandang raja sambil tersenyum lalu berkata, ” Betulkah tuanku boleh berikan pada hamba, saya khuatir tuanku tak dapat tunaikan jumlah harta yang saya minta!”.

Raja rasa tercabar dengan sindiran penggemis itu lalu berkata, “Aku ini raja yang besar dan luas jajahan aku, mintalah berapa banyak kekayaan yang engkau mahu, akan aku berikan pada kamu”.

Berapa banyak sangatlah yang penggemis tahu menggunakan harta, mungkin itulah fikir sang raja. Banyak mana sekalipun raja itu berazam akan berikan sahaja pada si penggemis.

” Baiklah, tuan ku, tuanku masukkanlah berapa banyak harta yang tuanku ada ke dalam mangkuk ini sehingga penuh.”. Penggemis berkata sambil menunjukkan mangkuk bekas yang biasa di gunakannya setiap kali meminta sedekah.

Lalu raja sambil tersenyum mengeluarkan segala wang emas dan perak yang ada padanya lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam mangkuk.

Sebaik saja wang emas dan perak itu penuh, masuk ke dalam mangkuk, kesemuanya akan lesap dan hilang begitu saja. Puaslah raja mengeluarkan semua yang dia ada. Dimintanya pula kepada semua pengiringnya, dimasukkan ke dalam mangkuk, tapi semuanya akan hilang setiap kali penuh.

Lalu diperintahkan pegawai keluarkan hartanya dari istana dan dimasukkan ke dalam mangkuk, semuanya akan hilang. Akhirnya habis apa yang raja itu ada dan dia tidak berupaya lagi memberikan hartanya pada si penggemis.

Akhirnya raja tewas dan melutut pada si penggemis dan berkata, “Aku sudah tak mampu lagi memberikan apa-apapun pada kamu untuk penuhkan mangkuk ini, tolonglah nyatakan apakah rahsia magkuk yang engkau pegang ini, aku sudah tak tahan lagi!”.

Lalu kata penggemis sambil tersenyum, “Tiada apa-apa rahsia pada mangkuk ini, cuma ianya dibuat daripada bahan keinginan hati manusia….

Berapa juta pun tak akan pernah cukup

Begitulah lebih kurang ceritanya. Kalau namanya manusia, berapa banyakpn harta yang dikurniakan padanya sentiasa tak akan cukup, kalau ia sangka harta itu mampu membahagiakannya.

Namun begitu, jika harta yang kita mahu untuk dikumpulkan dan digunakan untuk membantu orang lain, insyaallah ianya sentiasa akan mencukupi.

Janganlah kita mempergunakan orang seramai mungkin untuk mengumpulkan kekayaan hanya untuk diri kita, sebaliknya gunakanlah kekayaan untuk membantu orang seramai yang mungkin.

Sekian al-kisah. Moga ada manfaatnya buat mereka yang mahu berfikir…

Total
3
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge