Cara mudah jadi kaki baca buku

By | 05/08/2012
Cara mudah jadi kaki baca buku

Baca buku bukannya aktiviti seronok bagi mereka yang tak suka membaca.

Sejak sekolah dulu perintah yang paling kita benci adalah suruhan baca buku. Rasa kembang telinga bila dengar suruhan baca buku.

Tabiat tersebut kita bawa sampai ke tua selepas tamatnya sekolah. Dan sampai sekarang ramai yang masih tak ubah sikap tak suka baca buku.

Tak pernah saya jumpa orang yang suka membaca tidak berjaya dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya mereka yang kaki membaca tak akan jadi peminta sedekah dan hidup mengharapkan belas kasihan orang.

Biasanya mereka yang suka membaca berfikiran luas, terbuka dan mempunyai banyak maklumat. Lebih-lebih lagi mereka yang mempelbagaikan buku bacannya.

Majoriti orang yang mula membuat perubahan positif dalam hidup mereka adalah mereka yang mula membaca buku motivasi.

Bukan sebab buku yang mereka baca itu bagus. Tapi sebabnya adalah kerana tidak ada orang yang akan membeli buku motivasi lalu membacanya melainkan orang itu sudah ada idea untuk berubah dan memajukan dirinya kepada keadaan yang lebih baik.

Buku yang dibacanya hanya sekadar mengambil kesempatan meningkatkan lagi semangat ingin berubahnya saja.

Ringkasnya tak ada benda tidak berfaedah yang akan berlaku jika kita jadi kaki membaca.

Tak ada orang yang akan berjaya baca tafsir Quran dari mula sampai habis melainkan dia seorang yang suka membaca.

Oleh itu jika kita mahu menjadi seorang muslim yang menjadikan Al-Quran sebagai buku bacaannya yang sering dibaca, terlebih dulu kita perlu menjadi kaki baca.

Berikut beberapa petua ringkas untuk jadi kaki baca:

  1. Buang sikap malu takut apa orang akan kata. Biasalah bila kita buat benda baru yang tak pernah kita buat tambahan pulak benda tu kerja yang mulia, kita akan ada sedikit rasa segan takut orang pandang semacam pada kita. Sikap ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Jika anda perasan ada yang melihat perubahan itu terus terang bertanya pada orang itu dan jangan lupa jegilkan mata anda.
  2. Perlu ada buku dalam rumah. Samada beli pinjam atau apa-apa saja, pastikan anda ada punyai buku dalam rumah. Jika anda seorang yang sering kena bayar cukai. Tak rugi beli buku tidak melebihi RM1000 setahun, anda boleh tolak cukai asalkan simpan bil.
  3. Pastikan buku yang anda minat. Jika anda minat menjadi usahawan, belilah buku-buku yang menarik dalam dunia keusahawan. Anda tentu tak jemu membacanya sebab boleh diaplikasikan dengan minat anda. Jika anda minat politik belilah buku politik. Yang pentingnya anda tidak merasakan terpaksa untuk membaca. Membaca perlu menjadi sesuatu yang sukarela dan bersahaja sebagaimana aktiviti melepak dan mengata yang sering kita amalkan.
  4. Baca buku sebelum tidur sekurang-kurangnya 20 atau 30 minit setiap hari. Jadikan amalan ini sebagi rutin anda setiap kali sebelum tidur. Samada faham atau tak faham, letih atau cergas, susah atau senang luangkan masa 20 ke 30 minit setiap hari sebelum tidur. Amalkan ia sehingga jadi habit yang kalau tak buat anda rasa satu kekurangan.

Jika anda amalkan amalan yang saya sebut di atas, tabiat membaca akhirnya menjadi kerja rutin yang dilakukan tanpa perlu difikirkan lagi.

Bila sikap membaca dah ada, lambat laun anda mula bina sikap menghayati apa yang anda baca dan akhirnya anda akan ketagihan membaca dan tak dapat menahan untuk membeli kesemua buku yang bagus dan menarik.

Bila anda dah sampai ke tahap itu pastikan ada sebuah buku dalam kereta setiap kali memandu. Anda boleh belek sedikit bahan bacaan tersebut setiap kali terpaksa berhenti di depan lampu trafik merah.

Anda juga perlu selitkan buku dalam beg. Ini boleh digunakan bila anda terpaksa menunggu orang dalam temujanji atau ketika beratur membayar bil di bank dan lain-lain seumpamanya.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

6 thoughts on “Cara mudah jadi kaki baca buku

    1. Sha

      Assalamualaikum…

      Betulllll..! 🙂

      .. selagi tak habis, tak berhenti baca.

      Amat jarang kelihatan orang yang berjalan2 memegang buku. Lebih ringkas memegang hp dan gadget terkini. Mungkin sedang membaca e-book.. *mode: bersangka baik

      Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      jangan paksa diri, mengantuk terus tidur. Yang pentingnya buat setiap hari pegang buku dan baca sebelum tidur.

      Walaubagaimanapun jika anda mengantuk bermakna anda baca buku yang anda tidak suka dan tak ada apa-apa maklumat yang anda cari dari buku tersebut.

      Tukar buku lain lah…!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge