Cara misteri Kassim menjadi kaya raya

By | 01/02/2013

Saya datang ke KL pada tahun 1999. Asalnya datang hanya untuk sebentar, bagi membantu kawan menyiapkan satu projek pemasangan sensor Karbon Monoksida di pusat parkir bawah tanah KLCC.

Selama lebih 6 bulan saya berada di bawah kawasan Parkir tersebut dan semuanya masih dalam keadaan serba baru.

KLCC baru dibuka dan suasana bangunan hebat tersebut cukup canggih. Kedai-kedai di dalamnya memang vogue dan pengunjungnya juga amat vogue.

Oleh kerana semua orang di pusat membeli belah Suria KLCC semunya vogue, saya segan hendak naik ke atas melainkan jika benar-benar ada urusan.

Kemunculan Kassim
Pada satu hari saya ditelefon seorang kawan, Kassim yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, “Assalamualaikom! Bihi, aku dah ada kat KL!, hang kat mana?” Kassim bertanya.

“Aku ada kat KLCC. Hang pulak kat mana?” Balas saya.

“Aku kat Puduraya, hang tunggu kat situ, aku pi sana!”, balas Kassim ringkas.

“OK, bila dah sampai nanti hang pi cari kaunter Info dan tunggu aku kat situ. Aku akan naik cari hang” Saya menjawab.

Saya meneruskan kerja di bawah dan selang tidak berapa lama kemudian mendapat panggilan semula dari Kassim yang dahpun sampai di KLCC.

Tanpa melengahkan masa saya naik ke atas dan menuju ke arah kaunter Info. Dari jauh terlihat Kassim sedang tercongak-congak keseorangan di situ. Bila hampir saja di tempatnya, saya lihat ada banyak beg lusuh tersusun di sekeliling kakinya.

Rupanya dia berniat untuk berhijrah ke KL dan datang terus dari Pudu untuk menemui saya bersama dengan semua barang-barang yang dia bawa dari kampung.

Lebih mengejutkan, apabila dia berkata tidak ada tempat untuk menumpang!

Saya respect dengan sikap tebal muka Kassim yang tanpa terlebih dulu memberitahu akan datang dan langsung tak bertanya terlebih dulu untuk mendapatkan pertolongan dari saya.

Tumpangkan Kassim di USJ12
Atas rasa tanggung jawab seorang manusia, saya terpaksa menawarkan rumah di USJ 12 sebagai tempat menumpangnya.

Di situlah Kassim memulakan kehidupan yang penuh mencabar di kotaraya dengan serba kekurangan. Saya berkongsi makanan ala kadar bersama dengannya setakat yang termampu.

Selang beberapa hari, dia pergi mengambil motosikal kapcai yang dikirim melalui keretapi. Kassim mula panjang langkah dengan moto kapcainya itu.

Kassim tinggal dengan saya agak lama. Dari bujang sehinggalah dia mendirikan rumah tangga, dia masih menumpang lagi di rumah saya.

Bila dia membawa isterinya, saya terpaksa berkorban memberikan bilik utama khas untuk dia dan isteri. Nasib baik saya masih bujang ketika itu.

Satu perkara yang saya langsung tak berkenan dengan Kassim adalah sikap suka cakap besarnya. Dia sentiasa bercakap seolah-olah dia kaya raya dan cukup berjaya. Sedangkan saya tahu keadaan sebenarnya.

Kassim berpindah
Tidak berapa lama kemudian, dia mendapatkan rumah sewa dan pindah bersama dengan isterinya. Kami mula membawa haluan masing-masing dan berjumpa sekali sekala sekala.

Setiap kali berjumpa, dia masih kekal dengan sikap berlagak cakap besarnya yang berulang-ulang.

Lebih memualkan lagi adalah betapa tidak logik segala percakapannya. Apa saja yang dibincangkan atau diceritakannya sering tidak seiring.

Cerita tak seiring tersebut memperlihatkan betapa dia terlalu cetek pengetahuan dan terlalu kurang membaca. Kebanyakan cakap-cakapnya saya malas nak lawan atau layan kerana terasa hanya membuang masa. Mungkin dia sengaja nak lepas geram yang terbuku dalam hati bagi mendapatkan kekayaan itu.

Kassim berjaya
Nak diringkaskan cerita, setelah lama tak jumpa, akhirnya saya bertemu kembali dengan Kassim. Kali ini dia benar-benar kaya.

Kassim kini  memandu kereta Merz E-Class. Dia berjam tangan mahal yang saya tak reti sebut jenamanya dan pakaian, kasut, pen semuanya mahal-mahal belaka.

Apa yang diulang cakapnya dulu tak henti-henti semuanya telah menjadi kenyataan!!! Dari mana dia dapat duit yang banyak sebegitu, masih tinggal misteri bagi saya.

Memang ada cubaan untuk mengorek rahsianya, tapi sikap cakap besar dan asyik tunjuk kaya yang melekat kukuh dalam dirinya memualkan saya.

Setiap kali berjumpa Kassim, pasti ada saja benda hebat yang baru dibelinya. Itulah saja kerjanya setiap kali berjumpa dengan saya, hanya untuk memberitahu dia ada kemewahan baru.

Mengenali Kassim, saya yakin bahawa, 90% daripada apa yang dikhabarkannya adalah belum berlaku lagi seperti mana dulu juga. Tapi saya masih musykil bagaimana dia secara tiba-tiba menjadi mewah.

Bukanlah saya dengki dan ingin memiliki kereta sepertinya, saya cuma mahu tahu rahsia kejayaannya sahaja yang amat misteri. Kassim tahu saya lebih memandang bersenam dan menikmati waktu pagi di sekeliling taman setiap hari adalah jauh beratus kali ganda lebih bernilai daripada Merz E-Class yang dimilikinya.

Mengelakkan diri dar Kassim
Walaupun agak kerap bertemu, Kassim tidak sudi berkongsikan rahsianya tiba-tiba menjadi orang kaya. Pandai sungguh dia menyimpan rahsia.

Apa yang dia suka bercerita hanyalah kisah barang mewah yang menjadi barang koleksinya kini. Jam tangan, kereta, motosikal besar, percutian dan macam-macam lagi.

Kini saya mengelakkan diri daripada menemuinya. Tiada apa-apa faedah untuk saya meneruskan perhubungan yang menyemakkan dada dengan cakap besar dan penuh dengan aktiviti mengejar dan menunjuk kemewahan.

Namun begitu satu perkara penting yang dapat kita belajar dari Kassim adalah,

” Jika anda mahukan sesuatu dan sentiasa mengulang sebutnya tanpa jemu-jemu, lambat laun semuanya akan menjadi kenyataan tak kisah samada anda tak berapa cerdik atau memualkan orang lain!”

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

13 thoughts on “Cara misteri Kassim menjadi kaya raya

  1. Dja@Sishaza

    Ohhh…nak komen lebih2 pun tak berani, tapi selalu dikatakan org apa yg disebut berulang-ulang kali mampu menjadi 1 doa…. kenalah sebut yg baik2,mudah-mudahan

    Reply
  2. kakiblog

    saya lebih respek kepada watak ‘saya’ dalam cerita tersebut.

    apa2pun kita mudah terguris dengan seseorang yang bercakap besar…namun percayalah mereka cuma mengungkapkan apa yang terbuku dalam minda mereka…

    kebiasaannya orang kaya low profile kerana mereka tergolongan dalam orang yang bersyukur kecuali ada yang ada yang sombong dan bangga diri.

    Reply
  3. Anonymous

    Maksud saya mampu beli Ferrari second hand jer…(mmg kereta idaman sejak kecil)

    Nak jadi kaya zaman ICT ni taklah senang..tetapi lebih 10 kali lebih senang dan pantas dari zaman sebelum ICT.

    Tapi kena kerja keras dalam 2-3 bulan. Bisnes ICT ni, mcm menyemai pokok..kena kasi dia baja dulu awal (2-3 bulan) ..pastu dia akan tumbuh secara organik dan membesar diluar jangkaan anda.Pastu…juallah benda yang harga pasaran dolar..dan convert ke ringgit Malaysia (bukan forex, ok).

    Itu falsafah saya dan teknik yang berjaya saya gunakan.Nak cakap mudah. tidak juga…cuma kalau ikut steps…boleh .

    Reply
  4. Anonymous

    Ada beberapa kemungkinan ;

    1. Kassim benar2 kaya. (meskipun saya skeptikal, tambahan saudara tidak menceritakan kerja/bisnes Kassim sebenar)

    2. Kassim terlibat dengan skim/bisnes yang memerlukan persepsi kepada pelanggan bahawa beliau telah kaya. Selalunya tatktik ini digunakan oleh boss2 otai MLM dengan meminjamkan anak buahnya kereta2 mewah agar dapat menarik orang ramai yang naif .

    3. Kassim baru sahaja dapat durian runtuh, i.e menang loteri, menang peraduan, waris tanah dan sebagainya.

    p/s ; Maafkan saya bukan saya nak cakap besar, saya sendiri tidak memakai Mercedes E-Class, meskipun bila2 masa sahaja mampu membeli Ferrari.

    Saya (anonymous)…

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Saya dengar Kassim (bukan nama sebenar) dapat komisyen lobi projek. Tapi tak dapat pastikan dan malas nak korek, rezki dia baguslah. Asalkan jangan mencuri.

      Reply
    2. Anonymous

      ooo…maknanya beliau broker yang berjaya dengan mendapat komisen. Itu memang benar boleh berlaku sejak dahulu, dengan menjadi broker a.k.a middleman.

      INi memang satu kerja yang tidak asing tuan. Jika di KL anda boleh lihat para otai2 broker2 ini lepak kat foodcourt di Semua House , Masjid India mengahbiskan masa berjam2 minum teh tarik dari pagi sampai petang bercerita bisnes / projek berjuta2.

      Dan MEMANG Sang broker memang jenis bermulut besar bercerita perihal berjuta2!! Saya pun sampai sekrang tak tau kenapa semua mereka begitu ? Bukan Si Kassim sahaja, malahan memang ramai broker begitu , tuan!

      Memang benar jika begitu, inilah ciri untuk mereka kaya, kerana minda dan lisan mereka sentiasa berfikiran KAYA, KAYA.. akhirnya mereka menjadi kaya dek kerana minda tersebut kerana dia mendapat imbuhan komisin berjuta ringgit.

      Ada kebenarannya….jika Si Kassim seorang broker..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge