Betulkah peluang datang hanya sekali?

By | 24/12/2012

peluang datang sekali ?

Peluang datang hanya sekali !…

Itu antara ayat yang mula-mula saya dengar apabila mula mencari jalan untuk menjadi usahawan.

Ayat itu menimbulkan rasa risau. Takut-takut kalau peluang yang diperuntukkan pada diri sendiri telah berlalu tanpa disedari.

Tapi sekarang saya punya pendapat yang berbeza terhadap peluang yang mendatang.

Peluang datang senantiasa

Sebaik saja kita mula berniaga dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya, maka peluang demi peluang mula terbentang di depan mata.

Di sana-sini kelihatan peluang.

Hati mula rasa celaru takut yang dikejar tak dapat, yang dikendung pula berciciran.

Jika dipegang falsafah ‘peluang datang haya sekali’, maka perasaan akan berbelah bagi untuk membiarkan peluang tersebut terlepas begitu saja. Dilema….

Memandangkan saya bertekad untuk fokus hanya pada perniagaan yang baru saya mulakan dan tidak akan beralih arah selagi ianya tidak berjaya, maka saya biarkan saja kesemua peluang yang datang berlalu.

Sikap degil untuk memberikan tumpuan pada apa yang sedang dilakukan sehingga berjaya akhirnya membuahkan hasil.

Saya dapat apa yang saya rancangkan setelah beberapa tahun memberikan tumpuan penuh tanpa perdulikan pada apa saja peluang lain.

Setelah itu saya mula mencari kalau-kalau masih lagi ada peluang lain yang muncul.

Rupa-rupanya peluang sentiasa ada. Peluang sering lalu di depan mata di mana-mana saja kita berada.

Setiap hari ada saja peluang yang lalu.

Apa yang perlu kita buat adalah membuat keputusan samada mahu mengambil peluang yang sedang lalu itu atau tidak.

Bukan semua peluang yang ada perlu diambil.

Jika anda melambung bola, satu, dua kemudian tiga mungkin masih boleh dikendalikan.

Tetapi bila ditambah menjadi empat, lima dan seterusnya…kesemua bola akan jatuh ke bawah tidak dapat diselamatkan lagi.

Syarat untuk melihat banyak peluang

Satu-satunya cara untuk menjelmakan peluang hadir di depan mata adalah dengan ‘MENCARI’ peluang.

Bila kita mula berazam untuk mencari peluang maka secara tiba-tiba hijab yang menutup peluang selama ini terbuka satu demi satu.

Pernahkan anda teringin membeli kereta Honda Civic ?

Sejak itu, secara tiba-tiba anda berjumpa dengan Honda Civic di mana saja anda berada?

Bukannya sebelum ini kereta tersebut tidak ada, sebaliknya ada hijab yang melindungi minda anda.

Bila keputusan dibuat untuk mencarinya, maka hijab akan terungkai satu persatu dan anda mula melihat.

Oleh itu, jangan risau, peluang sentiasa ada di depan mata. Ia hanya menunggu anda buat keputusan untuk mencarinya sahaja, barulah hijab terbuka dan anda akan mampu melihatnya.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

5 thoughts on “Betulkah peluang datang hanya sekali?

  1. Asmawati Abdul Eid

    Itu keinginan material….sy pulak teringin Sgt mengandung,recently selalu nampk org ngandung…syukurlah sy baru sah ngandung…

    One more,sy nk resign mkn gaji gomen sbb keperluan membina keluarga yg telah lama terpinggir krn jarak jauh…maka,allah bg sy idea utk menulis…skrg sdg usahakn…semoga niat utk tercapai..

    Reply
  2. Asmawati Abdul Eid

    Itu keinginan material….sy pulak teringin Sgt mengandung,recently selalu nampk org ngandung…syukurlah sy baru sah ngandung…

    One more,sy nk resign mkn gaji gomen sbb keperluan membina keluarga yg telah lama terpinggir krn jarak jauh…maka,allah bg sy idea utk menulis…skrg sdg usahakn…semoga niat utk tercapai..

    Reply
  3. Asmawati Abdul Eid

    Itu keinginan material….sy pulak teringin Sgt mengandung,recently selalu nampk org ngandung…syukurlah sy baru sah ngandung…

    One more,sy nk resign mkn gaji gomen sbb keperluan membina keluarga yg telah lama terpinggir krn jarak jauh…maka,allah bg sy idea utk menulis…skrg sdg usahakn…semoga niat utk tercapai..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge