masalah hidup dan cabaran hidupSebagai manusia biasa yang masih bernyawa, kita sentiasa berhadapan dengan cabaran kehidupan.

Sama macam semua orang, saya sedang berhadapan dengan beberapa cabaran kehidupan dan perniagaan yang agak getir dan mampu menyesakkan dada.

Cabaran yang saya hadapi bukannya berkaitan dengan kelulusan yang saya ada. Malah saya tidak punya apa-apa kelulusan akademik yang boleh dibanggakan. Jauh sangat dari keupayaan untuk miliki kelulusan PhD.

Kelulusan akademik saya hanya sekadar purata. Sama macam majoriti rakyat Malaysia yang lain. Sebab tu bidang akademik bukanlah tumpuan saya.

Bidang keusahawanan juga tidak setara mana. Ramai lagi, malah terlalu ramai yang lebih jauh berjaya berbanding saya dalam bidang perniagaan.

Begitu juga dalam bab mengumpul kekayaan, pencapaian saya dalam bab itu juga hanyalah sekadar purata, ramai lagi yang jauh lebih banyak jumlah kekayaan yang mereka kumpulkan.

Cuma satu saja yang ‘saya rasa’, saya ada sedikit perbezaan. Keberanian untuk menulis dalam blog ini dan kongsikan pengalaman tidak seberapa yang saya ada, secara konsisten sejak beberapa tahun yang lalu. Yang ini ramai tak buat terutamanya yang berorientasikan percuma dan tiada kawalan hak cipta.

Sejak awal, saya sasarkan perkongsian ini untuk mereka yang berkedudukan sama saja macam saya, jatuh bangun tak henti-henti dalam menjalani kehidupan yang sementara ini.

Apa yang nak saya buktikan pada semua adalah, untuk kekal terapung menjalani kehidupan jangan sampai lemas dan terhina, adalah sesuatu yang mudah dan pasti boleh dicapai dengan usaha yang berterusan tanpa jemu – Insyaallah.

Cabaran kehidupan dan perniagaan

Kembali semula pada tajuk asal artikel ini, apa yang anda boleh buat jika dilanda masalah kehidupan dan perniagaan.

Saya ambil panduan ini daripada prinsip purba yang kenali sebagai Stoics, yang saya rasa menarik dan amat mudah untuk dilakukan. Ada boleh Google untuk mengetahui apa itu Stoics.

Anda juga bebas untuk menerima atau menolak teknik ini jika rasa tak sesuai dan bercanggah dengan prinsip kehidupan anda.

Rumusan berkenaan prinsip kuno Stoics ini pula saya petik dari sini. Boleh pergi ke pautan tersebut kalau nak tahu lebih lanjut.

5 prinsip menghadapi cabaran kehidupan

Walau apapun cabaran yang sedang anda hadapi sekarang, cuba baca 5 prinsip yang disenaraikan di bawah dan hayatinya sejenak untuk disesuaikan dengan keadaan anda. Saya juga sambil menulis ini, yang sebenarnya untuk saya hadamkan dan cuba sesuaikan, akan diguna pakai untuk leuar dari kemelut yang sedang dihadapi.

  1. Apa saja yang berlaku tidak memberi sebarang kesan, apa yang anda percaya yang menentukan kesannya samada baik atau buruk
    • Dalam menjalani kehidupan, berbagai peristiwa akan berlaku pada kita. Perniagaan rugi, duit habis, tak boleh bayar hutang, kena kejar anjing. masuk hospital dan macam-macam lagi. Itu semua orang akan lalui dan percayalah kedudukan peristiwa itu kepada diri anda bergantung hanya pada apa yang anda fikirkan atau percaya selama ini.
    • Sebagai contoh, anda gagal berkahwin dengan perempuan idaman yang anda kejar. Dia dipinang orang lain berkahwin. Biasanya ramai yang kecewa sebab percaya perempuan itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Tapi cuba bayangkan kedudukan pemuda telah berkahwin dengan perempuan tersebut, mendapati rupa-rupanya perempuan itu ada bakat tidak siuman dalam darahnya. Semua emosi akan berubah 360 darjah dalam keadaan tersebut.
    • Oleh itu, apa saja yang berlaku, jika anda tidak suka dan rasa kecewa, fikirkan semula kenapa. Jangan lihat pada peristiwa yang berlaku, sebaliknya lihat aa yang anda percaya. Apa yang anda percaya dan pegang yang membuatkan perasaan kecewa itu. Betulkan semula kepercayaan tersebut dengan melihat sudut positif yang sudah tentu ada sama banyak dengan sudut negatif. Semua kejadian adalah berpasangan, oleh itu apa saja keburukan sudah pasti ada bersamanya kebaikan. Bacalah…
  2. Ubah apa yang anda boleh kawal sahaja, selain dari itu lupakan saja.
    • Asasnya di sini adalah sentiasa bertanya apakah yang anda bleh lakukan untuk keluar daripada masalah. Buat senarai tindakan yang berada dalam kawalan anda dan lakukannya.
    • Tidak perlu nak sakitkan jiwa dengan merungut pada perkara yang anda tak boleh lakukan apa-apa terhadapnya.
    • Berada dalam tekanan dan kerisauan tidak dapat membantu apapun untuk keluar daripada masalah. Oleh itu, abaikan saja semua perkara yang tidak boleh dikawal dan tumpukan segenap tenaga pada perkara yang anda boleh kawal dan ubah.
    • Bila ada masalah, tanya apa yang anda boleh buat, kalau tak boleh buat apa-apa, tak perlu risau. Jika anda mampu buat sesuatu, buat saja dan jangan risau. Jadi dalam keadaan apapun, anda tak perlu nak risau.
  3. Terima apa yang berlaku dan buang perkataan kalau.
    • Apa saja yang telah berlaku sudah pasti tidak boleh diubah. Hakikatnya ia berlaku samada anda suka atau tidak. Orang yang menerima apa yang telah berlaku tidak sesekali akan menggunakan perkataan kalau. Kalau itu menunjukkan sikap tidak menerima keadaan.
    • Oleh itu jika perniagaan anda rugi sebab terlalu percayakan pada orang lain, terima saja dan tak perlu kata, “kalau aku buat sendiri tentu tak jadi macam ni..”. Itu tidak mengubah apa-apa kedudukan anda sekarang.
    • Yang pentingnya terima dan betulkan keadaan dengan apa yang anda boleh buat. Kembali pada langkah no 2 kat atas tadi, dan pergi buat…
  4. Pilih orang macam mana yang anda nak jadi, cari mentor.
    • Anda memang tak boleh ubah nama, rupa, anak siapa, keturunan mana dan sebagainya. Tapi anda boleh pilih orang macam mana nak anda nak jadi. Cari orang yang sama macam itu dan pergi belajar darinya macam mana dia buat.
    • Jika anda tahu orang macam mana yang anda nak jadi, anda tentu akan dapat cari mentor orang yang telah berjaya.
    • Mungkin anda tak boleh berhubung dan merapati orang tersebut. Kalau tak boleh, anda hanya perlu bertanya apa agaknya orang yang anda kagum itu akan buat kalau dia berhadapan dengan masalah yang sedang anda hadapi. Soalah sebegitu mampu mengubah segala persepsi dan tindakan anda seterusnya.
  5. Merancang di awal pagi dan muhasabah di waktu malam.
    • Selepas bangun pagi, solat subuh, mula bayangkan apa yang anda akan hadapi hari tersebut. Apa yang akan anda buat, dengan siapa yang anda akan jumpa dan berhadapan dan sebagainya. Kemudian bayangkan pula apa yang anda sasarkan untuk dapat dihujung hari. Sebaiknya dan adalah lebih mudah dan jelas jika anda gunakan buku dan catit dengan pen.
    • Sebelum tidur atau selepas selesai semua urusan lewat hari tersebut, buka semula catitan perancangan anda pagi tadi dan mula buat penilaian terhadap apa yang telah berlaku. Apa yang perlu diperbaiki, apa yang boleh dipelajari dan setakat mana pencapaian anda.

Apa yang disenaraikan kat atas tu, nampak mudah untuk dihadam dan di amalkan. Asalkan anda ambil masa untuk melaksanakan, semuanya akan menjadi lebih mudah. Kehidupan akan diteruskan dalam apa saja keadaan sehinggalah maut datang menjemput anda, Insyaallah.

Selamat mencuba !

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Satu artikel yang menaikkan semula semangat sesiapa yang sedang ‘down’. Terima kasih. Saya pun ada ‘wow’ bila baca artikel ini dari awal sampai akhir.

  2. Peringatan yang sangat bagus.T erima kasih tuan. Mesti muhasabah setiap hari dan plan langkah seterusnya. Hidup hanya sekali, lakukan yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge