MAn And Woman Having Business Meeting With Bag, Drinks And TechnologyTentu ada yang geli geleman baca tajuk artikel kali ini.

“Buat duit bukan matlamat utama berniaga ! “

Macam bagus saja ayat tu. Betulkah begitu ?

Bukankah ‘buat duit’ yang biasanya usahawan sering ulang sebut. Apa saja urusan dalam perniagaan akan kembali kepada urusan mengira berapa duit keluar dan berapa duit masuk.

Apa saja perkara yang usahawan nak laksanakan, apa saja idea perniagaan yang nak diusahakan, perkara pokok yang akan dipertimbangkan adalah berapa banyak boleh buat duit.

Maka jika begitu, bukankah itu petanda bahawa buat duit adalah matlamat utama seseorang itu menjalankan perniagaan.

Apa matlamat utama berniaga

Ada banyak sebab yang boleh kita senaraikan jika soalan, “apakah matlamat utama anda jalankan perniagaan ? “ diajukan kepada usahawan.

Samada anda baru jalankan perniagaan, dan masih dalam peringkat terumbang ambing, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang;

Atau dah lama jalankan perniagaan dan agak stabil, biasanya akan jawab begini;

  1. Sebab tak boleh tahan makan gaji, cari makan dengan berniaga pulak
  2. Sebab tak dapat kerja, nak kena cari makan
  3. Sebab kena buang kerja, perlu cari makan
  4. Sebab mak bapak dah tak larat nak berniaga, ambil alih perniagaan mereka
  5. Sebab nak jadi kaya
  6. Sebab itu saja yang aku tahu
  7. Sebab nak buktikan orang kita juga boleh berjaya dalam perniagaan
  8. Sebab nak kebebasan

Banyak lagi sebab-sebab yang boleh kita jumpa. Paling banyak jawapan akan menjurus ke arah nak buat duit juga.

Hanya sedikit sangat yang ada visi untuk bina empayar perniagaan yang mampu bertahan hingga ke anak cucu.

Mungkin disebabkan anggapan untuk jadi kaya, maka ada segolongan orang yang tak selesa untuk jadi usahawan.

Mereka diajar bahawa orang kaya lambat masuk syurga. Oleh itu kalau nak cepat masuk syurga kena jadi sederhana dan tidak kaya.

Jalan paling mudah adalah dengan makan gaji, sebab terbukti majoriti besar orang yang makan gaji tidak kaya, sekadar cukup makan.

Kalau jadi usahawan nanti takut jadi kaya pulak.

Ya ! semua itu logik. Semua itu rasionalisasi yang bijak untuk membenarkan orang kita teruskan dengan sikap sekadar menjadi orang suruhan kepada majikan mereka.

Tukar perspektif matlamat utama berniaga

Untuk membolehkan anda keluar daripada belenggu takut jadi kaya kalau berniaga, jalan paling mudah adalah dengan menukar perspektif matlamat utama berniaga.

Ada banyak lagi alasan lain untuk jalankan perniagaan yang bertahap mulia. Asas sesebuah perniagaan adalah untuk memberikan jalan keluar daripada masalah orang ramai.

Tak ada satupun perniagaan yang boleh muncul dan bertahan seandainya perniagaan itu tidak berpaksikan kepada menawarkan jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah kehidupan manusia.

Bukankah membantu orang lain selesaikan masalah mereka adalah satu urusan yang cukup mulia.

Malah orang yang beriman yang banyak membantu selesaikan masalah manusia adalah orang yang paling baik sifatnya, dan itu adalah satu jalan yang mampu membawa manusia ke syurga.

Oleh itu, fokus pada usaha untuk menyediakan jalan penyelesaian masalah terbaik pada orang ramai yang memerlukan bantuan dan kepakaran kita.

Usaha untuk menyediakan jalan keluar terhadap masalah orang yang dilakukan dalam skala besar dan berterusan memerlukan sumber dana yang mencukupi.

Kerana ia melibatkan masa dan pengorbanan segolongan individu yang komited ke arah urusan tersebut. Dan orang-orang tersebut juga perlu dipenuhi keperluan hidup mereka.

Matlamat utama berniaga bukan duit

Disitulah peranan duit dalam perniagaan.

Duit merupakan satu sumber tengah yang diterima pakai oleh semua orang dalam pengurusan kehidupan manusia.

Oleh kerana duit adalah sumber tengah dalam setiap proses perniagaan, maka jalan paling mudah untuk mengukur kejayaan sesebuah perniagaan itu adalah dengan mengukur jumlah transaksi duit yang berlaku.

Jadi, rumusannya ada kat situ, kenapa usahawan perlu kira berapa dia dapat duit dan berapa dia perlu keluarkan duit, bukan sebab nak buat duit.

Sebaliknya usahawan kira duit sebab nak ukur tahap kejayaan perniagaan yang sedang dijalankannya. Lebih banyak dia buat duit, bererti lebih tnggi kejayaan perniagaannya.

Juga bermakna lebih banyak orang dia tolong selesaikan masalah mereka.

Bila ramai orang yang dapatkan bantuan dari tawaran perniagaannya, bererti ramai orang yang iktiraf kebolehan dan sumbangan usahawan itu.

Maka itulah petanda dia berjaya !

Berjaya membantu orang selesaikan masalah mereka seramai mungkin. Tak ada perkara lain yang lebih baik daripada itu bagi seseorang usahawan yang berjaya.

Secara ringkasnya, orang yang banyak buat duit melalui perniagaannya adalah orang yang memang layak memegang duit tersebut, dan dia perlu diiktiraf sebagai seorang manusia yang terbaik.

Dan orang atau usahawan itu pula mesti sedar duit banyak atau sedikit hanyalah sekadar alat ukur tahap sumbangannya dalam menyelesaikan masalah orang ramai melalui perniagaan yang dijalankannya.

Jika banyak duit yang dia jana, maknanya usaha mulianya itu lebih berjaya.

Kalau sikit duit yang dia jana, bermakna usaha mulianya itu kurang berjaya.

Itu saja sebabnya, kenapa kita perlu ukur berapa duit yang sesebuah perniagaan itu mampu jana.

Dan yang pastinya, matlamat utama berniaga itu bukanlah untuk buat duit. Tapi untuk bantu orang sebaik mungkin.

Faham ka apa yang saya tulis kat atas tu…?

Harap-harap anda faham dan tolong jadi usahawan sepenuh masa dan tolong buat duit sebanyak mungkin !

Total
59
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Berniaga ni seronok sebenarnya.

    Ada masa kita naik, ada masa kita akan jatuh.

    Setuju macam tuan Shubhi, kita berniaga untuk bantu orang sebenarnya.

    Bila kita dah tetapkan minda & hati kita macam tu,
    kita susah nak rasa stress, sebab fokus kita untuk bantu orang 🙂

    Nota Siku :-
    Bantu orang, tak semestinya WAJIB percuma.
    Adzrif Sidek recently posted…Tabiat Menyimpan Syiling EmasMy Profile

  2. inilah yang di katakan..segala2 amal itu bergantung kepada niat..
    insyaAllah sama2 lah kita betulkan niat tak kira samada buat usahawan atau yang mencari rezeki dengan makan gaji..
    biarla ianya lebih cenderung ke arah akhirat..yakni buatla semata2 kerana Allah..Tq di atas ingatan Tuan Bihi..
    Bukan kerana wang semata2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge