panduan temudugaBagi mereka yang tengah mencari pekerjaan, saya ingin kongsikan tips mudah cara terbaik pilih pekerjaan, jika anda lebih suka makan gaji daripada menjalankan perniagaan.

Cara terbaik pilih pekerjaan ini berdasarkan dari pandangan kaca mata seorang usahawan seperti saya.

Mungkin ada yang rasa tak berapa sesuai dengan cara yang diketengahkan, tak apa. Masing masing ada pendapat tersendiri dan tak ada orang boleh paksa anda untuk ikut orang lain.

Namun begitu, jika anda ikutkan petua yang saya berikan ini, insyaallah saya yakin tidak akan timbul lagi masalah yang sering dihadapi oleh para pekerja makan gaji, iaitu bosan dengan kerja yang mereka lakukan.

Mulakan dengan memilih majikan dan kerja yang betul

Perkara paling asas untuk mengelakkan diri daripada merasa bosan dengan kerja, perlu dimulai dengan langkah paling awal, iaitu memilih majikan dan juga kerja yang akan dilakukan.

Untuk pastikan kita gembira dan puas hati dengan pekerjaan, jangan biarkan majikan yang memilih kita. Sebaliknya kitalah yang menentukan siapa yang mahu dijadikan sebagai majikan.

Ingat, anda yang memilih dan bukannya syarikat yang membuat pilihan. Walaupun anda mendapat tawaran baik dengan gaji yang tinggi, jangan jadikan itu sebagai kriteria utama untuk menentukan pekerjaan anda.

Cara terbaik pilih pekerjaan cara pareto

Berikut saya senaraikan beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan jika anda mahu mendapatkan kepuasan bekerja sepanjang menjalani kehidupan.

  1. Kerja itu mestilah mampu membantu melonjakkan kemampuan sebenar anda. Ramai orang yang terperangkap dengan pekerjaan yang tidak dapat membantu melonjakkan dirinya kerana minat atau kecenderungannya tidak seiring dengan kerja yang dilakukannya. Bayangkan orang yang pandai bercakap dan berhujah terpaksa bekerja lebih dari 8 jam sehari membuat pengaturcaraan komputer. Mungkin dia akan bertukar menjadi zombie jika dibiarkan berterusan begitu.
  2. Kerja yang anda ambil mesti berupaya memberikan pengetahuan baru dan unik pada anda. Semak terlebih dahulu kerja yang perlu dilakukan samada ianya biasa dan membosankan atau menarik. Pastikan anda mendapat peluang pada ilmu atau kemahiran baru yang jarang ada pada orang lain. Sebagai contoh, anda boleh bekerja di syarikat kecil yang sedang meningkat maju dan anda terpaksa melakukan kerja sales & marketing hebat yang dirangka oleh syarikat kecil tersebut.
  3. Pastikan anda suka rakan sekerja anda. Pastikan juga mereka suka pada anda. Semak terlebih dahulu semua rakan sekerja yang ada dan buatlah apa saja asalkan anda boleh menjangkakan yang mereka akan suka dan anda juga akan suka pada mereka.
  4. Pastikan anda suka pada boss. Dan pastikan juga boss suka pada anda. Ini perkara asas yang perlu dipatuhi kalau nak seronok bekerja. Tak guna bekerja di tempat yang anda benci pada boss ataupun, anda suka pada boss tapi dia pulak tak suka. Jika pergi temuduga, kalau boleh minta izin untuk bertemu dengan boss besar, lihat bagaimana reaksi penemuduga anda.
  5. Pastikan syarikat itu sedang mencipta sejarah. Anda boleh lihat rekod syarikat tersebut dan kalau tak tahu buat semakan. Lihat prestasi mereka dalam lngkungan setahun yang lalu dan dapatkan sebanyak maklumat yang boleh. Alang-alang makan gaji, biarkan diri kita bersama di atas kapal yang bakal mencipta sejarah.
  6. Syarikat mesti mengamalkan cara pengurusan diplomasi dan saling bantu membantu. Jangan pilih syarikat yang mengamalkan sikap pengurusan kuku besi atau paksaan. Jangan letakkan diri anda seperti berada di dalam kem tentera. Lebih baik jadi tentera jika makan gaji di syarikat swastapun terpaksa jadi macam tentera dan sentiasa stress dan ketakutan.

Itulah sedikit tips berkenaan cara terbaik memilih pekerjaan makan gaji yang saya ambil daripada teknik 80/20 atau pareto yang diolah oleh Richard Koch.

Ingat! kerja makan gaji juga mampu membuatkan anda jadi kaya banyak harta. Tetapi perlu kena caranya dan perlu memberikan anda kepuasan dan makna sepanjang melaksanakan pekerjaan tersebut.

Anda yang makan gaji mestilah menjadi majikan anda sendiri. Hanya anda saja yang layak memilih siapa boss dan syarikat mana yang anda mahu kerja.

Jika anda amalkan cara terbaik memilih pekerjaan makan gaji yang saya kongsikan di sini, insyaallah anda akan berjaya menjadi majikan pada diri anda sendiri. sumber gambar

Total
5
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge