Cara ringkas buat pahala – Belanja makan

By | 23/05/2012
Cari ringkas buat pahala

Baru-baru ini, saya keluar pergi makan di Restoran Ani Sup Utara. Sampai di restoran tersebut, saya terus duduk dan minta mihun sup daging dengan secawan kopi ‘o’ panas.

Sambil duduk menunggu makanan serta minuman dihantar, di belakang kedai, terlihat seorang India yang berpakaian comot sedang duduk menyusun kotak yang dibuang orang.

Tak berapa lama ketika sedang memerhatikan orang india itu,mihun sup sampai. Saya perhatikan dia merenung makanan yang dibawa ke meja saya dari jauh.

Merasa kasihan padanya saya lalu memberi isyarat, mengajak dia makan. Dia hanya anggukkan kepala.

Lalu saya buka mulut untuk bertanya, “mahu makan ke?”, dia angguk sekali lagi bersungguh-sungguh.

“Nak makan apa?” tanya saya selanjutnya

“Sup ayam… mihun sup ayam?, sambung lelaki India itu.

Ini pelung saya buat pahala!. Saya lalu memanggil pelayan dan meyuruh mereka berikan satu mihun sup ayam pada orang India itu. India itu minta makanannya dibungkus. Dia tak mahu makan disitu. Mungkin dia mahu bawa balik dan berkongsi dengan keluarganya. Kesian kat dia!.

Setelah mihun sup siap dan diberikan padanya. Dia ambil lalu bangun dan mengucapkan terima kasih banyak kali. Saya hanya mengangguk dan tersenyum puas dengan rezeki buat pahala yang saya dapat.

Rasa seronok tengok dia tahu berterima kasih. Dia berlalu membawa sebungkus mihun sup ayam sambil mengepil kotak kertas yang dikutipnya dari kawasan tong sampah berdekatan.

Hari ini nampaknya saya berjaya dapat satu ilham untuk buat pahala dengan cara ringkas dan mudah. Caranya adalah dengan:

Belanja orang yang susah makan.

Pastikan orang yang anda lihat merayau-rayau mencari rezki dari sumber bahan terbuang atau seumpamanya tanpa meminta-minta pada orang ramai. Ajaklah orang itu makan atau belanjalah dia minum.

Jika dia mahu membawa balik bungkusan makanan atau minuman itu, berikan padanya. Tentu dia teringatkan keluarganya yang kesusahan dan tidak sanggup makan seorang diri.

Buat pahala dengan berbelanja orang sebegitu adalah jauh lebih baik daripada memberikan wang pada mereka yang ke sana-sini meminta sedekah pada orang ramai.

Kebanyakan dari masa, mereka yang meminta sedekah adalah kumpulan sendiket yang punyai ketua yang jahat atau ada juga pergerakan individu yang dah senang dengan kerjaya buat duit melalui minta sedekah.

Tak salah belanja atau sedekah pada orang kaya, kita masih tetap buat pahala, tetapi biasanya sedekah pada orang yang betul-betul memerlukannya, akan diiringi dengan doa kesyukuran dan kebaikan pada kita, dan biasanya doa mereka mustajab.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge