Blog ringkas

By | 16/01/2013

Retro City Bike Leaning Against Old City WallBagi mereka yang mengikuti blog ini dari awal permulaannya, tentu dapat melihat perubahan demi perubahan dari segi reka bentuk dan susunan blog ini.

Ia bermula dengan satu blog ringkas yang tercatit “Hidup Ringkas” pada header blog tanpa ada sebarang logo atau imej.

Kini blog ini dihiasi dengan logo atau jenama yang saya usahakan rekabentuknya sedemikian rupa bagi melambangkan sebuah logo yang ringkas.

Bermula dengan blog dua column, kini saya telah ringkaskan lagi menjadi hanya satu column.

Saya dapati dengan wujudnya dua column, membuatkan aktiviti pembacaan terganggu pada tulisan atau paparan pada ruang sebelah tersebut. Lalu saya buang dan tinggalkan hanya satu column.

Nota: Sekarang dah dimasukkan semula menjadi dua column untuk ruangan maklumat

Selepas itu segala pautan yang tidak perlu saya buangkan sama sekali untuk menghasilkan blog yang ringkas dan menepati tajuk serta tema yang ingin saya ketengahkan.

Bukan mudah untuk membuat keputusan meringkaskan sesuatu perkara. Perkara sama terjadi dalam usaha saya meringkaskan rekabentuk blog ini.

Walaupun asas kerjanya adalah dengan mengekal apa yang perlu sahaja dan meninggalkan segala yang tidak perlu, namun untuk membuat pilihan mana satu perlu dan mana satu tidak perlu rupanya bukanlah semudah yang disangka.

Itu baru bersangkutan tentang blog dan belum lagi menyentuh aspek kehidupan yang sedang kita lalui dengan penuh cabaran sekarang ini.

Namun begitu saya yakin, untuk mengubah diri, perlulah bermula dengan mengenal pasti tabiat yang telah melekat dalam diri terlebih dahulu dan semak faktor-faktor yang membuatkan kita sentiasa mengulangi apa yang kita sering buat.

Membentuk tabiat baru pula perlulah dimulakan dengan perkara paling mudah yang boleh kita lakukan sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi identiti diri.

Sebab itulah saya mulakan dengan blog ini dan sentiasa cuba membentuk tabiat meringkaskan blog hidup ringkas ini seringkas yang mungkin.

Saya dapat rasakan perubahan yang berlaku telahpun berjangkit ke dalam jurusan lain dalam kehidupan saya hasil daripada usaha membudayakan gaya hidup ringkas di dalam blog ringkas ini.

Memang semuanya masih belum sempurna dan masih dalam peringkat awal. Insyallah jika saya berdegil lambat laun perubahan besar pasti akan berlaku juga.

  1. Untuk maklumat pembaca berikut senarai 10 artikel paling popular dari blog ini sejak ia mula dilahirkan sehingga sekarang:
  1. Kenapa bukan Syed Mokhtar Al-Bukhary?
  2. Rahsia orang yang rumahnya berselerak
  3. Pilih perniagaan: Ini cara paling selamat !
  4. Teknik guna almari untuk jadi kaya
  5. Teknik mudah atasi penyakit ‘menangguh-nangguh’
  6. Perlukah beli ‘Alphard’
  7. Ucapan berhenti kerja paling hebat pernah saya bua…
  8. Kenapa kedai mamak berjaya?
  9. Berhenti kerja untuk jual petai !
  10. Macamna pilih ‘nak niaga apa?’ – Cara saya
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge