Cara jadi kaya – Cara hidup ringkas

By | 25/05/2012
Tips hidup ringkas untuk cara jadi kaya

Apakah cara jadi kaya yang paling mudah untuk kita laksanakan agar dapat menjadi orang kaya.

Siapa yang tak mahu jadi orang kaya. Walaupun ramai orang yang dibibirnya sering ucapkan aku tak mau jadi kaya, jauh di sudut kecil hati mereka kadangkala terfikirkan apakah teknik atau cara jadi kaya yang mudah dan berkesan.

Jika anda semua nak tahu, sebenarnya ada cara jadi kaya yang cukup mudah. Anda hanya perlu bersetuju dengan falsafah kaya hidup ringkas terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan usaha melaksanakan cara jadi kaya dengan konsep hidup ringkas.

Falsafah muda cara jadi kaya

Sebelum kita bercakap apakah cara jadi kaya, elok terlebih dahulu kita memahami apakah sebenarnya maksud ‘kaya’.

Kaya ¬†sebenarnya bukan membawa maksud ada ‘banyak duit’. Tetapi kaya sebaliknya membawa makna,

“Mempunyai cukup duit untuk memenuhi segala keperluan kita”

Dengan keadaan tersebut di atas, kita tidak akan banyak menghabiskan masa untuk memikirkan tentang duit lagi. Dan kehidupan kita menjadi ringkas untuk memikirkan benda lain yang jauh lebih bermakna.

Berdasarkan definisi yang saya sebutkan di atas, maka cara jadi kaya hanya ada dua sahaja:

  1. Tambah pendapatan agar dia melebihi keperluan kita. Jika keperluan kita adalah sejumlah RM1000 sebulan, maka sebaik sahaja anda tambah pendapatan menjadi RM1100 sebulan, anda dengan secara rasmi telah menjadi kaya. Pendapatan tersebut digunakan untuk memenuhi keperluan manakala bakinya sebanyak RM100 disimpan dalam tabung untuk pelaburan.
  2. Mengurangkan keperluan agar pendapatan yang ada lebih banyak daripada kos menyara keperluan kita. Seandainya anda tak dapat lagi menambah pendapatan, jangan risau. Pilihan kedua ini sudah pasti dapat dilakukan jika anda ada azam yang tinggi. Anda hanya perlu buang kos yang tak perlu sehinggalah kos keperluan berkurangan berbanding pendapatan.

Bukankah cara jadi kaya amat mudah sekali? semua orang mampu melakukan salah satu daripada dua cara jadi kaya yang telah saya sebutkan di atas tadi tanpa perlu mempunyai ilmu kewangan yang tinggi.

Ilmu tersebut di atas juga tak memerlukan anda punyai sijil atau diploma atau ijazah kewangan. Asalkan anda ada sumber pendapatan sekarang, maka pelung untuk jadi kaya terlalu cerah. Tambah pendapatan atau kurangkan keperluan, anda sendirilah yang tentukan.

Jika anda mahu tahu cara jadi kaya secara ekspress pula, saya boleh berikan rahsian di sini. Anda hanya perlu lakukan kedua-dua petua yang saya sebutkan di atas secara serentak….demikian mudahnya cara jadi kaya. Selamat mencuba.

 

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Cara jadi kaya – Cara hidup ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge