jangan panikPerkara buruk akan berlaku apabila usahawan panik. Jadi, walau apapun yang berlaku, usahawan mesti kawal jiwa dan ambil langkah-langkah yang perlu untuk keluar dari belenggu panik.

Pagi tadi, ketika saya bersenam brisk walk kat taman perumahan, saya lihat Cina di salah sebuah rumah depan padang taman tersebut sedang bawa pemukul dan pahat.

Saya tengok dia menuju ke rumah jiran sebelah rumahnya. Lalu saya tanya apa yang dia nak buat dengan peralatan yang dipegangnya itu. Dia tunjukkan pada pintu rumah jirannya itu lalu berkata,

“Tak boleh buka pintu !”

Rumah sebelahnya itu didiami oleh beberapa orang anak gadis bujang. Setiap pagi mereka semua akan bergegas keluar seorang demi seorang untuk pergi kerja. Bila saya tengok pada pintu pagar rumah tersebut, kelihatan dua orang gadis sedang tersenyum pahit menunggu jiran Cina nya itu datang membantu.

Patutlah saya perasan terdengar bising bunyi pintu besi diketuk-ketuk sejak awal saya mula bersenam. Tapi disebabkan asyik sangat menghayati suasana pagi yang segar dan nyaman, saya abaikan saja bunyi ketukan bisjng tak berhenti tersebut.

Kesian pada gadis-gadis tersebut. Mereka kelihatan panik. Lengkap berpakain cantik untuk ke tempat kerja, pintu pulak tak boleh dibuka. Yang tersangkut adalah pintu grill dan bukannya pintu kayu utama rumah tersebut.

Saya teruskan aktiviti brisk walk dan tak turut sama membantu jiran berbangsa Cina itu. Tak payahlah nak sibukkan diri ramai-ramai memeriahkan suasana. Saya yakin Cina itu mampu selesaikan masalah sebab dia memang seperti seorang tukang.

Sambil berjalan saya terfikirkan berkenaan gadis-gadis tersebut yang terkurung disebabkan pintu grill. Kalaulah kecemasan seperti kebakaran berlaku, tentu lebih malang lagi. Sambil buat imaginasi, saya fikirkan alternatif lain untuk keluar rumah itu.

Tak lama kemudian, saya sampai semula ke tempat kejadian dan timbul idea untuk selesaikan masalah mereka. Saya keloi pada cina itu,

“Kenapa tak keluar ikut ‘sliding door’ sebelah pintu rumah tu ?” tanya saya.

Rumah itu rekabentuknya macam rumah saya juga. Ada pintu utama dan sebelah hujung kanannya pula ada sliding door yang luas. Mungkin disimpan untuk kegunaan kenduri kendara atau urusan yang memerlukan pintu lebih besar. Biasanya semua orang kat situ jarang menggunakan pintu sliding door tersebut.

“Mungkin tak boleh buka juga, kalau tidak tentu dia orang dah buka pintu sliding door tu !” jawab Cina itu pada saya.

“Elok tanya sama dia orang dulu, ada kunci atau tidak, mungkin dia orang panik dan lupa jalan keluar lain yang ada”, jawab saya sambil teruskan senaman.

Sambil berjalan, saya dengar Cina jiran itu bertanya pada anak-anak gadis tersebut. Tak lama kemudian saya dengar bunyi ketawa riuh dari pintu rumah anak gadis itu. Cina itupun kelihatan keluar semula balik ke rumahnya di sebelah sambil membawa peralatan yang dia bawa tadi.

Memang betul sangkaan saya ketika terfikirkan alternatif lain semasa sedang berjalan tadi. Mereka dalam keadaan panik dan semua berikan tumpuan hanya pada satu jalan sahaja untuk selesaikan masalah mereka yang mendesak nak segera keluar rumah ke tempat kerja.

Disebabkan panik, semua terlupa. Minda terus tertutup dari mencari jalan lain yang lebih mudah yang sebenarnya berada di depan mata.

Usahawan panik akan tenggelam

Cerita di atas adalah contoh paling mudah untuk memberikan gambaran keadaan yang berlaku jika seorang usahawan panik.

Bukan saja pada usahawan, malah pada sesiapa saja, dalam keadaan apa sekalipun. Suasana panik dan pemikiran panik perlu dielakkan sebaik mungkin. Semakin tenang seseorang itu, semakin kreatif dan mudah dia bertemu jalan keluar.

Dalam ayat seribu dinar, Allah menjanjikan ‘jalan keluar’ pada sesiapa saja yang bertakwa. Berkeadaan tenang dan yakin penuh dengan keupayaan diri dan bersabar adalah antara ciri-ciri takwa yang perlu ada. Semua itu membawa kepada penemuan jalan keluar dari apa saja permasalahan yang timbul.

Hampir semua idea-idea hebat muncul pada individu yang berada dalam keadaan tenang dan sedar dengan situasi dirinya.

Begitu juga, hampir semua masalah dan kerosakan berlaku pada individu yang sedang berada dalam keadaan panik dan hilang arah serta tak sedar keadaan dirinya. Oleh itu, elakkan diri dari buat kerja atau buat sebarang keputusan jika anda sedang berada dalam keadaan panik.

Jika anda sedang ditimpa masalah, sebesar mana sekalipun masalah tersebut, jangan panik. Jangan sesekali jadi usahawan panik.

Tapi kalau masih panik juga pergilah bertemu dengan kawan lain terutamanya usahawan lain yang tenang. Mereka akan lebih mudah membuat analisa keadaan anda dan memberikan idea jalan keluar yang baik yang kadang kala anda tak terfikir langsung disebabkan panik.

Itu juga sebabnya, usahawan yang ada mentor atau coach atau pembimbing, kurang melakukan kesilapan bodoh berbanding mereka yang mendayung seorang diri. Itu juga sebabnya saya rangka program HR Biz Coaching khas untuk membantu para usahawan yang mahu berjaya dalam perniagaan mereka.

Total
32
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge