Betulkah kita sering berikir atau sebenarnya kita hanya sering meneka sahaja. Kita selalu terpaksa membuat keputusan untuk pergi ke depan. Keputusan biasanya berdasarkan maklumat yang kita lihat.

Bila ada maklumat, kita lhat cuba fahamkan dan akhirnya kita buat keputusan ataupun berikan jawapan. Itulah yang biasanya kita anggap sebagai aktiviti berfikir. Aktiviti yang menggunakan akal kita yang disangka bijak.

Ada 3 soalan menarik yang boleh kita cuba jawab untuk melihat kemampuan kita menggunakan otak dengan betul. Mari cuba baca dan jawab 3 soalan di bawah.

Soalan untuk anda berfikir atau meneka

Ini soalannya. Baca dan kiraan dengan pantas dengan menggunakan otaka anda untuk berfikir:

  1. Dalam sebuah kilang membuat pakaian, sebanyak 5 mesin digunakan untuk membuat 5 helai T-Shirt dalam masa 5 minit. Berapakah masa yang diperlukan untuk 100 buah mesin membuat 100 helai pakaian?
  2. Pokok teratai cepat membiak dan berkembang dengan kadar berganda apabila diletakkan di dalam sebuah kolam air. Untuk berkembang dan membiak memenuhi sebuah kolam, pokok teratai tersebut mengambil masa selama 48 hari. Berapa lamakah masa untuk pokok teratai tersebut ambil masa untuk memenuhi separuh kolam?
  3. Anda bergerak dengan memandu sebuah kereta dari Shah Alam ke KLCC. Untuk perjalanan pergi anda memandu selaju 100 km/sejam. Untuk perjalanan balik anda memandu selaju 50 km/sejam. Berapakah purata kelajuan kereta anda untuk kedua-dua perjalanan tersebut?

Cuba jawab sebelum anda teruskan pembacaan ini. Pastikan anda catit kalau anda jenis yang tak nampak dengan sekadar membaca. Kalau anda jenis bijak matematik dan tak pernah gagal dalam pengiraan, bolehlah cingak dan jawab terus.

Catitkan jawapan anda di atas kertas dan tunggu untuk jawapannya pada akhir artikel ini.

Beza antara berfikir dengan meneka

Berfkir sebenarnya memakan banyak tenaga. Sebab itu jika anda terpaksa berfikir dalam kadar masa yang lama, boleh membuatkan keselruhan badan menjadi letih.

Nasihat daripada pakar memang betul untuk kita sentiasa ambil berat pada aktiviti makan, berehat dan bersenam. Ini untuk menyegarkan tubuh badan agar kita sentiasa bertenaga untuk menggunakan otak.

Sebab itu jangan ambil remeh akan perkara rehat, makan dan bersenam ini. Ia bukan satu pilihan, sebaliknya merupakan satu kemstian kalau anda nak berjaya dalam kehidupan atau dalam perniagaan.

Untuk meneka, otak tak perlu menggunakan banyak tenaga. Ini kerana kita boleh meneka berdasarkan maklumat pattern atau dalam bahasa melayu kita panggil pola.

Kebanyakan daripada masa otak akan lebih mengutamakan maklumat daripada simpanan pola yang kita ada dari pengalaman lalu. Sebab itu kita melenting apabila ada pattern yang membuatkan hati kita panas.

Sebeb itu bila anak kecil kita menghalang pemandangan kita ketika Brazil menjaringkan gol kita tengking anak kecil yang tak tahu apa-apa. Sebabnya adalah kerana itu adalah pattern yang membuatkan kita naik darah jika dilakukan oleh orang dewasa. Kta lupa yang anak kita masih tak cekap menggunakan akal mereka.

Dalam perniagaan juga begitu. Kita banyak membuat keputusan berdasarkan pattern yang pernah kita alami. Bila terlalu bergantung pada pattern, kita lebih suka meneka daripada membuat kiraan.

Bila jadi begitu, tekaan kita biasanya salah sebab dan bila salah kita buat keputusan salah dan tindakan kita juga jadi salah dan perniagaan kita lingkup dan kita simpan satu lagi pattern bahawa kita memang ada darah tak boleh berniaga.

Adakah anda berfikir atau meneka

Berbalik pada jawapan 3 soalan di atas, kebiasaannya orang yang meneka akan menjawab begini:

  1. 100 minit
  2. 24 hari
  3. 75 km/sejam

Itu semua adalah jawapan kepada aktiviti eneka tanpa berfikir. Untuk berfikir anda perlu memaksa kerahan tenaga lebih jauh sedikit. Jika anda mengerah tenaga lebih jauh mendalam, tentu akan akan dapat jawapan sebenarnya.

Ketiga-tiga jawapan yang biasanya orang berikan di atas adalah salah. Jawapan sebenarnya adalah berbeza dan memerlukan kiraan yang berhati-hati. Jika anda berfikir anda tentu akan dapat jawapannya.

Jadi buat mereka yang berfikir, sila berikan jawapan yang betul pada ruang komen di bawah. Bantulah kawan-kawan anda yang hanya meneka…hehehe

Total
19
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Bukan ke jawapan no.1 ialah 1min? jawapan no.2 ialah 47hari dan no.3 x pasti.. sape dpt no.3 sila tolong terangkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge